Isnin, 21 Jun 2010

Penawar Demam - Sup Ketam

Kali ini saya nak share resepi sup ketam, yang selalunya jadi penawar demam... demam dalam erti kata sebenarnya ya kawan-kawan.. Tak termasuk demam piala dunia... kui kui kui...

Resepi ni ringkas jer... mula2 ketam ikut suka... bersihkan...
ketam yang ni tau



Bukan ketam nie...



pastu daun kunyit secukupnya dihiris-hiris kasar


kemudian bawang putih dihiris-hiris



halia juga dihiris



pastu letakkan semua bahan berkenaan dalam periuk dan letakkan air sama paras ngan bahan2 berkenaan... Oopss.. jangan lupa taruk garam ek


rebus sampai menggelegak... (kulit ketam bertukar jadi oren).... tada... dah siap..

kalau pesakit tak larat nak makan, minum air rebusan pun dah okay.. insya Allah suhu badan akan menurun..