Selasa, 30 November 2010

Di Hari Ulang Tahun Kelahiranku

Hari ini 30 November 2010 (Selasa) merupakan ulangtahun kelahiran saya berdasarkan kalendar Masihi.

Jazakallah Khoiran Khastiro buat yang mendoakan kesejahteraan saya sekeluarga. Ya Allah, Kau sahajalah Maha Pengurnia, Anugerahkan kebaikan dan ku kembalikan doa mereka semua juga untuk mereka yang mendoakan ku Ya Allah..

SELAMAT HARI JADI! SELAMAT HARI JADI! SELAMAT HARI JADI!


Allahummasalli Ala Sayyidina Muhammad Waalaa Aali Sayyidina Muhammad

Ya Allah engkaulah yang sentiasa memberikan perhatian dan pandangannya rahmatMu kepada kami sekeluarga.
Dan mendudukkan kami pada jalan kebenaran.
Sesungguhnya Jalan Kebenaran itu pahit dan penuh penderitaan. maka kurnia kepada kami izin mu untuk melaluinya dengan sabar dan tawakkal kepada Allah.
Ya Allah sungguh benar Kalam Mu. Setiap insan pasti akan melalui taqdirmu. Maka kurniakan kepada kami Izinmu dalam setiap ketentuan taqdir bagi kami.
Engkau tidak sesekali membiarkan kami menentukan taqdir hidup kami sendiri kerana jahil kami dan melawan kami akan taqdirMu.Engkau maha Mengetahui Ya Allah.
Ya Allah yang menguasai langit dan bumi izinkan kami berjalan atas keduanya dengan Rahmat kurniaMu dan jauhilah kami dari kesesatan.
Ya Allah yang memiliki setiap jiwa. Engkau sahaja yang menenteramkan Jiwa-jiwa kami dan memenuhkannya dengan Engkau sahaja. tanpa ada yang lain selain Engkau.
Ya Allah, engkau telah memenuhi janjiMu dengan kasih sayangMu kepada kami. Maka engkau izinkan dan kurniakanlah kami bagi memenuhi kasih sayang dan janji kami terhadapMu pula.

Ya Allah Engkaulah yang paling layak menerima pujianMu! Maka siapakah pula kami untuk memujiMu.!
Ya Allah Pada Hari kami semua akan merasa malu kepadaMu. maka pada hari itu engkau menutupi Aib-Aib kami!
Ya Allah Pada hari kami tak mampu memikul beban Dosa Maka hari itu engkau mengangkat amal kebaktian kami!
Ya Allah Pada hari kami kehilangan teman. maka Engkau menawarkan untuk menjadi peneman-peneman kami!

Maka pada hari Ini, terimalah persaksian kami Bahawa Tiada Yang Selain Engkau dan Hanya Kepada Engkau kami Meletakkan Sepenuh Jiwa Raga Kami, Cinta kasih Kami, Penentu Hidup dan Mati kami. Kami Redha dan Akur dengan keMahaperkasaan Engkau. dan kepada Engkau kami Akan dikembalikan.

Wasallallaahuala Sayyidina Muhammad Wa Alaa Alihi Wasahbihi Wasallim.

Amin Ya Rabbal Alamin..

Isnin, 29 November 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ini 29 November 2010 bersamaan dengan hari Isnin, saya ke Klinik Ibu dan Anak di Taman Kopeerasi Polis Fasa 2 untuk pemeriksaan berkala bagi kandungan keempat. Selesai pemeriksaan saya menuju ke kereta.

Tekan punya tekan kunci kereta, tiada respon yang diterima. Sunyi. Aik apahal pulak kereta aku ni? Habis bateri ke kunci ni? Detik hati saya.

Gagal menggunakan kawalan automatik kereta, saya masukkan pula kunci ke pintu kereta. Masuk; tetapi gagal untuk saya pusingkan kunci berkenaan. Ah! Parah ni.

Pandangan saya terarah ke cermin depan kereta. Aik bila masa pula kereta saya ada sticker Mc'Donalds?

Hahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Saya tersalah kereta. Kes pelanduk dua serupa! Kereta saya selang beberapa buah dari kereta berkenaan.

Apa da!!!

Khamis, 18 November 2010

Kenapa Perlu Berbohong?

Kehidupan ini dikelilingi 1,001 jenis manusia. Adakalanya saya kurang selesa dengan sikap segelintir yang suka berbohong. Berikut beberapa situasi yang pernah saya lalui dan terkilan dengan sikap mereka yang suka berbohong.

Situasi 1


Dua hari sebelum Hari Raya Aidil Adha 2010, rumah kami dikunuungi seorang lelaki yang mendakwa menjual barangan kayu buatan tangan dari Kashmir. Jam, Asmaul Husna, ayat-ayat Al-Quran terukir indah di kayu Zaitun. Kali pertama bertandang pada hari berkenaan, beliau disambut emak saya.

Lelaki A: Can speak English?
Ujarnya berkali-kali pada emak, saya berselindung di balik dinding kerana belum sempat mengenakan tudung.

Emak: Tak.. Tak .. Tak mahu
Balas emak sambil menggeleng-geleng kepala.

Lelaki itu pun berlalu pergi.

Kemudian, ketika saya ke bilik air, anak sulung saya menjerit-jerit dari luar memanggil saya. Dalam hati; Apa kena pulak ni?

Nour: Mak... Mak... Nenek panggil...
Saya menuju ke belakang rumah. Tiba-tiba emak saya menghulur RM10..

Emak: Sedekahkan kat dia..

Mata saya mencari "dia" yang emak maksudkan.. Rupa-rupanya lelaki tadi berkunjung semula. Dan pastinya emak saya rimas melayan karenahnya yang tidak habis-habis mengulang-ulang ayat; "Can you speak English?"

Ketika menghampiri lelaki tadi, skrip sama masih diujarkan kepada saya. Saya pun menggeleng-gelengkan kepala. Malas nak layan. Sengaja saya mulakan perbualan dengan Bahasa Melayu.

Saya: Tak pe.. tak pe.. Saya tak nak beli.

Lelaki A: Tolonglah, saya bawa barang-barang Kashmir. Mereka ada perang...
(Aik... boleh pulak cakap Melayu??? Hati saya geram... terus potong cakap)

Saya: Tahu.. tahu.. Ada barang harga RM10?

Lelaki A: Tiada.. Yang ini RM45, ini bekas buah-buahan RM....
(Ujar lelaki berkenaan sambil mengeluarkan barang jualannya)

Saya: Maaf saya tak ada duit nak beli...
(Itu kenyataan sebenarnya.. Saya baru sahaja membeli barangan keperluan harian dan lebaran.. Jadi duit di tangan tiada banyak bersisa)

Lelaki A: Tolonglah, ini 29 kg..
(Lelaki itu masih merayu... mengatakan barangan yang dibawa berat)

Saya: Maaf.. Ini sedekah sahaja yang boleh saya bagi..
(Saya hulurkan duit sedekah emak)

Keesokan paginya, lelaki tadi datang lagi... Saya ingatkan semula; dia pernah datang semalam.

Hai... kenapalah perlu berbohong.. Kalau boleh bertutur Bahasa Melayu kenapa perlu berpura-pura?

Situasi 2

Kala ini saya baru tamat belajar dan mencari-cari peluang pekerjaan. Helaian akhbar jadi sumber rujukan. Melihat kepada tawaran kerja yang berhampiran rumah; saya pun menghantar permohonan. Tidak lama selepas itu, saya dipanggil untuk temuduga. Tanpa disangka, saya dipanggil bertugas. Hati berbunga riang dan bersemangat melangkah.

Harapan yang tinggi menggunung hancur berkecai. Setiba di pejabat berkenaan, mata saya terpandangkan helaian kertas yang amat dikenali, helaian salinan sijil dan ijazah saya bertaburan di mesin pencetak. Apa hal ni? Susah-payah saya sediakan semua dokumen berkenaan, tidak pentingkah kelayakan itu semua? Hati yang panas bertambah panas. Saya dan seorang lagi calon yang melapor diri dimaklumkan akan dibawa ke site office di Klang.

Saya masih bersabar. Dengan menaiki kancil putih, kami berdua di bawa oleh dua orang kakitangan syarikat berkenaan ke Klang. Pelbagai soalan yang saya ajukan, namun gagal mendapat jawapan yang tepat dan jelas daripada mereka.

Setiba di Klang, kami disuruh mengikut senior. Kami berpecah dua kumpulan. Saya dibawa dari kedai ke kedai. Rupa-rupanya mereka menjual sistem keselamatan ADT.



Sakit betul hati. Jawatan yang diiklan dan yang saya pohon bukanlah jurujual langsung. Kenapa tipu kami?

Sekitar tengahari, dua orang lelaki Cina itu maklumkan untuk makan tengahari. Saya pula khabarkan pada mereka, ingin ke masjid berhampiran. Saat itu baru saya berpeluang berbual dengan seorang lagi yang senasib saya. Kami sakit hati dan tidak akan datang kerja esok hari.

Situasi 3

Tatkala saya menyewa di Seksyen 6, Shah Alam semasa melanjutkan pelajaran, kami didatangi seorang lelaki. Beliau mendakwa pelajar jurusan pemasaran dan sedang membuat praktikal. Beliau merayu-rayu membeli barangan elektrik yang dijual. Kononnya ia merupakan markah praktikalnya. Saya yang lurus bendul, mengeluarkan duit pinjaman PTPTN berjumlah hampir RM2 ribu. Saya beli penapis air dan penyedut hampagas serbaguna. Emak saya cukup marah.

Selepas dinilai semula, memang tak padan harga dan barang. Tapi cukup untuk dijadikan pengajaran buat saya.

Mungkin kawan-kawan ada pengalaman seperti saya.

Isnin, 15 November 2010

Nour Alhusna terkena jangkitan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Kasihan anak kecil saya ni, Nour Alhusna Ahmad Azlan... terkena jangkitan ini semenjak Rabu (10 Nov 2010) yang lalu.. Tanda-tanda utama kelihatan pada tangan, kaki dan mulut.

Wajah ceria Alhusna pada 14 November 2010




Kesan jangkitan pada tapak kaki




Jangkitan pada kaki dan tangan



Maklumat berikut saya perolehi di sini.

Penyakit ini disebabkan oleh virus dari kumpulan enterovirus. Virus dari kumpulan ini yang paling kerap menyebabkan penyakit ini ialah virus coxsackieviruses dari strain A16 dan EV71.

Ia selalunya menjangkiti kanak-kanak berusia kurang daripada 3 hingga 5 tahun dan sering bermula di tempat-tempat penjagaan kanak-kanak. Orang dewasa juga tidak terkecuali. Bagaimanapun peratusannya hanyalah 10% dan selalunya tidak menunjukkan tanda-tanda yang merbahaya.

Tanda-tanda

•Jangkitan selalunya bermula dari tekak (seperti sakit tekak)
•demam (suhu badan naik)
•rash / blister di bahagian tangan, kaki dan mulut. Kadang-kala ia terjadi pada punggung
•blister di bahagian mulut menyebabkan bayi atau kanak-kanak menolak bila diberikan makanan. Masalah ini boleh menyebakan selera makan kanak-kanak terbabit terjejas
•rasa pening dan lemah badan
•muntah dan cirit-birit

Komplikasi dari jangkitan ini termasuklah jangkitan pada sistem saraf badan. Ini menyebabkan meningitis dan encephalitis (jangkitan bahagian kepala dan otak), lumpuh, masalah jantung dan pernafasan (seperti pulmunary oedema – cecair berkumpul di dalam paru-paru). Kanak-kanak haruslah mendapatkan bantuan kesihatan lanjut sekiranya ada tanda-tanda seperti :


•rasa sakit di leher, tangan dan kaki
•demam yang tidak surut selepasa pemberian ubat
•tanda-tanda dehidrasi (kehilangan cecair badan) seperti kulit menjadi kering, berat badan menyusut dan air kencing menjadi gelap atau berkurangan

Kematian berlaku selalunya disebabkan oleh komplikasi terhadap jantung dan organ pernafasan. Pada tahun 1997, berpuluh-puluh kematian dilaporkan disebabkan oleh penyakit ini yang bermula di Sarawak.

Langkah-langkah yang perlu

Tidak ada ubat khusus yang boleh diambil untuk membunuh virus ini. Begitu juga, tidak ada vaksin untuk mengelakkannya daripada berlaku. Virus ini mudah berjangkit.

Langkah-langkah yang perlu diambil termasuklah :

•pengambilan paracetamol seperti Panadol untuk mengurangkan kesakitan dan mengawal demam
•amalkan kebersihan seperti selalu membasuh tangan selepas ke tandas dsb.
•kurangkan duduk berhampiran dengan orang yang kena penyakit ini
•virus ini mudah merebak melalui batuk, bersin dsb. Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin
•penggunaan alat-alat pemakanan seperti sudu dan garpu hendaklah diasingkan
•ambil makanan dan minuman yang dimasak sahaja
•pakaian dan tempat-tempat yang terkena pesakit atau ada tanda-tanda najis, kahak batuk atau bersin orang yang kena penyakit ini hendaklah dicuci dengan antiseptik

Pengambilan antibiotik tidak berkesan mengawal penyakit ini. Pemberian aspirin atau methylsalicylate juga tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kesan-kesan buruk yang lain.

Saya bercuti dua hari, 15 dan 16 November, jaga kecik tomey ni...

Ahad, 14 November 2010

Papa & Baby Contest


INI STICKY ENTRY... ENTRY TERKINI SILA SCROLL KE BAWAH LAGI... TERIMA KASIH

Kali ini saya cuba nasib masuk peraduan Papa & Baby Contest anjuran Cute Mum.






Syarat-Syaratnya....



1) Terbuka kepada semua bloggers yang beralamat di Malaysia..

Bagi bloggers yang dok overseas jangan sedih, masih boleh join.. Janji ada alamat yang sah kat Malaysia yer..



2) Buat satu entri pasal Contest ni..

Jangan lupa letak banner (Daddy & Dania) tue kat dalam entri & sidebar blog anda..

Sila pastikan link back..



3) Yang nie susah sikit....

Upload hanya SEKEPING gambar PAPA bersama Baby mereka..

(Umur Baby mestilah dalam lingkungan 0 hari - 5 Tahun)

Tak kesah samada Baby itu anak anda @ anak sedara @ anak jiran....

Asalkan Baby bergambar dengan PAPA mereka....

(jangan lupa minta kebenaran dulu yer...)
Bagi yang ada Baby lebih dari 1 tue, boleh join jugak.. Tapi lain-lain entri yer...



4) Sila nyatakan sekali Nama Papa, Nama Baby dan Umur Baby...



5) Akhir sekali, sila letak Blog Badge Cute Mum di SideBar blog yer...



6) Complete semua, tinggalkan komen di entri ini...



Pemenang:

2 Orang dari Kategori Hensome Boy & 2 Orang dari Kategori Cute Girl.....



Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang PALING KREATIF, MENARIK & LUCU serta menunjukkan kemesraan & keceriaan PAPA bersama BABY..

Juri - juri terdiri daripada orang-orang sekeliling Cute Mum..tapi bukan di kalangan blogger...

Keputusan adalah Muktamad...




Hadiah :

Barangan Baby...



Tarikh Tutup :

14 November 2010

(Bday My Sister Lieya)


Calon-calonnya:-




Nama Papanya : Ahmad Azlan Aziz
Nama Anak Sulung : Nour Almawaddah Ahmad Azlan
Umur : 4 tahun 3 minggu

Ini gambar terkini (18 Oktober 2010) anak yang sulung bersama suami.. Nampak je maknya pegang telefon bimbit terus jerit, "Mak.. mak.. cepat amik gambar kakak ngan bapak!". Ini aksi si kakak yang terus merangkul leher suami. Kakak... kakak...





Nama Papanya : Ahmad Azlan Aziz
Nama Anak Kedua: Muhammad Eimran Ahmad Azlan
Umur Anak : 2 tahun 10 bulan

Gambar di atas kabur sedikit sebab saya ambil sambil kayuh basikal bersama anak sulung yang duduk di palang hadapan basikal berkenaan. Memandangkan kedua-dua emak dan bapak membawa anak-anak, saya jadi cameraman bergerak.. Gambar diambil petang raya Aidilfitri yang lalu di kawasan taman perumahan rumah mertua.







Nama Papanya : Ahmad Azlan Aziz
Nama Anak Ketiga: Nour Alhusna Ahmad Azlan
Umur Anak : 1tahun 9bulan

Yang ini pula, anak ketiga kami, tak padan ngan kecik nak gak guna binocular bapaknya. Gambar diambil di Lumut Waterfront... Sambil tinjau-tinjau kapal lalu-lalang.



Ada potensi untuk menang tak? Hahahaa Insya-Allah ...

Khamis, 11 November 2010

1,001 Perkara

Saya ada 1,001 satu perkara yang ikutkan hati hendak saya kongsikan di blog ini. Bak langit yang luas yang punya penceritaannya sendiri.

Tapi sungguh tugas menghambat saya ke penjuru waktu. Tiada ruang yang luas untuk saya bercanda riang.



Jemput makan nasi lemak semua untuk permulaan hari ini...

Insya Allah, sekiranya ada kelapangan kita bersua di medan penulisan blog ini.

Isnin, 8 November 2010

Hati

Hati iniku bawa jauh
menyelusuri jalan sunyi dan sayu
bertemankan rindu di angin lalu
terasa sepi teman yang setia
menemani kala ria kala duka

Wahai hati..
bawalah berjumpa Pencipta
bawalah hajat
bawalah munajat...
sepi itu temanmu
untuk melayari samudera
berjumpalah nanti di sana...

Khamis, 4 November 2010

Kemalangan Jalan Raya di NKVE, 04 November 2010


Pagi ini, Khamis pukul 7.50 pagi dalam perjalanan ke pejabat; terdapat satu kemalangan yang membabitkan empat buah kenderaan. Tidak silap saya kereta Atos (dalam gambar) yang tayar belakang kanan hampir tertanggal, Proton Iswara Aeroback Merah, MyVi dan sebuah Honda. Kereta Honda berkenaan tidak dapat saya pastikan model apa.


Kejadian berlaku sebelum papan tanda di atas. Lebih kurang selepas susur keluar ke Damansara/Petaling Jaya. Di tempat kejadian, dua anggota polis sedang bertugas. Seorang mengawal lalu lintas dan seorang lagi sedang menyiasat. Baru sangat terjadi ketika saya melalui kawasan berkenaan. Tiada kehilangan nyawa atau kecederaan parah mengikut pemerhatian saya. Bak kata pepatah; Malang tidak berbau. Sekian, saya; Karam Singh Walia melaporkan terus untuk Buletin Utama. Hahahaha...

Rabu, 3 November 2010

Keputusan Peperiksaan Semester Akhir 2010 Nour Almawaddah

Kelmarin (01 November 2010, Isnin), kad Laporan Kemajuan Murid dipulangkan oleh cikgu Mawaddah untuk ditandatangani...

Inilah pencapaiannya..



Ada peningkatan berbanding awal semester dulu... Dulu dapat nombor akhir, sekarang dah dapat nombor 16 daripada 19 orang. Hafalan surah dulu "C"; sekarang "A".. Hafalan doa; "C" ke "B"...



Akhlak, disiplin dan tanggungjawab pun dah berubah daripada "B" ke "A".. Alhamdulillah..

Semoga dianugerahkan kesihatan dan umur yang berkat



Pada 01 November 2010 (Isnin) yang lalu, emak saya minta dibawakan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Ekoran batuk-batuk yang dialami belum sembuh-sembuh sejak sekian lama. Ya Allah, kau kasihilah dia sebagaimana dia mengasihiku ketika kecil! Amin.

Disebabkan kami sampai lewat (lebih kurang 3 petang), doktor di bahagian pesakit luar dah penuh dengan pesakit. Jadi kami dinasihat ke Bahagian Kecemasan.

Menurut kata doktor, nafas emak berbunyi; saluran pernafasan dijangkiti kuman, alahan dan lendir (kahak) yang banyak. Ubat batuk biasa tidak memadai, jadi doktor beri ubat melalui topeng. Ubat tu macam wap yang disedut melalui topeng.

Mujur ada permainan di wad kecemasan, sekurang-kurangnya anak-anak saya dapat bermain.



Dan mujur ada televisyen... dapatlah anak-anak saya tonton kartun.. Ben 10..




Dalam pada menunggu di wad kecemasan, saya terpandang iklan Kad Permata Pusrawi. Ini kelebihan ahlinya yang saya salin dari laman web Hospital Pusrawi..

Kad PERMATA PUSRAWI adalah kad keistimewaan khas untuk pelanggan
berumur 55 tahun ke atas.


KELEBIHAN

Kemasukan wad:

15% diskaun harga bilik (2 katil & 1 katil)

10% diskaun ubatan dan suntikan

10% diskaun ujian di Makmal

10% diskaun ujian di Unit Pengimejan dan Diagnostik

10% diskaun caj Pakar



Rawatan pesakit luar:

10% diskaun ubatan dan suntikan

10% diskaun ujian di Makmal

10% diskaun ujian di Unit Pengimejan dan Diagnostik

10% diskaun rawatan Fisioterapi


Syarat – syarat:

* WARGANEGARA Malaysia sahaja

* pesakit/pelanggan yang membuat bayaran secara tunai

* untuk penama di atas kad sahaja

* pesakit/pelanggan yang berumur 55 tahun ke atas (mengikut tarikh lahir)

* tidak boleh dipindahmilik

* tiada yuran pendaftaran

* caj RM5 dikenakan bagi menggantikan kad hilang

* tidak boleh digunakan ke atas harga pakej

* ahli perlu mengemukakan kad ini di Kaunter Pendaftaran dan sebelum pembayaran dibuat

* segala kelebihan yang ditawarkan adalah tertakluk atas budibicara pihak pengurusan Hospital Pusrawi Sdn Bhd

* kad ini tidak berfungsi sebagai kad kredit atau kad caj-bayar

Saya terus mendaftar untuk emak... Dapat diskaun 10%.

Cerita dolu-dolu berfacebook

Ntah siapa punya kerja ni.. bikin ana punya perut sakit tahan gelak.. hahahahaaha... layan






Agaknya kalau panjang umur, inilah hasil karya terbaru Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..

Selasa, 2 November 2010

I City, Shah Alam @ 30 Oktober 2010

Layan anak-anak di hujung minggu.... Tiket masuk RM10...



Susah betul nak amik gambar budak-budak kechik tomey ni...




Nour Almawaddah dan Muhammad Eimran




Biasan cahaya di permukaan air


JENIS-JENIS MOTOR

Lawak ini saya terima pagi tadi.. hahaha..



Laughter is the best medicine...