Isnin, 27 September 2010

Tugas Baru, Pejabat Baru & oh...............

Hari ini, 27 September 2010; saya memulakan minggu saya dengan bertugas di Shah Alam, Selangor.

Awal-awal pagi, lena saya dikejutkan oleh rengekan si comel, Alhusna. Tidur bukan main lasak. Rupanya dia terselit di tepi bakul baju. Hahaha. Macam manalah si kecik tomey tu boleh ke sana. Asalnya baring di sebelah saya. Selepas memujuk Alhusna, fikiran saya mencongak-congak hari dan waktu. Oh, Isnin rupanya!. Kepala terasa sedikit ringan. Semalam tekanan darah saya rendah. Akibatnya, pening-pening macam mahu pitam. Suami nasihatkan ambil m.c, tetapi memandangkan ini hari pertama bertugas di pejabat baru, saya gagahkan jua. Mujur juga Alhusna terbangun, rupa-rupanya sudah melewati 6.20 pagi.

Pukul 7.00 pagi, saya sudah siap untuk ke pejabat. Anak sulung saya sudah bangun. Terpisat-pisat mencari emaknya. Dan............

Dia meragam pula....... menangis-menangis, merengek-rengek.. Saya layanlah jua sebab tak sampai hati tak tinggalkan dia. Oh.......terima kasih ibuku yang menyambung menguruskan persediaan budak kecik tomey yang meragam untuk ke sekolah.

Mujur saya sempat sampai awal ke pejabat, pukul 7.59.

Kepala saya pusing lagi.... Oh... Tiada ubat untuk tekanan darah rendah... Sabar.. sabar..