Selasa, 14 September 2010

Spongebob versi Nour Almawaddah

Bulan Ogos yang lalu selepas berjumpa doktor gigi, saya dan suami ke kedai mainan dengan niat untuk membeli barangan mainan untuk anak-anak. Memandangkan anak sulung kami gemar menulis, kami belikan tiga beradik pen yang besar. Pen berkenaan dihiasi corak karikatur kartun yang popular.



Pen yang sulung, Nour Almawaddah; gambar Dora the Explorer, Eimran; gambar Pixar Car; manakala Nour Alhusna gambar Spongebob.

Malam tadi (13 September 2010/04 Syawal 1431H) ketika waktu Maghrib;

Almawaddah: Mak, tulis spongebob!
(Ujar yang sulung sambil menghulurkan sekeping kertas dan pen Doranya)

Saya pun tulislah perkataan S P O N G E B O B besar-besar pada helaian putih berkenaan lalu saya serahkan kembali pada Almawaddah. Saya sambung semula bermain dengan Eimran dan Alhusna.

Almawaddah: Mak, dah siap!
(Tangannya menghulurkan kertas tadi sambil tersenyum lebar)

Inilah hasilnya..



Saya suakan kertas berkenaan pada suami; tersenyum lebar bapanya... Anak kami tulis, S I P O N G B O P... Suami saya kata Almawaddah tulis berdasarkan apa yang dia dengar. Yang kelakar Almawaddah belum kenal huruf; adalah dua tiga yang dia kenal betul.

Ada-ada saja budak kecik tomey mak yang bakal mencecah usia empat tahun pada 25 September nanti...

Agak-agaknya inilah reaksi Spongebob kalau tengok hasil tulisan anak kami?

Tolong !!! Cam ner nak wat ni?

Pagi ini saya dimaklumkan oleh Eda bahawasanya ruangan follower pada blog saya tidak kelihatan. Siap Eda buatkan satu entry sementara untuk menunjukkan pada saya situasi berkenaan.

Gambar berikut menunjukkan ruangan berkenaan kosong... ;(



Tetapi apabila saya buka blog saya; yang kelihatan ini pulak...



Terima kasih pada Eda yang bersusah-payah memaklumkan saya. Ada sesiapa yang dapat bantu? (Ada ke orang time raya cenggini?)