Selasa, 15 Jun 2010

EKSPO BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA


Esok Rabu (16 Jun 2010) saya akan bertugas di kaunter kempen kesedaran harta intelek bertempat di PWTC... Hahahaha.. Biasalah agensi bawah KPDNKK konalah ikut mana bapak suruh pergi.. Serba sedikit info ekspo berkenaan...

PROGRAM : EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA
TARIKH : 16 JUN 2010 HINGGA 20 JUN 2010
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 9.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN TUN RAZAK 3 DAN 4
ARAS 3 DAN 4,
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC)

APA FAEDAHNYA KE SANA??

1) Sebab saya ada kat sana (hahahaaha pelasan!). Saya cuma bertugas hari Rabu sahaja.
2) Boleh dikatakan semua agensi di bawah KPDNKK ada buka booth pameran. Agensi seperti MyIPO, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bank Rakyat, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM). Jadinya boleh dapat khidmat nasihat percuma berkaitan perkhidmatan agensi-agensi berkenaan, mengetahui promosi terkini (promosi pinjaman/kad kredit-Bank Rakyat).. Berikut senarai ringkas perkhidmatan agensi-agensi berkenaan:-

2.1 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
2.2 Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) pendaftaran paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian dan petunjuk geografi
2.3 Perbadanan Nasional Berhad (PNS) adalah sebuah perbadanan utama dalam menyediakan kaedah penyelesaian francais
2.4 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan SyarikatKoperasi di Malaysia
2.5 Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) sebagai sebuah institusi yang menyediakan latihan dan pendidikan koperasi untuk gerakan koperasi
2.6 Bank Rakyat bertujuan menyediakan pembiayaan dan menerima deposit serta menghasilkan semula dividen yang memuaskan untuk kemajuan anggotanya

3) Yang utamanya, (selalunya yang saya suka) korang boleh shopping kat sini. Ekspo ni disertai pengeluar barangan Malaysia. Diaorang jual barang-barang dengan harga istimewa.. Ada makanan, handbag, baju, kasut, buku... mari.. mari ... mari...

Kalau korang berada di mana-mana negeri pada tarikh dalam jadual berikut, singgahlah ek..

KALENDAR TENTATIF EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA 2010*

1. PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR
16-20 JUN (RABU – AHAD)

2. KUANTAN PARADE, PAHANG
22 – 25 JULAI (KHAMIS – AHAD)

3. MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC)
5 – 8 OGOS / 8 – 11 OKTOBER (KHAMIS – AHAD)

4. PENANG INTERNATIONAL SPORTS AREA (PISA)
11 – 14 NOVEMBER (KHAMIS – AHAD)

5. SURIA SABAH
25 – 28 NOVEMBER (KHAMIS – AHAD)

6 BINTANG MALL, MIRI, SARAWAK
9 – 12 DISEMBER (KHAMIS – AHAD)


* TBC – To Be Confirmed

* Semua tarikh dan lokasi tertakluk kepada pindaan

-sumber
kpdnkk.gov.my