Hari ini 24 Julai 2010 bersamaan hari Sabtu, aku memulakan perjalanan pada pukul 10.00 pagi ke Kluang, Johor... Memulakan perjalanan dengan abangku, Saifullah yang kebetulan out station ke Alor Star. Jadinya dalam perjalanan pulang ke Kluang, singgah rumah emak ambil aku.. Naiklah Pajero abang aku ni..
Mula-mula singgah kedai kat Batu Caves, isi gas penyaman udara. Dalam pukul 10.15 gerak. Baru je mula perjalanan belum pun melepasi sempadan negeri Kuala Lumpur... aku dah rindu kat anak-anak aku. Apa nak buat.. Aku akan "bertapa" di Kluang sampai Khamis ni.
Mula-mula sampai di Kluang, terlintas di benak... oooo.. daerah pertanian Kluang ni.. Sebab keluar tol Ayer Hitam, masuk kanan terus nampak papan tanda Kementerian Asas Tani, Tanaman Organik. Pastu ada ladang pokok naga, projek ternakan kambing dan sepanjang perjalanan ladang kelapa sawit. Sampai kat rumah abang di Taman Sri Kluang lebih kurang sepuluh minit lagi pukul dua petang, mengisi tembolok dulu... Hahahaha makan ler apa lagi... Kepala pula rasa pusing-pusing sebab sudah lama tidak berjalan jauh.. Makan ubat, pastu lelap jap.
Makan malam aku makan kat Hani Bistro.. makan nasi goreng ayam crispy, telur dadar ngan minum cikong (ala2 lai ci kang). Sempat mengkidnap sate kakak iparku dan siap tambah lagi order sate... (Ntah apa punya perut ntah; hahahaahaha).
Camtulah aku bila tension, musti kuat makan .. tak faham.. Melepak kat sana sampai pukul dua belas tengah malam. Mujur kekawan kakak ipar aku sporting, dapat gak mengurangkan tension aku ni.
First time dapat rasa karipap ikan... Huda (kawan kakak iparku) kata karipap ni karipap Terengganu.. Suami Huda orang sana, dia orang Mersing. Isi ikan selayang, santan dan halba.
Ni dah pukul satu pagi, tak boleh tidur lagi... Rindu kat budak kechik tomey yang tiga beradik tu... Arrggggggggggghhhhhhhh tolong!!!!!!!!!!!