Wajah ceria Alhusna pada 14 November 2010
Kesan jangkitan pada tapak kaki
Jangkitan pada kaki dan tangan
Maklumat berikut saya perolehi di sini.
Penyakit ini disebabkan oleh virus dari kumpulan enterovirus. Virus dari kumpulan ini yang paling kerap menyebabkan penyakit ini ialah virus coxsackieviruses dari strain A16 dan EV71.
Ia selalunya menjangkiti kanak-kanak berusia kurang daripada 3 hingga 5 tahun dan sering bermula di tempat-tempat penjagaan kanak-kanak. Orang dewasa juga tidak terkecuali. Bagaimanapun peratusannya hanyalah 10% dan selalunya tidak menunjukkan tanda-tanda yang merbahaya.
Tanda-tanda
•Jangkitan selalunya bermula dari tekak (seperti sakit tekak)
•demam (suhu badan naik)
•rash / blister di bahagian tangan, kaki dan mulut. Kadang-kala ia terjadi pada punggung
•blister di bahagian mulut menyebabkan bayi atau kanak-kanak menolak bila diberikan makanan. Masalah ini boleh menyebakan selera makan kanak-kanak terbabit terjejas
•rasa pening dan lemah badan
•muntah dan cirit-birit
Komplikasi dari jangkitan ini termasuklah jangkitan pada sistem saraf badan. Ini menyebabkan meningitis dan encephalitis (jangkitan bahagian kepala dan otak), lumpuh, masalah jantung dan pernafasan (seperti pulmunary oedema – cecair berkumpul di dalam paru-paru). Kanak-kanak haruslah mendapatkan bantuan kesihatan lanjut sekiranya ada tanda-tanda seperti :
•rasa sakit di leher, tangan dan kaki
•demam yang tidak surut selepasa pemberian ubat
•tanda-tanda dehidrasi (kehilangan cecair badan) seperti kulit menjadi kering, berat badan menyusut dan air kencing menjadi gelap atau berkurangan
Kematian berlaku selalunya disebabkan oleh komplikasi terhadap jantung dan organ pernafasan. Pada tahun 1997, berpuluh-puluh kematian dilaporkan disebabkan oleh penyakit ini yang bermula di Sarawak.
Langkah-langkah yang perlu
Tidak ada ubat khusus yang boleh diambil untuk membunuh virus ini. Begitu juga, tidak ada vaksin untuk mengelakkannya daripada berlaku. Virus ini mudah berjangkit.
Langkah-langkah yang perlu diambil termasuklah :
•pengambilan paracetamol seperti Panadol untuk mengurangkan kesakitan dan mengawal demam
•amalkan kebersihan seperti selalu membasuh tangan selepas ke tandas dsb.
•kurangkan duduk berhampiran dengan orang yang kena penyakit ini
•virus ini mudah merebak melalui batuk, bersin dsb. Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin
•penggunaan alat-alat pemakanan seperti sudu dan garpu hendaklah diasingkan
•ambil makanan dan minuman yang dimasak sahaja
•pakaian dan tempat-tempat yang terkena pesakit atau ada tanda-tanda najis, kahak batuk atau bersin orang yang kena penyakit ini hendaklah dicuci dengan antiseptik
Pengambilan antibiotik tidak berkesan mengawal penyakit ini. Pemberian aspirin atau methylsalicylate juga tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kesan-kesan buruk yang lain.
Saya bercuti dua hari, 15 dan 16 November, jaga kecik tomey ni...