Memaparkan catatan dengan label Tips Balik Kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Balik Kampung. Papar semua catatan

Selasa, 28 Disember 2010

Segar Dari Laut.. Nyum.. Nyum...

Hujung minggu lepas (25 Disember 2010) kami sekeluarga pulang ke kampung mertua di Manjung, Perak. Dalam sejarah apabila kami bertolak dari Kuala Lumpur ke sana pada pukul 2.00 pagi dan tiba tepat pukul 5.00 pagi.

Rutin pagi bapa mertua saya ialah beliau akan turun ke laut. Inilah contoh hasil laut...

Kerang Bulu

Kerang bulu ini spesies kerang yang berbulu pada cengkerangnya dan saiznya besar daripada kerang biasa. Isinya manis dan kenyal. Dek kerana geli akan bulunya, kerja membersih, merebus dan mengeluarkan isi saya serahkan pada Encik Suami. Hehehe...

Antara hasil laut segar lain yang menjadi santapan kami sekeluarga ialah siput sudu (berwarna hijau) dan gayam.

Ini gambar selepas "dikerjakan" oleh kami.. hehehe

Spesies ikan yang tinggal tulang itu belum dapat dikenal pasti.. Bukti keenakan nikmat makan hasil laut segar jelas ditunjukkan melalui aksi anak-anak saya....



Nour Almawaddah meratah gayam dan siput sudu


Muhammad Eimran tak lepas peluang makan ikan goreng yang manis



Nour Alhusna tak ketinggalan


Sudah kenyang makan, layan DVD Upin & Ipin pula..


Gaya orang letih lagi kenyang


Waktu petang, lumba lari... Alhusna sedang nyenyak tidur kala ini


Aktiviti lain tiga beradik; mari menyakat labah-labah

Isnin, 13 September 2010

Syawal 1431 Hijrah bersamaan September 2010

Selepas sholat sunat hari raya, kami sekeluarga (tiga kereta) bergerak ke kampung halaman arwah ayah saya di Kampung Mesah Hilir, Gopeng, Perak. Selalunya kami tiba di sana pada pukul sepuluh pagi jika bertolak selepas sholat sunat hari raya. Namun, pada hari Jumaat lepas (10 September 2010), keadaan trafik amat perlahan. Mengikut kata abang saya yang memandu di hadapan, berlaku kemalangan di mana sebuah kereta Mercedes telah melanggar pembahagi jalan. Kala kereta saya melalui tempat kejadian, tiada sebarang kesan kemalangan ekoran tindakan pantas kakitangan Plus. Terima kasih atas jasa mereka yang bertugas di saat kebanyakan orang bercuti. Akibatnya, kami sampai di destinasi pada pukul 12.30 tengahari.

Anak-anak saya yang menaiki Pajero abang saya telah sampai terlebih dahulu. Seperti yang saya jangka, mereka sibuk beramah mesra dengan kambing-kambing peliharaan sepupu saya. Aduh! Kambing pun serik jumpa anak-anak saya. HAHAHA. Tak cukup dengan kambing, itik dan ayam pun jadi barang mainan.



Tengoklah anak-anak saya yang tiga orang dan sepupu-sepupu mereka. Asyik sangat dengan kambing. Lebih-lebih lagi terdapat seekor anak kambing yang tersangat comel. Hitam dan putih warnanya. Eimran anak kedua saya gemar sangat dengan si anak kambing berkenaan. Ke mana sahaja anak kambing itu pergi, diikutnya. Gambar berikut ini, aksi pengembala kambing berbaju Melayu merah di tepi sungai yang terletak di hadapan rumah Tok Tehnya.





Alhusna duduk mencangkung sebentar selepas sesi latihan memanas badan dengan mengejar itik-itik Tok Tehnya. Selepas penat kejar haiwan ternakan,mandi sungai pula tiga beradik ni.

Kami menziarah adik-adik arwah ayah saya sebelum bertolak ke kampung suami di Kampung Tersusun, Batu 7, Lekir, Manjung, Perak. Kami berada di Manjung sehingga raya ketiga. Pagi hari raya ketiga, kami bertolak pulang. Dalam perjalanan pulang, singgah sebentar di rumah adik bapa mertua saya di Sungai Buloh.



Suami saya ambil kesempatan melelapkan mata. Anak saya yang sulung, Almawaddah tumpang sekaki baring di sebelah bapanya. Adiknya, Alhusna sibuk bermain dengan Mak Langnya.

Sebelum sampai Sungai Buloh, kami singgah di Sabak Bernam membeli mentarang (sejenis hidupan laut seperti kerang). Saya terkenangkan emak saudara yang gemar makan mentarang. Ini hasil mentarang yang telah dimasak oleh Mak Ngah.



Isinya putih, lembut dan sedikit kenyal. Lebih manis dari kerang tetapi kurang berbau berbanding kerang. Sedap!! Jemput makan...

Selasa, 7 September 2010

Selamat Menyambut Syawal 1431H



Assalammualaikum w.b.t.

Tinggal lagi dua hari kita bakal menyambut Syawal dan bermakna kita akan tinggalkan Ramadhan bulan seribu rahmat. Entah bersua, entah tidak Ramadhan yang akan datang. Dikesempatan ini saya menghulurkan salam kemaafan andaikata ada tersilap kata, terguris perasaan, terlupa acknowledge semasa ambil hasil kreatif kawan-kawan dan segala "ter.." yang sewaktu dengannya. Mohon halalkan segala ilmu, makan dan minum saya.

Saya akan mula bercuti pada hari Rabu (15 September 2010) sehingga Jumaat (17 September 2010). Bermakna saya kena jaga opis (wuaaaaaa..., semua kawan-kawan berhampiran tempat saya di pejabat dah balik kampung).



Bagi kawan-kawan yang memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu. Pastikan ada sesuatu yang boleh membantu anda ketika mengantuk sebelum berhenti di kawasan rehat & rawat (RNR). Antaranya :-

1. Bekalkan dalam kereta minuman dalam tin yang boleh menyegarkan mata (air kopi, minuman tenaga (100 Plus, Red Bull, Revive (haaha macam iklan pulak));
2. Makanan (gula-gula, asam, keropok, Mamee);
3. Tuala lembap buat sapu muka;
4. Kalau ada minyak wangi, semburkan kat tangan, boleh hidu;
5. Kalau ada minyak angin (minyak cap kapak, yuyi cap limau ke, minyak lang ke), gosok-gosok kat hidung. Nak aksi lagi ganas, sapu je kat mata, confim tak ngantuk. hahahaa.



Tips lain untuk mengelakkan mengantuk dan untuk keselamatan adalah dengan berkonvoi. Tidak kiralah bermotorsikal atau berkereta (atau pun nak lain dari yang lain; apa kata raya ni konvoi naik basikal?), keselamatan juga perlu diambil kira. Antaranya:-

1. Lantik ketua (marshall).

Individu yang dilantik perlulah bertanggungjawab terhadap ahli kumpulan. Misalannya, pastikan anak buah tidak hilang arah dengan memberikan isyarat untuk tukar laluan atau mahu berhenti. Marshall juga hendaklah mahir dengan selok-belok jalan. Contohnya, selekoh yang bahaya, jalan yang ada En. dan Puan Lembu berhari raya di jalan raya, jalan berlubang dan lain-lain. Jumlah Marshall tidak semestinya seorang. Ianya bergantung kepada jumlah ahli konvoi.

2. Ikut peraturan

Adakalanya segelintir pengguna jalan raya bersikap seperti manusia yang tidak bertamadun. Apabila mereka dalam kumpulan, mereka naik syeikh, cuba tunjuk lagak tak bertempat. Mula memandu/menunggang ikut sesedap rasa. Menjerit, membunyikan hon dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Sikap ini perlu dielakkan. Disiplin amat penting. Bagi yang dilantik sebagai marshall, tugas anda untuk menegur dan membetulkan keadaan.

3. Kekalkan Jarak yang Selamat

Jangan mengikut ahli konvoi terlau hampir dan pandu/tunggang di lorong anda.

4. Patuh Arahan

Bagi ahli konvoi, patuhi arahan Marshall. Jangan pula di pertengahn perjalanan, cuba-cuba untuk memotong atau mengetuai konvoi. Ini akan menyebabkan ahli konvoi hilang arah.

Sekiranya ada pasukan keselamatan bertugas (Polis, Plus Ronda, JKR, JKJR), patuh arahan yang diberi.

Lagi satu, kalau berhenti di RNR pastikan anda:-

1. Berhenti di tempat yang terbuka;
2. Elakkan berehat atau meletak kenderaan di tempat tersembunyi. Bahaya;
3. Pastikan kenderaan anda berkunci apabila hendak meninggalkannya walaupun sekejap. Contohnya, kalau berhenti untuk mengisi minyak. Pastikan kunci pintu dahulu. Baru ke kaunter bayaran. Jika ada penumpang di dalam kereta, kunci dari dalam;
4. Jika berseorangan, simpan beg, barang-barang berharga atau sorok dari pandangan orang lain.



Kalau kawan-kawan tidak memandu, jadi co-pilot, silalah jaga pemandu tu.. Jangan pula bantai tidur sepanjang perjalanan. Bawa-bawalah berbual. Segar sikit mata.

Saya ambil petua berikut dari skycrewz;

Antaranya disarankan kita membaca ayat berikut sebelum memulakan pemanduan.

” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)

haa lain daripada tuh ade lagi, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Kawan-kawan yang menggunakan pengangkutan awam, pastikan anda juga merancang perjalanan. Jangan sampai tertinggal bas. Ataupun yang lagi parah, tertidur samapi terlepas stesen bas yang sepatutnya (haahhaahaha, ini kisah benar yang terjadi pada abang saya).

Didoakan semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju. Semoga kalian semua dilindungi Allah dunia dan akhirat. Amin.

* gambar bayi menguap, konvoi berkereta dan kartun adalah ihsan En. Google.