Selasa, 28 Disember 2010

Segar Dari Laut.. Nyum.. Nyum...

Hujung minggu lepas (25 Disember 2010) kami sekeluarga pulang ke kampung mertua di Manjung, Perak. Dalam sejarah apabila kami bertolak dari Kuala Lumpur ke sana pada pukul 2.00 pagi dan tiba tepat pukul 5.00 pagi.

Rutin pagi bapa mertua saya ialah beliau akan turun ke laut. Inilah contoh hasil laut...

Kerang Bulu

Kerang bulu ini spesies kerang yang berbulu pada cengkerangnya dan saiznya besar daripada kerang biasa. Isinya manis dan kenyal. Dek kerana geli akan bulunya, kerja membersih, merebus dan mengeluarkan isi saya serahkan pada Encik Suami. Hehehe...

Antara hasil laut segar lain yang menjadi santapan kami sekeluarga ialah siput sudu (berwarna hijau) dan gayam.

Ini gambar selepas "dikerjakan" oleh kami.. hehehe

Spesies ikan yang tinggal tulang itu belum dapat dikenal pasti.. Bukti keenakan nikmat makan hasil laut segar jelas ditunjukkan melalui aksi anak-anak saya....



Nour Almawaddah meratah gayam dan siput sudu


Muhammad Eimran tak lepas peluang makan ikan goreng yang manis



Nour Alhusna tak ketinggalan


Sudah kenyang makan, layan DVD Upin & Ipin pula..


Gaya orang letih lagi kenyang


Waktu petang, lumba lari... Alhusna sedang nyenyak tidur kala ini


Aktiviti lain tiga beradik; mari menyakat labah-labah

4 ulasan:

  1. bestnye mkn kerang fresh!

    tapi kenapa namanya kerang bulu?

    BalasPadam
  2. memang menyelerakan.. hehehe
    sebab cengkerangnya berbulu.. kerang biasa tak de...

    BalasPadam
  3. mRs FaR_eAsT :- Seronok dalam keletihan heheehe

    BalasPadam