Selasa, 14 September 2010

Spongebob versi Nour Almawaddah

Bulan Ogos yang lalu selepas berjumpa doktor gigi, saya dan suami ke kedai mainan dengan niat untuk membeli barangan mainan untuk anak-anak. Memandangkan anak sulung kami gemar menulis, kami belikan tiga beradik pen yang besar. Pen berkenaan dihiasi corak karikatur kartun yang popular.



Pen yang sulung, Nour Almawaddah; gambar Dora the Explorer, Eimran; gambar Pixar Car; manakala Nour Alhusna gambar Spongebob.

Malam tadi (13 September 2010/04 Syawal 1431H) ketika waktu Maghrib;

Almawaddah: Mak, tulis spongebob!
(Ujar yang sulung sambil menghulurkan sekeping kertas dan pen Doranya)

Saya pun tulislah perkataan S P O N G E B O B besar-besar pada helaian putih berkenaan lalu saya serahkan kembali pada Almawaddah. Saya sambung semula bermain dengan Eimran dan Alhusna.

Almawaddah: Mak, dah siap!
(Tangannya menghulurkan kertas tadi sambil tersenyum lebar)

Inilah hasilnya..



Saya suakan kertas berkenaan pada suami; tersenyum lebar bapanya... Anak kami tulis, S I P O N G B O P... Suami saya kata Almawaddah tulis berdasarkan apa yang dia dengar. Yang kelakar Almawaddah belum kenal huruf; adalah dua tiga yang dia kenal betul.

Ada-ada saja budak kecik tomey mak yang bakal mencecah usia empat tahun pada 25 September nanti...

Agak-agaknya inilah reaksi Spongebob kalau tengok hasil tulisan anak kami?

3 ulasan: