Selasa, 13 Julai 2010
Mari Derma Darah....
Pada tanggal 14 September 1996 merupakan kali pertama saya menderma darah. Itupun saya masih bawah umur yang sepatutnya perlu mendapat kebenaran ibubapa. Memandangkan emak saya tidak benarkan atas sebab-sebab berikut:-
1. ko tu kechik lagi... tak yah derma... kalau nak dah besar dermalah..
2. kang darah ko kurang (hahahaha... klaka..)
3. nanti ko yang sakit
Jadi saya pergi derma dulu pastu baru khabarkan pada emak ...(maaf mak, anak mak memang degil). Kisah tu dah lama berlalu... Dah 14 tahun, setakat 2010 dah 16 kali saya menderma..
Mengapakah kita perlu menderma darah.
Satu unit darah yang anda dermakan dapat menyelamatkan nyawa:
1. Mangsa Demam Denggi
2. Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah
3. Ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin
4. Bayi yang memerlukan pertukaran darah
5. Pesakit Talasemia
6. Pesakit Anemia
7. Mangsa kebakaran
8. Pesakit leukemia
9. Pesakit Haemifilia
Anda layak untuk menderma darah sekiranya:
1. Mempunyai berat badan yang melebihi 45 kilogram
2. Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun (Sekiranya anda berumur 17 tahun, anda perlu dapat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga)
3. Tidur yang melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan
4. Tahap hemoglobin (kandungan protin dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5g%
5. Tidak mengambil sebarang ubat antibiotik kecuali diberi kebenaran oleh pegawai perubatan.
6. Tidak mengambil minuman beralkohol 24 jam sebelum menderma darah
7. Tidak mengidap penyakit Tekanan Darah Tinggi, Diabetis dan Sakit Jantung
8. Tidak mengidap Penyakit Talasemia, Haemofilia, Hepatitis B atau C, Penyakit Kelamin, AIDS dan sebagainya.
Sumber :- Pusat Darah Negara
Mitos derma darah dan yang sebenarnya:-
1. Nanti kurang darah. Sebenarnya darah yang kita derma akan diganti secara automatik oleh sistem badan kita dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam. Kebaikannya badan kita dapat darah baru, badan kita rasa lebih segar.
2. Nanti gemuk. Tipu. Mana tak gemuk kalau asyik makan tapi tak senam. Kalau asyik ikut sedap tekak, tak derma darah pun gemuk gak. Hahahaha.
3. Nanti kena jangkitan penyakit. Tidak perlu risau, semua peralatan dinyah kuman.
Saya berkira-kira untuk menderma buat kali ke-17 esok. Bertempat di Dewan Labuan, Dayabumi. Jom, derma darah...
Langgan:
Catatan (Atom)