Selasa, 7 September 2010

Selamat Menyambut Syawal 1431H



Assalammualaikum w.b.t.

Tinggal lagi dua hari kita bakal menyambut Syawal dan bermakna kita akan tinggalkan Ramadhan bulan seribu rahmat. Entah bersua, entah tidak Ramadhan yang akan datang. Dikesempatan ini saya menghulurkan salam kemaafan andaikata ada tersilap kata, terguris perasaan, terlupa acknowledge semasa ambil hasil kreatif kawan-kawan dan segala "ter.." yang sewaktu dengannya. Mohon halalkan segala ilmu, makan dan minum saya.

Saya akan mula bercuti pada hari Rabu (15 September 2010) sehingga Jumaat (17 September 2010). Bermakna saya kena jaga opis (wuaaaaaa..., semua kawan-kawan berhampiran tempat saya di pejabat dah balik kampung).



Bagi kawan-kawan yang memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu. Pastikan ada sesuatu yang boleh membantu anda ketika mengantuk sebelum berhenti di kawasan rehat & rawat (RNR). Antaranya :-

1. Bekalkan dalam kereta minuman dalam tin yang boleh menyegarkan mata (air kopi, minuman tenaga (100 Plus, Red Bull, Revive (haaha macam iklan pulak));
2. Makanan (gula-gula, asam, keropok, Mamee);
3. Tuala lembap buat sapu muka;
4. Kalau ada minyak wangi, semburkan kat tangan, boleh hidu;
5. Kalau ada minyak angin (minyak cap kapak, yuyi cap limau ke, minyak lang ke), gosok-gosok kat hidung. Nak aksi lagi ganas, sapu je kat mata, confim tak ngantuk. hahahaa.



Tips lain untuk mengelakkan mengantuk dan untuk keselamatan adalah dengan berkonvoi. Tidak kiralah bermotorsikal atau berkereta (atau pun nak lain dari yang lain; apa kata raya ni konvoi naik basikal?), keselamatan juga perlu diambil kira. Antaranya:-

1. Lantik ketua (marshall).

Individu yang dilantik perlulah bertanggungjawab terhadap ahli kumpulan. Misalannya, pastikan anak buah tidak hilang arah dengan memberikan isyarat untuk tukar laluan atau mahu berhenti. Marshall juga hendaklah mahir dengan selok-belok jalan. Contohnya, selekoh yang bahaya, jalan yang ada En. dan Puan Lembu berhari raya di jalan raya, jalan berlubang dan lain-lain. Jumlah Marshall tidak semestinya seorang. Ianya bergantung kepada jumlah ahli konvoi.

2. Ikut peraturan

Adakalanya segelintir pengguna jalan raya bersikap seperti manusia yang tidak bertamadun. Apabila mereka dalam kumpulan, mereka naik syeikh, cuba tunjuk lagak tak bertempat. Mula memandu/menunggang ikut sesedap rasa. Menjerit, membunyikan hon dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Sikap ini perlu dielakkan. Disiplin amat penting. Bagi yang dilantik sebagai marshall, tugas anda untuk menegur dan membetulkan keadaan.

3. Kekalkan Jarak yang Selamat

Jangan mengikut ahli konvoi terlau hampir dan pandu/tunggang di lorong anda.

4. Patuh Arahan

Bagi ahli konvoi, patuhi arahan Marshall. Jangan pula di pertengahn perjalanan, cuba-cuba untuk memotong atau mengetuai konvoi. Ini akan menyebabkan ahli konvoi hilang arah.

Sekiranya ada pasukan keselamatan bertugas (Polis, Plus Ronda, JKR, JKJR), patuh arahan yang diberi.

Lagi satu, kalau berhenti di RNR pastikan anda:-

1. Berhenti di tempat yang terbuka;
2. Elakkan berehat atau meletak kenderaan di tempat tersembunyi. Bahaya;
3. Pastikan kenderaan anda berkunci apabila hendak meninggalkannya walaupun sekejap. Contohnya, kalau berhenti untuk mengisi minyak. Pastikan kunci pintu dahulu. Baru ke kaunter bayaran. Jika ada penumpang di dalam kereta, kunci dari dalam;
4. Jika berseorangan, simpan beg, barang-barang berharga atau sorok dari pandangan orang lain.



Kalau kawan-kawan tidak memandu, jadi co-pilot, silalah jaga pemandu tu.. Jangan pula bantai tidur sepanjang perjalanan. Bawa-bawalah berbual. Segar sikit mata.

Saya ambil petua berikut dari skycrewz;

Antaranya disarankan kita membaca ayat berikut sebelum memulakan pemanduan.

” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)

haa lain daripada tuh ade lagi, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Kawan-kawan yang menggunakan pengangkutan awam, pastikan anda juga merancang perjalanan. Jangan sampai tertinggal bas. Ataupun yang lagi parah, tertidur samapi terlepas stesen bas yang sepatutnya (haahhaahaha, ini kisah benar yang terjadi pada abang saya).

Didoakan semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju. Semoga kalian semua dilindungi Allah dunia dan akhirat. Amin.

* gambar bayi menguap, konvoi berkereta dan kartun adalah ihsan En. Google.

7 ulasan:

  1. selamat hari raya kak...
    siannye dapat cuti pas raya..

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri utk K. Anum jugak...
    Maaf Zahir & Batin ツ
    Hati² di Jalan Raya.
    Tips balik kampung yg baek..
    Hope tak tertinggal bus nnt :)

    BalasPadam
  3. Mama Aizara: tu lah nak wat cam ne.. jadik sempatlah akak pasang pelita ngan gantung ketupat kat laman akak ni.. hahahaa

    yAtie sB: Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin gak...
    Hati2 bukan sahaja di jalan raya, tapi di balai raya, lebih hati2 di pasar raya (nanti poket makin menipis).. hahahah
    kalau tak nak tertinggal bas, rancang perjalanan..ek..semoga selamat sampai ngan cik chups

    BalasPadam
  4. terima kasih k.anum atas segala kasih sayang yang diberikan. sesungguhnya mmg pasar raya itu amat membahaya.. huuu~

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

    *Godang ketupat tu

    BalasPadam
  5. Chup: Sama2 kasih.. hahahaha pasar raya amat merbahaya lebih2 lagi bagi yang dapat bonus dan duit raya hahhaha

    * godang ketupat tu saje je.. biar ramai boleh "makan" @ jamu mata je.. hahaha

    BalasPadam
  6. K.Anum : yep kene rancang perjalanan ni..mmg takut tol kene tggl bus..al maklumlah ticket bfore puase da beli.
    Wah pesanan yg amat bermakna nih.
    Memamg ptg ni nak ke pasar raya ..huhu..
    isshhh hope pcket tak ternipis..he he he :)

    BalasPadam
  7. yAtie.sB: selamat menipiskan poket... haahahaa

    BalasPadam