Rabu, 30 Jun 2010

Kempen Boikot Barangan Israel

Kita mungkin terlena dengan suasana Piala Dunia 2010... Kita mungkin lupa kekejaman Israel... Hari ini berita di Harian Metro mendedahkan makanan sukarelawan Mavi Marmara disyaki direndam arsenik! Baca artikel berkenaan di sini.

Berikut adalah sebahagian senarai barangan yang saya ambil daripada web Boycott Israel Campaign. Mungkin kita tidak berkesempatan berjuang di medan jihad, tetapi marilah kita berjihad kecil dengan memboikot barangan/jenama berkenaan.

Isnin, 28 Jun 2010

Give Away "Cayang Ibu"

Kali ini saya layan permintaan Whitey Mommy... Ini jugak kali pertama saya masuk GA ni.. hihihi..
Memandangkan saya baru dalam dunia blogger, jadi kekawan saya ni yang jadik target saya..hahahaha
secara tak langsung dapat gak kenal derang nie..

1. Cik Chups
2. Cik Yatie SB
3. Mama Aizara
4. Cik Qhiekan
5. Cik Tutor

Pastu ni gambar saya ngan anak sulung a.k.a. dia kata dia kechik tomey mak



Gambar ni masa kechik tomey mak ni demam...sian.. suhu 39.5c.. tengah tgu turn kat Hospital Selayang... sebab tak mo kasik dia boring, bapaknyer cuba main2 ngan si kechik tomey ni.. pakaikan dia cermin mata bapaknyer pastu snap gambo..

erm... ada harapan ke menang?

Khamis, 24 Jun 2010

Lapor diri di Kluang pada 25 Julai depan...

Pagi tadi telefonku berbunyi... mesej daripada kakakku;

"Salam, ko kena lapor diri kt kluang 25/7, cite lbh lanjut blk umah tgk surat..."

Kluang.....




Perasaanku bercampur-baur.... argh...

Rabu, 23 Jun 2010

20 Perkara Tentang Safinaz Hanum

Ini tag yang pertama saya terima sejak jadi blogger daripada Whitey Mommy. Jadi saya berusaha untuk memenuhi tugasan pertama saya ni... Hasilnya...

Selasa, 22 Jun 2010

Kejadian di Stesen Minyak Esso, Sentul

Al-kisahnya semalam balik keje, tengok meter minyak motor kesayangan dah kurang dari separuh. Jadi on the way balik rumah, singgah jap kat stesen minyak Esso.



Macam biasa, hampir semuanya ada kenderaan... ada dua aje yang kosong, saya pun pergi ke pam nombor empat. Di hadapan pam nombor empat, ada sebuah lori satu tan tengah diisi minyak, nozzle disangkut pada tangki.

Selepas bayar kat kaunter, saya berjalan menuju ke motor. Sedang saya mengisi minyak, alih-alih En. Lori (merujuk kepada pemandu lori di hadapan pam saya) dengan senang hatinya membuat satu panggilan telefon menggunakan handphone beliau. Saya pulak dengan susah hatinya melihat gelagat beliau. Alangkah sadisnya beliau boleh buat muka dak ajer.. Saya pulak terasa tangan menggigil dan terasa RM3 minyak makin lambat memenuhi tangki motor.

Terasa macam inginku back hand tulang rusuk En. Lori berkenaan. Tahukah dia menggunakan telefon bimbit sambil mengisi minyak merupakan aksi yang membahayakan diri sendiri, orang sekeliling dan kawasan yang sewaktu dengannya?

Tahukah anda semasa mengisi minyak, anda tidak boleh:-

1. Merokok
2. Menggunakan telefon bimbit (sms/call)
3. Keluar-masuk kenderaan (buka/tutup pintu)
4. Mengetuk2 nozzle pada tangki
5. Membiarkan enjin anda aktif

Antara kes-kes kemalangan yang dilaporkan (sumber-http://encikbeliau.com/)

1 December 2007

Sikap degil seorang pemandu kereta yang tidak menghiraukan peraturan ditetapkan di stesen Gas Asli Kenderaan (NGV) untuk tidak menggunakan telefon bimbit dipercayai menjadi punca tangki NGV kenderaannya meletup sebaik dia selesai mengisi gas.

27 Mac 2009

Seorang pemilik syarikat kuari nyaris maut apabila pam minyak di sebuah stesen minyak di sini terbakar ketika beliau sedang mengisi petrol ke dalam gelen plastik di belakang kenderaan pacuan empat roda miliknya.Kebakaran yang memusnahkan tiga pam minyak di stesen itu menyebabkan Chung Kian Seng, 33, melecur di muka dan lengan kiri.

2 Oktober 2009

Stesen minyak Mobil di Jalan Kota Baharu-Pasir Mas berdekatan bulatan kampung Pasir Pekan di sini musnah sebahagiannya dalam kebakaran yangberpunca dari sebuah kereta sedang mengisi minyak di pam stesen itu.Tidak dapat dipastikan sama ada enjin kereta itu hidup atau dimatikan.

Yang peliknya; selain kes semalam, saya pernah menegur seorang lelaki dalam aksi yang lebih kurang sama. Jawapan selamba yang diberi; ala... kejap je.. (kalau yang kejap tu boleh menyebabkan kebakaran, cam ner?). Sanggup gadaikan nyawa???

Isnin, 21 Jun 2010

Penawar Demam - Sup Ketam

Kali ini saya nak share resepi sup ketam, yang selalunya jadi penawar demam... demam dalam erti kata sebenarnya ya kawan-kawan.. Tak termasuk demam piala dunia... kui kui kui...

Resepi ni ringkas jer... mula2 ketam ikut suka... bersihkan...
ketam yang ni tau



Bukan ketam nie...



pastu daun kunyit secukupnya dihiris-hiris kasar


kemudian bawang putih dihiris-hiris



halia juga dihiris



pastu letakkan semua bahan berkenaan dalam periuk dan letakkan air sama paras ngan bahan2 berkenaan... Oopss.. jangan lupa taruk garam ek


rebus sampai menggelegak... (kulit ketam bertukar jadi oren).... tada... dah siap..

kalau pesakit tak larat nak makan, minum air rebusan pun dah okay.. insya Allah suhu badan akan menurun..

Khamis, 17 Jun 2010

Jaundis - Keratan Utusan Malaysia (Mega)

Baru jer semalam aku berkongsi cerita isu jaundis ni dengan Whitey Mommy, alih-alih kuar plak artikel berkenaan isu yang sama di surat khabar Utusan Malaysia, sisipan Mega..




Sian tau kalau baby kena jaundis ni... kena duduk kat bawah lampu, tak pakai baju.. (anak saya sampai lampin pun kena buka..).. Jadi jaga diri bebaik masa awal kehamilan!

** kredit tuk cik chup yang tulun scan kan sekabo muah! (^^)

NASA - Matahari Akan Terbit Dari Barat

Kiriman e-mel yang diterima oleh saya yang ingin dikongsi bersama.

Posted on Tuesday, June 15 @ 20:07:05 PDT by tokdalang
Oleh Syed Imran
Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Selasa, 15 Jun 2010

EKSPO BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA


Esok Rabu (16 Jun 2010) saya akan bertugas di kaunter kempen kesedaran harta intelek bertempat di PWTC... Hahahaha.. Biasalah agensi bawah KPDNKK konalah ikut mana bapak suruh pergi.. Serba sedikit info ekspo berkenaan...

PROGRAM : EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA
TARIKH : 16 JUN 2010 HINGGA 20 JUN 2010
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 9.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN TUN RAZAK 3 DAN 4
ARAS 3 DAN 4,
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC)

APA FAEDAHNYA KE SANA??

1) Sebab saya ada kat sana (hahahaaha pelasan!). Saya cuma bertugas hari Rabu sahaja.
2) Boleh dikatakan semua agensi di bawah KPDNKK ada buka booth pameran. Agensi seperti MyIPO, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bank Rakyat, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM). Jadinya boleh dapat khidmat nasihat percuma berkaitan perkhidmatan agensi-agensi berkenaan, mengetahui promosi terkini (promosi pinjaman/kad kredit-Bank Rakyat).. Berikut senarai ringkas perkhidmatan agensi-agensi berkenaan:-

2.1 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
2.2 Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) pendaftaran paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian dan petunjuk geografi
2.3 Perbadanan Nasional Berhad (PNS) adalah sebuah perbadanan utama dalam menyediakan kaedah penyelesaian francais
2.4 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan SyarikatKoperasi di Malaysia
2.5 Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) sebagai sebuah institusi yang menyediakan latihan dan pendidikan koperasi untuk gerakan koperasi
2.6 Bank Rakyat bertujuan menyediakan pembiayaan dan menerima deposit serta menghasilkan semula dividen yang memuaskan untuk kemajuan anggotanya

3) Yang utamanya, (selalunya yang saya suka) korang boleh shopping kat sini. Ekspo ni disertai pengeluar barangan Malaysia. Diaorang jual barang-barang dengan harga istimewa.. Ada makanan, handbag, baju, kasut, buku... mari.. mari ... mari...

Kalau korang berada di mana-mana negeri pada tarikh dalam jadual berikut, singgahlah ek..

KALENDAR TENTATIF EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA 2010*

1. PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR
16-20 JUN (RABU – AHAD)

2. KUANTAN PARADE, PAHANG
22 – 25 JULAI (KHAMIS – AHAD)

3. MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC)
5 – 8 OGOS / 8 – 11 OKTOBER (KHAMIS – AHAD)

4. PENANG INTERNATIONAL SPORTS AREA (PISA)
11 – 14 NOVEMBER (KHAMIS – AHAD)

5. SURIA SABAH
25 – 28 NOVEMBER (KHAMIS – AHAD)

6 BINTANG MALL, MIRI, SARAWAK
9 – 12 DISEMBER (KHAMIS – AHAD)


* TBC – To Be Confirmed

* Semua tarikh dan lokasi tertakluk kepada pindaan

-sumber
kpdnkk.gov.my

Isnin, 14 Jun 2010

Pilih Nama Anak



Diam tak diam anakku dah tiga orang... Alhamdulillah dimudahkan urusan dan dilimpahi rezeki berupa anak-anak..

Bagi setiap ibubapa pasti berkira-kira dalam memilih nama anak yang bakal lahir.. Link ini mungkin boleh dijadikan panduan sebelum memilih nama; ilmu dan ulamak Kalau nak try cari-cari nama cuba link ni pulak; nama-nama pilihan.



Bagi anak pertama, kami berikan nama Nour Almawaddah (sebutan, Nurulmawaddah; cahaya kasih-sayang). Semoga rumah tangga kami dilimpahi kasih dan sayang, amin...



Hamil kali kedua; kami cari nama perempuan sebab masa hamil sulung ada spare nama lelaki jadi tak yah cari lagi... Dr. Habibah pesan; banyakkan nama lelaki. Tapi kami stand by sepasang nama... Senang, scan memang nampak lelaki, tapi takdir kita mana boleh jangka.. Akhirnya lahirlah putera, Muhammad Eimran.. Asalnya hendak diberi nama Muhammad. Namun mengikut kebiasaan orang Melayu, akan dipanggil Mamat (maksud bahasa Arabnya, mati). Jadi maknya tambah Eimran bersempena surah dalam Al-Quran, semoga akhlaknya secantik Al-Quran. Amin.



Hamil kali ketiga, seperti biasa kami sediakan sepasang nama, walaupun Dr. Habibah kata lebihkan nama perempuan. Kali ni bersalin lewat seminggu dari tarikh jangkaan. Risau gak. Tapi alhamdulillah, selamat melahirkan anak perempuan yang kami namakan Nour Alhusna (sebutan Nurulhusna).. Cahaya kebaikan... memang baik budaknya... Amin...

Jumaat, 11 Jun 2010

KECHIK TOMEY KU DEMAM...

Sian kechik tomey ku yang sulung ni... dah seminggu demam.... monyok jerk... kalau tak dialah penceria kehidupan yang menggamatkan suasana rumah nenek.. uiks... rindu plak dengar bunyi "kekecohan" yang kau ciptakan.. huhuhu

Semoga anak mak dianugerahkan kesembuhan dengan segera... Amin. mak dah beli 100 plus, air delima, ketam (nanti nenek watkan sup ek...).. Cuma kurma yang Nour nak jer mak belum beli sebab Giant tak jual kurma yang best... Nanti mak cari kat tempat lain ek... Cepat-cepat baik ye..

Macamlah anak aku boleh baca blog nie.. Tapi betul wei... walaupun aku ni ganas lagi kasar, aku tak sampai ati nengok anak-anakku sakit...





Khamis, 3 Jun 2010

Rabu 02 Jun 2010 (20 Jamadilakhir 1431M)

Semalam bertempat di KLCC, saya bertugas menjaga kaunter kempen kesedaran Harta Intelek. Dalam waktu rehat saya mengambil kesempatan membeli apa yang patut (patut? hahaha, agaknya ler). Rasa-rasa apa yang "patut" telah saya beli??

1. Dua biji bantal berbentuk kepala karikatur Upin - buat dua orang puteri permata hati, Almawaddah dan Alhusna...

2. Sebiji bantal berbentuk kepala karikatur Ipin - buat satu-satunya putera permata hati, Eimran (yang tersangat-sangat manja mengalahkan adiknya... sering minta didukung) - Tiga biji bantal = RM45

3. Sebungkus potatoes pottees - beef pepper - empat ketul sebungkus = RM10(macam begedil, cuma ianya berinti) - dibeli khas buat suami tersayang. Almaklumlah cik abang yang sorang ni sejak bujang sampai la ni suka bawa bekal dari rumah. Orang rumah dia pulak kekadang jer sempat watkan bekal. Jadi ni macam bekal ekspress untuk si dia... Masa awal kawen sempatlah masak bekal utk sarapan ngan makan tengahari... la ni tak dan.. huhuhu...

Balik rumah, semua budak-budak kechik tomey serang emak ngan bapaknyer (semalam kami balik sekali, guna satu motor jer)... Kakak cam biasa asal nampak maknya jinjing barang mula tanya, "mak, mak, mak, apa tu mak?".. Abis kena ambush...

Itu pelaburan yang dibuat semalam..

Seronok tengok anak-anak seronok...

Walaupun sekarang ni ada di satu penjuru dunia yang anak-anak kecil tak dapat merasa apa yang mereka rasa... lebih-lebih lagi di Palestin sana...



Semoga anak-anak mak, Nour Almawaddah Ahmad Azlan, Muhammad Eimran Ahmad Azlan dan Nour Alhusna Ahmad Azlan akan menjadi insan yang beriman dan bertaqwa... Amin..

Selasa, 1 Jun 2010

Saya budak baru belajar



Assalammualaikum w.b.t.

Akhirnya hari ni aku wat gak blog sendiri..

tangan gatal nak try...

dalam suasana hujan lebat di luar sana.. nak balik pun tak boleh

dan mood yang agak tak berapa stabil.. hahahahaha

jadi terhasillah blog amatur ni..