Rabu, 29 September 2010

CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST



Ini pertandingan terakhir saya sertai sebab sudah mula sibuk. Info yang saya salin bulat2 dari yang asal:-

Info Contest:

Tempoh contest adalah selama 1 bulan iaitu dari 20 September 2010 hingga 20 October 2010.
Contest akan ditutup pada 20 October 2010 tepat jam 2.00 pm.

Info tentang hadiah akan di update kemudian. Doakan Ummi selamat pergi dan balik dari Shanghai, dan Insya'Allah Ummi akan bawak balik souvenir dari Shanghai utk pemenang.
Insya'Allah 3 pemenang akan dipilih bagi setiap kategori.

Contest terbahagi kepada 4 kategori:

1A - Little Muslim (1 hari - 3 tahun)
1B - Little Muslimah (1 hari - 3 tahun)

2A - Little Muslim (3 tahun - 6 tahun)
2B - Little Muslimah (3 tahun - 6 tahun)

Syarat-syarat contest:
  1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog dan anak/adik/anak saudara kandung yang berusia 1 hari hingga 6 tahun.
  2. Warganegara Malaysia (Warganegara Malaysia yang stay kat luar negara pun boleh join ye, tapi nanti kalau menang, kena bagi alamat Malaysia la...)
Apa perlu kalian buat?
  1. Add blog AshA's FaMiLy dan Contest for Anas di bloglist/blogroll blog kalian dan pastikan ada link back.
  2. Wajib menjadi follower kedua-dua blog AshA's FaMiLy dan Contest for Anas.
  3. Buat satu entry di blog kalian tentang contest ini dan hanya tajuk CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST sahaja diterima.
  4. Letakkan banner contest di entry dan sidebar blog kalian dan pastikan ada link back ke entry ini. (Penyertaan terbatal sekiranya tiada link back)
  5. Upload HANYA SEKEPING gambar anak/adik/anak saudara yang berpakaian baju melayu/jubah lengkap dengan songkok/kopiah (bagi lelaki) dan baju kurung/jubah lengkap dengan tudung litup (bagi perempuan).
  6. Kalau peserta lebih dari seorang, boleh upload gambar dalam satu entry dan nyatakan di entry ya.
  7. Nyatakan NAMA,UMUR,TARIKH LAHIR, KATEGORI dan HARAPAN kalian terhadap Little Muslim & Muslimah kalian.
  8. Tag rakan2 untuk join contest ini.
  9. Tinggalkan komen dan link entry contest kalian di entry ini sahaja.

Tambahan syarat contest:

Update 25 Sept 2010 @ 10.25 p.m
  • bagi kanak2 perempuan, gambar yang bertelekung pun diterima.
  • gambar yang nampak tudung saja pun acceptable asalkan kanak2 perempuan memakai pakaian yang menutup aurat la. (x aci pakai skirt tp pakai tudung kan?)
  • bagi kanak2 lelaki, pakai kemeja, seluar panjang & kopiah pun dah ok. pendek kata nak bagi nampak imej muslim/ah je....




AshAnas @ AshA's FaMiLy


us-kecik

Calon-calonnya:-



NAMA : NOUR ALMAWADDAH AHMAD AZLAN
TARIKH LAHIR : 25 SEPTEMBER 2006
KATEGORI 2B

Harapan bagi Little muslimah mak: Insya Allah bakal jadi hafizah.. Jadi tauladan adik-adik...amin..




NAMA : MUHAMMAD EIMRAN AHMAD AZLAN
TARIKH LAHIR : 24 November 2007
KATEGORI 1A

Harapan bagi Little Muslim mak: Insya Allah bakal jadi hafiz.. Jadi pemimpin yang disegani...amin..



NAMA : NOUR ALHUSNA AHMAD AZLAN
TARIKH LAHIR : 05 Januari 2009
KATEGORI 1B

Harapan bagi Little Muslimah mak: Insya Allah bakal jadi hafizah.. Jadi seorang yang berilmu dan mengamalkannya...amin..


  1. Tag rakan2 untuk join contest ini. Saya pilih :)
1. Mama Aizara
2. Whitey Mommy
3. Eda
4. Pn. Stoberi






Selasa, 28 September 2010

@ Gaya Si Comel Berbaju Raya







Bismillah ...

Kali ini saya nak all out masuk seberapa banyak pertandingan sebelum sibuk bekerja.

Pertandingan kedua yang akan saya sertai ini; @ Gaya Si Comel Berbaju Raya anjuran BabyIbu
dan Azzamoro.

Tempoh
25 September 2010 - 31 Oktober 2010


Pastinya hadiahnya lumayan dek kerana baiknya hati penaja-penaja:-

* BabyRuffkins
* Gin & Jacqie
* Myavenue888
* SecreteBargains
* Tote Boutique
* Tupperwareville
* Victoria'sSecretHeaven
*Weego Bottle
* MySuperkids
* eoeonline
*sofeababywear
* Izzabakery


Hadiah Pertama

Hadiah Kedua

Hadiah Ketiga

Saguhati

Tempat ke 4:

Tempat ke 5

Tempat ke 6

Tempat ke 7

Tempat ke 8

Hadiah Referral Tertinggi
LC Sunglasses dari SecretBargains

Hadiah Entri Terbaik
2 x DiaperCake dari Izzabakery

Hadiah Khas Juri
Botol Weego dari Weego
Tajaan Mahanim

Memandangkan saya ada tiga cahayamata, saya mulakan dengan Kategori A dahulu.



MUHAMMAD EIMRAN AHMAD AZLAN
2 Tahun 11 Bulan


Ini anak kedua saya, Muhammad Eimran Ahmad Azlan, pada 24 November akan datang akan berusia tiga tahun. Gambar ni diambil di pagi raya di kampung arwah ayah saya. Ini dia bakal pengembala kambing berjaya. Amin.

Bagi Kategori B, saya ada dua pencalonan sebab saya ada dua anak dara.

1. Nour Almawaddah Ahmad Azlan; baru je sambut hari lahir ke-4 pada 25 September lalu. Masa ni dia sibuk tengok ikan guppy peliharaan jiran Tok Cik.

NOUR ALMAWADDAH AHMAD AZLAN
4 Tahun 1 Bulan


2. Nour Alhusna Ahmad Azlan; lahir pada 05 Januari 2009. Ini gambar dia keletihan setelah penat buat senaman dengan mengejar kambing, ayam dan itik Tok Tehnya.

NOUR ALHUSNA AHMAD AZLAN
1 Tahun 9 Bulan

Insya Allah, ada rezeki tak ke mana. Amin.

Isnin, 27 September 2010

Tugas Baru, Pejabat Baru & oh...............

Hari ini, 27 September 2010; saya memulakan minggu saya dengan bertugas di Shah Alam, Selangor.

Awal-awal pagi, lena saya dikejutkan oleh rengekan si comel, Alhusna. Tidur bukan main lasak. Rupanya dia terselit di tepi bakul baju. Hahaha. Macam manalah si kecik tomey tu boleh ke sana. Asalnya baring di sebelah saya. Selepas memujuk Alhusna, fikiran saya mencongak-congak hari dan waktu. Oh, Isnin rupanya!. Kepala terasa sedikit ringan. Semalam tekanan darah saya rendah. Akibatnya, pening-pening macam mahu pitam. Suami nasihatkan ambil m.c, tetapi memandangkan ini hari pertama bertugas di pejabat baru, saya gagahkan jua. Mujur juga Alhusna terbangun, rupa-rupanya sudah melewati 6.20 pagi.

Pukul 7.00 pagi, saya sudah siap untuk ke pejabat. Anak sulung saya sudah bangun. Terpisat-pisat mencari emaknya. Dan............

Dia meragam pula....... menangis-menangis, merengek-rengek.. Saya layanlah jua sebab tak sampai hati tak tinggalkan dia. Oh.......terima kasih ibuku yang menyambung menguruskan persediaan budak kecik tomey yang meragam untuk ke sekolah.

Mujur saya sempat sampai awal ke pejabat, pukul 7.59.

Kepala saya pusing lagi.... Oh... Tiada ubat untuk tekanan darah rendah... Sabar.. sabar..

Selasa, 14 September 2010

Spongebob versi Nour Almawaddah

Bulan Ogos yang lalu selepas berjumpa doktor gigi, saya dan suami ke kedai mainan dengan niat untuk membeli barangan mainan untuk anak-anak. Memandangkan anak sulung kami gemar menulis, kami belikan tiga beradik pen yang besar. Pen berkenaan dihiasi corak karikatur kartun yang popular.



Pen yang sulung, Nour Almawaddah; gambar Dora the Explorer, Eimran; gambar Pixar Car; manakala Nour Alhusna gambar Spongebob.

Malam tadi (13 September 2010/04 Syawal 1431H) ketika waktu Maghrib;

Almawaddah: Mak, tulis spongebob!
(Ujar yang sulung sambil menghulurkan sekeping kertas dan pen Doranya)

Saya pun tulislah perkataan S P O N G E B O B besar-besar pada helaian putih berkenaan lalu saya serahkan kembali pada Almawaddah. Saya sambung semula bermain dengan Eimran dan Alhusna.

Almawaddah: Mak, dah siap!
(Tangannya menghulurkan kertas tadi sambil tersenyum lebar)

Inilah hasilnya..



Saya suakan kertas berkenaan pada suami; tersenyum lebar bapanya... Anak kami tulis, S I P O N G B O P... Suami saya kata Almawaddah tulis berdasarkan apa yang dia dengar. Yang kelakar Almawaddah belum kenal huruf; adalah dua tiga yang dia kenal betul.

Ada-ada saja budak kecik tomey mak yang bakal mencecah usia empat tahun pada 25 September nanti...

Agak-agaknya inilah reaksi Spongebob kalau tengok hasil tulisan anak kami?

Tolong !!! Cam ner nak wat ni?

Pagi ini saya dimaklumkan oleh Eda bahawasanya ruangan follower pada blog saya tidak kelihatan. Siap Eda buatkan satu entry sementara untuk menunjukkan pada saya situasi berkenaan.

Gambar berikut menunjukkan ruangan berkenaan kosong... ;(



Tetapi apabila saya buka blog saya; yang kelihatan ini pulak...



Terima kasih pada Eda yang bersusah-payah memaklumkan saya. Ada sesiapa yang dapat bantu? (Ada ke orang time raya cenggini?)

Isnin, 13 September 2010

Syawal 1431 Hijrah bersamaan September 2010

Selepas sholat sunat hari raya, kami sekeluarga (tiga kereta) bergerak ke kampung halaman arwah ayah saya di Kampung Mesah Hilir, Gopeng, Perak. Selalunya kami tiba di sana pada pukul sepuluh pagi jika bertolak selepas sholat sunat hari raya. Namun, pada hari Jumaat lepas (10 September 2010), keadaan trafik amat perlahan. Mengikut kata abang saya yang memandu di hadapan, berlaku kemalangan di mana sebuah kereta Mercedes telah melanggar pembahagi jalan. Kala kereta saya melalui tempat kejadian, tiada sebarang kesan kemalangan ekoran tindakan pantas kakitangan Plus. Terima kasih atas jasa mereka yang bertugas di saat kebanyakan orang bercuti. Akibatnya, kami sampai di destinasi pada pukul 12.30 tengahari.

Anak-anak saya yang menaiki Pajero abang saya telah sampai terlebih dahulu. Seperti yang saya jangka, mereka sibuk beramah mesra dengan kambing-kambing peliharaan sepupu saya. Aduh! Kambing pun serik jumpa anak-anak saya. HAHAHA. Tak cukup dengan kambing, itik dan ayam pun jadi barang mainan.



Tengoklah anak-anak saya yang tiga orang dan sepupu-sepupu mereka. Asyik sangat dengan kambing. Lebih-lebih lagi terdapat seekor anak kambing yang tersangat comel. Hitam dan putih warnanya. Eimran anak kedua saya gemar sangat dengan si anak kambing berkenaan. Ke mana sahaja anak kambing itu pergi, diikutnya. Gambar berikut ini, aksi pengembala kambing berbaju Melayu merah di tepi sungai yang terletak di hadapan rumah Tok Tehnya.





Alhusna duduk mencangkung sebentar selepas sesi latihan memanas badan dengan mengejar itik-itik Tok Tehnya. Selepas penat kejar haiwan ternakan,mandi sungai pula tiga beradik ni.

Kami menziarah adik-adik arwah ayah saya sebelum bertolak ke kampung suami di Kampung Tersusun, Batu 7, Lekir, Manjung, Perak. Kami berada di Manjung sehingga raya ketiga. Pagi hari raya ketiga, kami bertolak pulang. Dalam perjalanan pulang, singgah sebentar di rumah adik bapa mertua saya di Sungai Buloh.



Suami saya ambil kesempatan melelapkan mata. Anak saya yang sulung, Almawaddah tumpang sekaki baring di sebelah bapanya. Adiknya, Alhusna sibuk bermain dengan Mak Langnya.

Sebelum sampai Sungai Buloh, kami singgah di Sabak Bernam membeli mentarang (sejenis hidupan laut seperti kerang). Saya terkenangkan emak saudara yang gemar makan mentarang. Ini hasil mentarang yang telah dimasak oleh Mak Ngah.



Isinya putih, lembut dan sedikit kenyal. Lebih manis dari kerang tetapi kurang berbau berbanding kerang. Sedap!! Jemput makan...

Khamis, 9 September 2010

Minyak Sapi QBB Pure Ghee - Tidak Halal!!!


PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Sekian, terima kasih.

Mari Menderma - Lakukan Kerana Allah!

Mari kawan-kawan!! Hulurkan walau sedikit. Ringankan beban mereka dan ringankan beban kita di akhirat kelak! Bantu untuk membina Kompleks Madrasah Tahfiz At-Taufiqiyyah (MTAT)di Machang, Kelantan.

Pagi ini saya membaca surat khabar Utusan Malaysia. Tertarik pada ruangan Agama yang membicarakan; Sertai Rakan MTAT.

Berikut adalah sebahagian petikan dari laman MTAT.



Assalamualaikum warahmatullahi w.b.t Dengan segala hormatnya, kami AJK Penubuhan Kompleks Madarsah Tahfiz At-Taufiqiyyah (MTAT) memohon dan mengharapkan sumbangan derma yang ikhlas dari setiap lapisan masyarakat untuk menjayakan Penubuhan Pembinaan Kompleks MADRASAH TAHFIZ AT-TAUFIQIYYAH (MTAT) 18500 MACHANG, KELANTAN

FIRMAN ALLAH SWT ” Sesungguhnya orang yang membacakan Kitab Allah, mendirikan sembahyang dan memanfaatkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya secara sembunyi dan terang-terangan, adalah mereka mengharapkan sesuatu perniagaan yang tidak akan merugikan. ” ( Al - Fathir : 29 ) .

SABDA RASULULLAH SAW "Apabila meninggal seseorang itu, maka putuslah segala amalannya melainkan:-

1. Ilmu yang memberi manfaat;
2. Sedekah jariah dan
3. Anak soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.”

( Riwayat Muslim )

Gambar di bawah adalah status kemajuan Masjid TERKINI (31 Ogos 2010).



Bayangkan kawan-kawan, apabila kita telah meninggal dunia, tiada apa yang kita mampu lakukan. Namun, insya Allah, pahala sedekah kita akan terus berjalan...

Salurkan sedekah anda melalui:-



Nama : MADRASAH TAHFIZ AT-TAUFIQIYYAH
No. Akaun: 03010002451719



Nama : MADRASAH TAHFIZ AT-TAUFIQIYYAH
No. Akaun: 03045010010991



Nama : MADRASAH TAHFIZ AT-TAUFIQIYYAH
No. Akaun: 03030009025059



Nama : MADRASAH TAHFIZ AT-TAUFIQIYYAH
No. Akaun: 553029501766

Maklumat Lanjut Sila Hubungi:-

Hj. Wan Mohd Taufit Abu Bakar
No. Telefon : 019-9126779 / 09-9752616

taufitzeha@yahoo.com

Pencapaian Ramadhan

Hari ini hari terakhir Ramadhan. Saya pula masih di pejabat. Rakan-rakan sepejabat majoritinya sudah bercuti. Dalam pada keseorangan, saya singgah laman Kak Yati. Saya rasa entry beliau menarik. Jadi saya dengan semangatnya memberi komen yang panjang lebar. Maka dengan itu saya jadikan sebahagian entry saya pula.

Di peringkat pentadbiran kerajaan pusat, sibuk diperkatakan mengenai Key Result Area (KRA) atau Bidang Keberhasilan Utama. Itu dalam skop kebangsaan, dalam kehidupan seharian pun kita perlu nilai matlamat kita dan keberhasilannya.

Contohnya ketika Ramadhan, bulan seribu rahmat. Banyak perkara yang kita cuma boleh lakukan waktu ini dan tidak pada waktu lain. Yang boleh kita nilai keberhasilannya. Petunjuk keberhasilan Ramadhan saya ambil contoh dari Kak Yati.

Saya cuba tengok pencapaian saya pula ikut senarai beliau:-



1. Tidak mahu ke pasar ramadhan
Saya dua kali ke pasar ramadhan. Itupun sebab saya teringatkan emak sukakan roti canai yang dijual di situ. Emak saya agak cerewet bab makan. Dia jarang beli makanan sebab katanya "lagi sedap aku masak!". Jadi apabila emak sudah berkenan pada roti canai yang bermusim tu, saya gagahkan juga ke pasar ramadhan walaupun kesuntukan masa.



2. Tidak mahu membuang makanan
Yang ini payah sikit. Sebab saya ada tiga orang anak kecil. Yang sulung empat tahun, kedua dua tahun sembilan bulan dan yang ketiga setahun lapan bulan. Budak-budak umur mereka, suka mencuba. Kalau tak suka dia tinggalkan. Selalunya saya cuba habiskan, selalu juga misi gagal. Kerap juga ingatkan mereka dan diri sendiri;"Kita dapat makan hari ini, ada orang lain yang sudah lama tidak makan. Jadi jangan membazir rezeki".



3. Bersolat terawikh
Alhamdulillah dapat juga bersholat tarawikh.



4. Bersahur sepenuhnya
Bersahur adakalanya saya tewas. Dek kerana kepenatan yang kadangkala berjaga disebabkan anak-anak demam dan situasi saya yang baru bertukar kerja.




5. Khatam Al-Quran dua kali
Bertuah Kak Yati dapat khatam, saya :(... Insya Allah azam itu ada.



6. Tidak mahu membuat kuih raya
Saya memang tidak pernah buat kuih raya. Cuma "buat kuih tunjuk" untuk rumah emak dan mertua.




7. Tidak membeli pakaian anak-anak terlalu banyak
Bab ini, saya rasa semua ibu(ye ke?) semacam sudah gian membeli untuk anak-anak. Termasuk saya. Mula-mula memang sudah bajet, tatkala kaki menjejak pasar raya, lain jadinya. Hahaha..



8. Bersedekah
Alhamdulillah.. Insya Allah sama-sama kita buat bekalan untuk esok hari.



9. Tidak menukar langsir.
Saya tinggal dengan emak. Dahulu kami rajin menabung di Nagoya. Emak saya cekap dalam bab menjahit. Bukan setakat langsir, sarung sofa, kusyen semua dibuat sendiri. Tetapi sudah lama kami tidak buat hobi ini bersama... hahaha



10. Tidak mahu menempah baju terlalu banyak.
Kita serupa. Asalnya tidak mahu menempah. Memandangkan ada pemberian orang buatlah juga. Pemberian kawan-kawan, adik ipar, emak juga pak cik (Saya beli pun ada juga, hehe). Adalah dalam 10 pasang juga.


Semoga kita bertemu semula Ramadhan akan datang. Agar kita dapat memperbaiki amalan kita. Amin.

* Semua gambar hasil carian dengan bantuan En. Google

Selasa, 7 September 2010

Duit Raya yea yea



Zaman budak-budak jer dapat duit raya ni..
zaman IT ni boleh gak dapat (insya Allah)
Jengah-jengah blog Mama Aizara, nampaklah banner kat atas tu...


GA anjuran OKB Ikram

Syarat-syaratnya:-

1) Follow blog OKB Ikram
2) Buat entry yang ringkas pasal GA ni
3) Letak banner GA kat atas entry
4) Tinggalkan link entry kat laman rumah GA OKB

TARIKH TUTUP:- 08 SEPTEMBER 2010 @ 6 PAGI

Selamat Menyambut Syawal 1431H



Assalammualaikum w.b.t.

Tinggal lagi dua hari kita bakal menyambut Syawal dan bermakna kita akan tinggalkan Ramadhan bulan seribu rahmat. Entah bersua, entah tidak Ramadhan yang akan datang. Dikesempatan ini saya menghulurkan salam kemaafan andaikata ada tersilap kata, terguris perasaan, terlupa acknowledge semasa ambil hasil kreatif kawan-kawan dan segala "ter.." yang sewaktu dengannya. Mohon halalkan segala ilmu, makan dan minum saya.

Saya akan mula bercuti pada hari Rabu (15 September 2010) sehingga Jumaat (17 September 2010). Bermakna saya kena jaga opis (wuaaaaaa..., semua kawan-kawan berhampiran tempat saya di pejabat dah balik kampung).



Bagi kawan-kawan yang memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu. Pastikan ada sesuatu yang boleh membantu anda ketika mengantuk sebelum berhenti di kawasan rehat & rawat (RNR). Antaranya :-

1. Bekalkan dalam kereta minuman dalam tin yang boleh menyegarkan mata (air kopi, minuman tenaga (100 Plus, Red Bull, Revive (haaha macam iklan pulak));
2. Makanan (gula-gula, asam, keropok, Mamee);
3. Tuala lembap buat sapu muka;
4. Kalau ada minyak wangi, semburkan kat tangan, boleh hidu;
5. Kalau ada minyak angin (minyak cap kapak, yuyi cap limau ke, minyak lang ke), gosok-gosok kat hidung. Nak aksi lagi ganas, sapu je kat mata, confim tak ngantuk. hahahaa.



Tips lain untuk mengelakkan mengantuk dan untuk keselamatan adalah dengan berkonvoi. Tidak kiralah bermotorsikal atau berkereta (atau pun nak lain dari yang lain; apa kata raya ni konvoi naik basikal?), keselamatan juga perlu diambil kira. Antaranya:-

1. Lantik ketua (marshall).

Individu yang dilantik perlulah bertanggungjawab terhadap ahli kumpulan. Misalannya, pastikan anak buah tidak hilang arah dengan memberikan isyarat untuk tukar laluan atau mahu berhenti. Marshall juga hendaklah mahir dengan selok-belok jalan. Contohnya, selekoh yang bahaya, jalan yang ada En. dan Puan Lembu berhari raya di jalan raya, jalan berlubang dan lain-lain. Jumlah Marshall tidak semestinya seorang. Ianya bergantung kepada jumlah ahli konvoi.

2. Ikut peraturan

Adakalanya segelintir pengguna jalan raya bersikap seperti manusia yang tidak bertamadun. Apabila mereka dalam kumpulan, mereka naik syeikh, cuba tunjuk lagak tak bertempat. Mula memandu/menunggang ikut sesedap rasa. Menjerit, membunyikan hon dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Sikap ini perlu dielakkan. Disiplin amat penting. Bagi yang dilantik sebagai marshall, tugas anda untuk menegur dan membetulkan keadaan.

3. Kekalkan Jarak yang Selamat

Jangan mengikut ahli konvoi terlau hampir dan pandu/tunggang di lorong anda.

4. Patuh Arahan

Bagi ahli konvoi, patuhi arahan Marshall. Jangan pula di pertengahn perjalanan, cuba-cuba untuk memotong atau mengetuai konvoi. Ini akan menyebabkan ahli konvoi hilang arah.

Sekiranya ada pasukan keselamatan bertugas (Polis, Plus Ronda, JKR, JKJR), patuh arahan yang diberi.

Lagi satu, kalau berhenti di RNR pastikan anda:-

1. Berhenti di tempat yang terbuka;
2. Elakkan berehat atau meletak kenderaan di tempat tersembunyi. Bahaya;
3. Pastikan kenderaan anda berkunci apabila hendak meninggalkannya walaupun sekejap. Contohnya, kalau berhenti untuk mengisi minyak. Pastikan kunci pintu dahulu. Baru ke kaunter bayaran. Jika ada penumpang di dalam kereta, kunci dari dalam;
4. Jika berseorangan, simpan beg, barang-barang berharga atau sorok dari pandangan orang lain.



Kalau kawan-kawan tidak memandu, jadi co-pilot, silalah jaga pemandu tu.. Jangan pula bantai tidur sepanjang perjalanan. Bawa-bawalah berbual. Segar sikit mata.

Saya ambil petua berikut dari skycrewz;

Antaranya disarankan kita membaca ayat berikut sebelum memulakan pemanduan.

” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)

haa lain daripada tuh ade lagi, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Kawan-kawan yang menggunakan pengangkutan awam, pastikan anda juga merancang perjalanan. Jangan sampai tertinggal bas. Ataupun yang lagi parah, tertidur samapi terlepas stesen bas yang sepatutnya (haahhaahaha, ini kisah benar yang terjadi pada abang saya).

Didoakan semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju. Semoga kalian semua dilindungi Allah dunia dan akhirat. Amin.

* gambar bayi menguap, konvoi berkereta dan kartun adalah ihsan En. Google.

Jumaat, 3 September 2010

Sesi Bergambar Seksyen Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan, ICU JPM, Syawal 1431H

Hari ini, 03 September 2010 bersamaan 24 Ramadhan 1431H, diadakan sesi bergambar Seksyen Pentadbiran, BKP, ICU. Lokasinya di Dataran Perdana. Cantik lagi indah tempatnya.

Pemandangan Masjid Putrajaya yang diambil dari dataran berkenaan.




Refleksi diri sendiri pada tagging barang pameran.



Semua kakitangan Seksyen Pentadbiran, BKP bersama Timbalan Pengarah (Pentadbiran), Encik Megat Azlani Megat Ramli yang sporting lagi memahami. Seorang yang bertolenrasi, pemurah senyuman dan lembut budi bicara. Insya Allah akan naik pangkat tidak lama lagi.




Ini pula, gaya bebas..



Di lobi Pejabat Perdana Menteri, saya tertarik dengan dua lukisan ini. Ianya seolah mengetuk pintu memori zaman kanak-kanak saya.










Seksyen Pentadbiran, BKP terletak di sebelah kiri gambar Bangunan Perdana Putra ini.