Ahad, 13 November 2011

Kembar Indonesia Bintang Porno

KERATAN AKHBAR HARIAN METRO
KHAMIS; 10 NOVEMBER 2011

Menjadi rutin saya dalam perjalanan ke tempat kerja, saya akan singgah di Kedai Pak Mat untuk membeli surat khabar. Muka hadapan surat khabar Harian Metro menarik perhatian saya dengan tajuk kecil; Kembar Indonesia Bintang Porno.

Bukan mahu membincangkan pengisahan berita berkenaan, cuma hati terkilan apabila perkataan bintang digandingkan dengan perkataan porno. Apa kejadahnya?

Bukankah bintang merujuk kepada sesuatu yang baik, mulia, yang boleh ditauladan, yang bersinar? Bukankah sepatutnya bintang sinonim dengan segala kebaikan?