Khamis, 7 April 2011

Saya di Malaysiakah? @ Klinik Kesihatan Batu, Jalan Ipoh; 04 April 2011

Pada 04 April 2011, lebih kurang pukul 10 pagi, saya ada temujanji di Klinik Kesihatan Batu untuk pemeriksaan kehamilan. Pemandangan ini yang menyakitkan mata saya...


Orang punyalah ramai macam biasalah... Tapi mamat dua orang ni dengan senang hati duduk... Ini adalah Klinik Ibu dan Kanak-Kanak... Cuba-cubalah kasi tempat duduk kepada ibu hamil ke, ibu/bapa yang ngendong anak ke. Ini tidak sedap je berbual-bual..


Saya cuba pasang telinga, cuba mendengar apa topik yang asyik sangat dibualkan. Hasilnya, sepatah habuk saya tak faham.. Rupanya warga Myanmar.



Ini pula kerusi di depan saya selepas saya beralih tempat duduk. Kesemuanya juga warga asing.


Kanak-kanak dan lelaki yang berdiri di sebelah kiri saya dan isterinya yang duduk di sebelah saya juga warga asing.

Saya di Malaysiakah? Hampir separuh klinik dikuasai warga Indonesia, Myanmar, Nepal mahu puin Bangladesh. Bengkak di hati saya suarakan pada doktor yang bertugas ketika saya diperiksa. Doktor tu maklumkan dia tidak boleh buat apa. Beliau cuba bagi rawatan kepada tiga (3) orang pesakit tempatan. Kemudian baru digilirkan dengan seorang warga asing. Tindakan beliau telah mengundang kemarahan warga asing dengan alasan mereka bayar mahal.. Adus!!!

6 ulasan:

  1. Salam...memang sekarang ni mereka ada dimana2..terasa kita pulak yang menumpang di negara sendiri...pemerintah patut buat sesuatu agar tak menjadi lebih teruk...

    BalasPadam
  2. wslm... realiti sekarang yang merimaskan.. dan prosedur kemasukan perlu perketatkan

    BalasPadam
  3. memang itu pemandangan biasa sekarang ne..buhaN!!

    BalasPadam
  4. Warga asing pun manusia gak :)

    BalasPadam