Hujung minggu lepas adalah minggu terperap di rumah bagi anak-anak saya ekoran
kejadian hari Jumaat sebelumnya. Laman rumah neneknya jadi padang permainan buat mereka. Kereta sedang dibaiki jadi hendak ke taman permainan berdekatan pun tak boleh. Ni gambar yang sempat dirakamkan, aksi tiga beradik..
"Mak, amik gambar Yan.."
Gambar tiga beradik di belakang rimbunan pokok-pokok hiasan nenek mereka... Dapat kesan tak tiga beradik tu?
Eimran yang kepenatan berlarian ke sini sana bersandar di bawah pokok mata kucing Husna anak yang taat lagi patuhHusna, saya suruh duduk sebelah abangnya untuk bergambar. Mula-mula abangnya duduk di pangkal pokok mata kucing. Kemudian, abangnya beralih duduk, Husna pun ikut. Baik sungguh yang sorang ni.