03 Disember 2011- Asalnya Che Abang ada kursus... Last minute kursus batal sebab penceramah demam teruk... Plan pun bertukar...
"Jom kayuh!" ujar Che Abang...
Anak-anak yang berempat ikut Che Abang ke taman Permainan Kampung Batu Muda Tambahan...
Sukar nak dinyatakan kekesalan melihat taman permainan... banyak yang dah rosak, gara-gara vandalisme! Urgh.... Manusia tak reti bersyukur... Sampah-sarap toksah kata.. siap ada botol arak bertaburan..
Sementara anak-anak bermain, saya kayuh keliling taman... Baru tiga pusingan;
"Pusing ikut jambatan!" Che Abang suruh kayuh melalui jalan susur ke Duke... Inilah panorama sepanjang perjalanan...
Cucuk-tanam di bawah reserved TNB sepanjang tepian DUKE
Sepanjang reserved di tepi Lebuhraya DUKE dapat dilihat pelbagai tanaman. Antaranya sawi, pokok limau purut, serai, pokok pisang dan lain-lain.
Sempadan Daerah Gombak
Persimpangan Greenwood
Langit Batu Caves
Persimpangan ke Giant Batu Caves, sudah 7.88 km
Dolomite Business Park
Poslaju di Dolomite Business Park
Papan tanda; "Sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur"
Langit sebelum Taman Koperasi Polis Fasa 2
Papan tanda;"Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2"
Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda
Kawasan Industri MARA
Rumah YBhg. Dato' Hassan Din
Sampai semula di taman
Rehat jap....
Selepas berehat dalam 10 minit, kayuhan pulang sudah...........
Sudahkah anda solat? Papan tanda di hadapan Surau Muhammad AlFatih
Kampung Batu Muda Tambahan
Asrama Puteri Desa View
Langit Kampung Batu Muda
Alhamdulillah sampai; 13.89 km