Khamis, 17 Jun 2010

Jaundis - Keratan Utusan Malaysia (Mega)

Baru jer semalam aku berkongsi cerita isu jaundis ni dengan Whitey Mommy, alih-alih kuar plak artikel berkenaan isu yang sama di surat khabar Utusan Malaysia, sisipan Mega..




Sian tau kalau baby kena jaundis ni... kena duduk kat bawah lampu, tak pakai baju.. (anak saya sampai lampin pun kena buka..).. Jadi jaga diri bebaik masa awal kehamilan!

** kredit tuk cik chup yang tulun scan kan sekabo muah! (^^)

NASA - Matahari Akan Terbit Dari Barat

Kiriman e-mel yang diterima oleh saya yang ingin dikongsi bersama.

Posted on Tuesday, June 15 @ 20:07:05 PDT by tokdalang
Oleh Syed Imran
Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.