Jumaat, 6 Februari 2015

Ke Yaohan Kita! Road to Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia - Part 2

Sambungan daripada post terdahulu...


Melalui semakan di laman web Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, permohonan tuntutan boleh dikemukakan di alamat berikut:-

                                               Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
                                               Tingkat 16, Putra Place
                                               100 Jalan Putra
                                               50622 Kuala Lumpur
                                               Tel  :  03-4042 4181/4042 4194
                                               Faks : 03-4042 4259

Senang cakap kat Yoahan @ The Mall.. Korang tahu ke Yoahan @ The Mall ni? kih kih kih..

Semasa saya ke sana pada 28 Januari 2015 (Rabu) @ 1.00 tengahari, The Mall masih dalam proses pengubahsuaian.. Hati2lah kome2 yang nak ke sana ye.. Sebab keadaan sangat berdebu (simen, kayu, pasir) dan hanya 2 unit lif yang berfungsi (jenuh beratur ngan mat2 construction nak naik lif).

Sudah nasib badan, saya tidak membawa bersama salinan pendua resit berkaitan. Jadi kerana terpaksa aku rela mendapatkan khidmat mesin penyalin yang disediakan di Tingkat 32.. (Errrk??? Jenuh lagi tunggu lif dari Tingkat 16 ke Tingkat 32 kemudian turun semula ke Tingkat 16.. Dah macam apa..dahlah dua unit lif je berfungsi).

Pada hari berkenaan pula, mesin penyalin rosak.. (Rosak????? Warghhhh..)

Saya dimaklumkan bahawa kalau perlu buat salinan pendua, kedai di seberang The Mall ada menyediakan perkhidmatan berkenaan.. (Oh tidak!!!. )..

Kerling pada jam tangan, waktu dah hampir pukul 2.00 petang.. Waduh.. waduh... Dah kena masuk pejabat semula ni..  

Saya kembali ke kaunter pemfailan dan mengisi borang aduan pelanggan berkenaan penambahan arahan membawa salinan dokumen berkaitan hendaklah dinayatakan di Borang 1 supaya tidak menyusahkan pelanggan. (ha ha ha...)

Jadi sebelum ke sana,pesanan khidmat masyarakat - sila pastikan semua resit/dokumen sokongan tuntutan telah dibuat salinan pendua yang perlu dikemukakan bersama Borang 1 (Penyata Tuntutan). Sebab dalam Borang 1 berkenaan tidak dinyatakan keperluan untuk mengemukakan salinan resit/dokumen yang berkaitan semasa mengemukakan tuntutan. Saya sendiri terkena sebab menyangkakan salinan hanya akan diminta semasa hari bicara dan memandangkan sekarang ini konsep paperless sudah mula digunapakai. 

Mujur petugas kaunter membantu membuat salinan pendua selepas dimaklumkan mesin penyalin di Tingkat 32 rosak.

Yang best lagi... yuran pemfailan adalah sejumlah RM5.00 yang perlu dibayar di Kaunter Pembayaran di Tingkat 20.. (DAH KENAPA TAK BUAT SAMA LEVEL??????) Jadi... sekali lagi kerana terpaksa aku rela berkongsi lif dengan mat2 construction... Tingkat 16 ke Tingkat 20 dan turun semula ke Tingkat 16 untuk mendapatkan urusan seterusnya.

Diringkaskan cerita, semua urusan selesai lebih kurang jam 2.30 petang.. Tarikh pendengaran kes adalah pada 5 Mac 2015 @ 9.30 pagi.. 

Tunggu update ye...

Road to Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia- Part 1

Pada 30 Dis 2014, kereta Iswara kami dihantar ke Bengkel X yang terletak di Batu Caves bagi servis rutin iaitu menukar bearing dan altenator. Keseluruhan kos adalah sejumlah RM258.00.



Resit Servis pada 30 Disember 2014

Pada 31 Dis 2014 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Putrajaya selepas tol Sungai Besi, tiba-tiba suhu kereta naik mendadak dan wiper bergerak terlalu laju sehingga tercabut. Encik suami memberhentikan kereta di bahu jalan dan dengan segera mengeluarkan bateri kereta. Seterusnya, kereta kami ditunda oleh Syarikat Insurans, Takaful Ikhlas Bhd ke Bengkel X. Khidmat selepas jualan Takaful Ikhlas Bhd. sangat baik.

Pada 2 Januari 2015, kami memaklumkan kepada Bengkel X berkenaan situasi yang dihadapi.  Memandangkan altenator yang baru diganti masih dalam tempoh warranty 3 bulan. Bengkel X mengakui altenator gagal berfungsi menyebabkan suhu naik mendadak dan turut menyebabkan komponen elektrik kereta kami rosak.

Memandangkan kerosakan kereta kami disebabkan altenator yang gagal berfungsi, saya menuntut agar kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Bengkel X. Namun, Bengkel X enggan dan menyatakan kegagalan altenator adalah kesalahan pembekal bukan mereka. Disebabkan itu kos kerosakan yang terpaksa kami tanggung adalah sejumlah RM825.00.






Resit Kerosakan pada 02 Januari 2015


Ekoran tindakan Bengkel X mengenakan caj ke atas kerosakan kereta yang disebabkan oleh kegagalan altenator berfungsi dengan baik, kes ini kami panjangkan keTribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Rabu, 12 Jun 2013

SELAMAT MENJALANI KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL. 1/2013 SAHABAT SEKALIAN

Kala ini sahabat-sahabat satu batch sedang mengikuti kursus DPA Bil. 1/2013 yang bermula pada 26 Mei 2013 sehingga 6 Disember 2013 di INTAN Kampus Wilayah Selatan, INTAN Wilayah Timur dan INTAN Wilayah Utara...

Hari taklimat di INTAN, Kampus Utama
Bukit Kiara pada 24 April 2013

Kita akan bersua kelak..  Selamat maju jaya.. Akan merindui kalian semua..

Khamis, 2 Ogos 2012

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (ICU Selangor, JPM) Dalam Kenangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Terkejut ngan surprise

Ni gambar kenangan (13 Julai 2012) saya bersama Seksyen Pembangunan Masyarakat dan Institusi (PMI), Seksyen Pembasmian Kemiskinan (PK) dan Khairy...Jejaka paling kiri dalam gambar.  Kedua-dua seksyen berkenaan diketuai oleh Puan Nasimah Haji Abd Hamid.  Bos yang baik dan memahami.  Arrrrgghhh... rindu korang semua, Zaza, Rini, Nad, Khairy, Ani, Shima.... semualah... Semoga Allah senantiasa melindungi kalian.. Amin.


Hari terakhir saya berkhidmat di ICU Selangor adalah pada 06 Julai 2012 (Jumaat).  Pada 13 Julai 2012 (Jumaat) saya memenuhi jemputan ICU Selangor ke Majlis Bacaan Yaasin dan meraikan pegawai yang berpindah keluar dari ICU Selangor.


Bermacam-macam cenderahati yang saya terima.  Terima kasih pada semua yang menitipkan doa dan ucapan serta tanda mata.  Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua.



Saya dan Nor Liza Hawari a.k.a Liza

Pada 06 Julai 2012 (Jumaat), saya keluar makan dengan Azura dan Liza...  Makan tengahari di Johny's Bukit Raja ditaja oleh Azura... Miahahaha... Dapatlah kami makan steambot, nasi ayam dan pisang terbelah (banana split).  Semoga diluaskan rezeki penaja rancangan dan yang ditaja, amin.  Aiseh, tak de pula gambar Azura.



Ni pun majlis makan-makan PMI dan PK (6 Julai 2012) sebelum Azura belanja bersama ustaz import dari Zon Petaling, Hafiz Jawe
Yang berkemeja biru tu Amin




Dari kiri, Zaza Masrini, tuan tanah, KPP(K) PK & PMI, Azura (ha.. ada pun gambo ko Zura)


Akan sentiasa merindui kalian... Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan tempatkanlah kami di kalangan orang-orang yang beriman... Amin

Jumaat, 27 Julai 2012

Suasana Kerja Baru

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan olehNya untuk menjalani ibadah puasa, Ramadhan 1433H.  Hari ini, 27 Julai 2012 (Jumaat) merupakan hari ketujuh, umat Islam di Malaysia berpuasa.  Tahun ini merupakan tahun pertama saya berpuasa sebagai kakitangan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.  Setelah hampir dua tahun berkhidmat di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (ICU, JPM) yang terletak di Shah Alam, niat saya untuk kembali bertugas di Kuala Lumpur, dimakbulkan Allah. Pada 09 Julai 2012, secara rasminya saya mula bertugas di MINDEF secara tukar suka sama suka.

Jarak tempat bertugas kali ini lebih hampir dengan kediaman saya, cuma sepuluh kilometer; berbanding dengan jarak ke pejabat dahulu sejauh 33 kilometer.  Saya masih bermotosikal le tempat kerja, dengan keadaan sekarang, hamil 22 minggu cahaya mata kelima.  Hehehe, praktikal dan yang penting, saya lebih gemar menunggang daripada memandu. Lebih-lebih lagi dengan keadaan trafik yang padat.

Buat masa ini, saya masih meletakkan motosikal saya di luar pagar MINDEF, disebabkan saya masih belum memiliki pelekat kenderaan.  Dari tempat letak motosikal ke pintu masuk Kaunter D, bangunan Wisma Pertahanan, jikalau saya berjalan ala kartun akan ambil masa lebih kurang tiga minit sahaja.  Dengan gaya lenggok mak minah, lebih kurang lima sehingga sepuluh minit untuk sampai ke pintu masuk, Kaunter D.

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di ruang legar lobi Wisma Pertahanan ini, antaranya, kafe, Affin Bank Berhad, ATM BSN dan  ATM Affin Bank.  Kafe di sini menyediakan pelbagai juadah, antaranya, nasi campur (lauk-pauk beserta sayur-sayuran yang pelbagai), yong tau foo, makanan barat, kuih-muih dan sebagainya.
 Persimpangan menuju ke Pejabat Pos MINDEF
(Setentang dengan Masjid Khalid Al-Walid)


Kemudahan Pejabat Pos terletak di luar MINDEF, tetapi tidak sampai satu kilometer.  Masjid Khalid Al-Walid juga terletak berhampiran MINDEF.  Masjid yang menjadi tumpuan terutamanya untuk sholat Jumaat.

Masjid Khalid Al-Walid

Dari Pejabat Pos MINDEF, kelihatan Wisma Pertahanan


Pemandangan dari luar Pejabat Pos MINDEF


Alhamdulillah, suasana kerja di sini baik dan unit saya bertugas sentiasa sibuk.  Bos saya pun, alhamdulillah baik dan memahami; wanita warga kota.  Rakan sejawat saya, lelaki, orang Kelantan.  Anak buah di unit saya, Puan Safariah (CC), Kak Zu, Kak Liz, Kak Ani, Deena, Irma dan Cik Abu.  Baru-baru ini (23 Julai 2012), seorang pegawai sambilan harian lapor diri, Asnita namanya.  Pernah bertugas di sini.  Dapatlah juga saya menuntut ilmu daripada beliau, banyak perkara yang saya perlu belajar.  Almaklumlah, ini pertama kali saya bertugas direct bawah kementerian.

Insya Allah, ada umur, diizinkanNya, saya lakarkan kisah yang lain pula...

Jumaat, 25 Mei 2012

MENTAL SUNGGUH!!!!!!

BUT PUNCA MENTAL HAHAHAHA


Rutin seharian saya ke tempat kerja sejak dua bulan kebelakangan ini adalah dengan menunggang kapcai Honda Wave 125X dari kediaman saya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ke Hicom Glenmarie, Shah Alam...

Semalam, 24 Mei 2012 (Khamis) saya cha, alif, BUT awal dari kebiasaan, pukul 5.45 petang dah punch out... Opis pun dah gelap, ingatkan saya sorang je cabut awal...

Setiba di bulatan Jalan Kuching, lampu isyarat merah... Tetiba saya berasa macam ada orang berdiri di sebelah saya.. Saya menoleh, kelihatan seorang lelaki, berkulit gelap, memegang sebiji topi keledar Apollo berwarna merah, berusia dalam lingkungan 20-an; tersengih-sengih memandang saya...

               "Mamat ni nak lintas jalan ni kot...", getus hati kecil saya..

Saya pun bergerak ke hadapan sedikit... Yang anehnya saya rasa macam mamat ni masih di sebelah saya... Yang paling tak terduga, mamat ni bukan berdiri tapi mencangkung!!! betul-betul disebelah kiri saya sambil menyentuh kasut but saya..

                "ADESSSSSSSSSSSSSSSSS!!!! Ko apahal Mat?" Hati saya tertanya-tanya sambil memandang ke arah mamat itu..... Tanpa ditanya dia menjawab...

                 "Kasut akak cantiklah", ujarnya tanpa rasa malu, bersalah, segan dan kalau boleh seluruh kosa kata dalam kamus yang seerti dengannya tidak tergambar di wajah beliau...

                 "HAISHHHHH!!!!", jerkah saya...

                  Setelah dijerkah, mamat itu berlalu... sesekali menoleh ke arah saya.. Yang peliknya, mamat tu tak pulak  melintas ke arah Jalan Ipoh tetapi melintas ke arah Jalan Kepong...

                    MENTAL SUNGGUH!!!




Sabtu, 28 Januari 2012

Kayuhan Bermula (Kayuhan ke Seberang Perak)

Pada cuti hujung minggu yang panjang ditambah cuti hari Natal, kami sekeluarga menghabiskan masa cuti di kampung mertua di Batu 7, Lekir, Manjung, Perak. Sebelum tiba ke lokasi yang dituju, kami akan melalui sawah padi di Seberang Perak. Ketika itu padi sedang menguning... Saujana mata memandang.

Suami : Subhanallah... cantiknya... Nanti kita kayuh g sini nak?
Saya : Pastu yang empat beradik ni? (anak2 kami)
Suami : Minta tolong Ina (adik suami)...

Rancangan suami tergendala, disebabkan adik ipar saya kesibukan.. Pada cuti Tahun Baru Cina (21-25 Jan 2012), sekali lagi kami pulang ke kampung. Maka pada 22 Januari, hasrat suami tertunai, itupun anak-anak kami diamanahkan pada adik ipar suami yang kebetulan pulang... Anak-anak ada geng..

Awal pagi, suami suapkan saya sesudu madu asli dan seteguk air kosong; alas perut katanya. Tepat 7.34 pagi, kayuhan bermula... 6km pertama, kami berhenti di Esso, beli 2 botol kecil air mineral. Kemudian menyambung kayuhan...



Muka letih.. baru sampai selepas 30km kayuhan tanpa henti.. Tiba pada 9.10 pagi...



Jurulatih dan Juruletih.. ngehehe

Bukti dah sampai Seberang Perak


Padi dah kena ketam... sadis


Basikal-basikal tunggu tuan masing-masing tengah bersarapan

Suami merasmikan cendol pulut yang lemak berkrim disukai ramai; cuma RM2.00 je yeop...


Kuey teow goreng sepiring, kami kongsi berdua.. Sedap!


Dalam perjalanan balik, kami singgah Jerman.. Ngehehehe

Antara pengguna jalan raya yang tersadai di sebuah gerai, sementara menanti hujan teduh..

Dek kerana kali pertama kayuh sejauh ini, kaki saya boleh tahan sakitnya.. Jadi kayuhan saya menjadi lebih perlahan... 10km/jam.. Selepas hujan teduh, kami meneruskan kayuhan.. Lebih kurang 8km sebelum sampai ke destinasi, suami ajak makan tengahari... keli bakar... Pergh... lazat... dapat gak rehat-rehatkan kaki.. Malangnya gambar masa makan tengahari tak kami rakam... Sampai rumah mertua lebih kurang pukul 2.00 petang..

Lain kali, suami ajak kayuh ke Lumut pula... aduyai...


Khamis, 5 Januari 2012

Sabah terletak di Jakarta?

Khamis 8 Disember 2010.. Keratan Akhbar Harian Metro

Perlu makan leher ayam baru boleh baca keratan akhbar ni.. hehehe maaf ye

Sila klik gambar untuk gambaran lebih jelas...


Memandangkan gambar di atas tak dapat dibaca, berikut adalah berita penuh berkenaan yang disalin dari laman myMetro.

Populasi monyet proboscis di Sabah semakin terancam

JAKARTA: Perluasan ladang kelapa sawit di Sabah dan Sarawak menyebabkan habitat spesies monyet proboscis semakin terancam dan jumlah mereka semakin menurun.

Monyet berbulu perang kemerahan, yang mempunyai hidung besar, hanya ada di Borneo, pulau yang dikongsi oleh Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Namun, habitat mereka iaitu hutan paya bakau, selain hutan biasa yang semakin berkurangan, ditambah lagi dengan pemburuan haram menyebabkan populasi monyet ini di Sabah semakin berkurang.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Perhilitan Sabah, hanya ada 6,000 ekor monyet ini, masih tinggal dalam lima populasi besar.


Jumlah monyet ini dalam satu populasi semakin berkurangan sebanyak 10 peratus setiap tahun.


“Saya bimbang dengan jumlah monyet proboscis yang semakin berkurangan. Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhilitan amat mengejutkan,” kata Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah, Masidi Manjun.

“Monyet proboscis sudah mendapat status ikon dan popular dikalangan pelancong sama seperti orang utan,” katanya.

Menurut Jabatan Perhilitan, pemotongan hutan dan menjadikan ladang kelapa sawit di sepanjang sungai paya bakau adalah penyebab utama jumlah monyet itu semakin berkurangan.

Pakar alam sekitar berkata, ladang kelapa sawit adalah ancaman terbesar kepada negara hutan hujan tropika seperti Malaysia dan Indonesia - yang menjadi pengeluar 85 peratus minyak kelapa sawit dunia. - AFP


Awal Tahun 2012

Saya mula bercuti pada 4 Januari 2012 sehingga 6 Januari 2012.. layan anak-anak..


Anak sulung; tadika buat kali ketiga... duduk depan meja guru
sebelah hadapan kiri, dua dari kiri


Anak kedua, kali pertama tadika. Uniform sekolah belum diedar oleh pihak pengurusan tadika, pakai t-shirt je. Mujur tak meragam.



Bawa Husni dan Husna ke klinik selepas jengah anak sulung dan kedua di tadika. Husna dan Husni demam. Husni kena ambil darah, ni gambar sebelum... gambar selepas... huhuhu meraung!!!! Nasib baik sekejap je meraung.

Rabu, 4 Januari 2012

i-City 31 Disember 2011

Pengakhiran tahun 2011, saya bertugas di i-City... Encik suami saya sakit mata... Husni pula demam... Jadi kami empat beranak ke sana...Selepas hantar dokumen yang perlu, saya melayan karenah anak-anak... Kami sampai lebih kurang 3.30 petang..



3 Beradik di booth Polis DiRaja Malaysia


Eimran yang girang

Almawaddah dan Alhusna pun sama gak hehe


Soopa Dooppaaa....................


Pose sebelum maknya pergi sholat Maghrib

Alhamdulillah saya tergerak naik ke surau di tingkat 2, di atas restoran Arab sebelum masuk waktu. Ekoran pengunjung yang berderet, ambil wudhu pun beratur panjang sesudah saya menunaikan kewajipan muslim berkenaan. Perasaan saya ketika melihat dan menggunakan sendiri kemudahan sholat di i-City; kedatangan muslim ke sana tidak diutamakan. Sebab? Kemudahan surau yang daif. Surau yang terletak berhampiran Snow Walk, sempit, berbau dan tidak terurus (cermin tingkap pecah/telekung tak berbasuh/arah kiblat aci conteng di dinding). Wudhu' diambil di tandas bersebelahan tetapi tiada selipar disediakan. Surau di atas restoran Arab, laluan tangga ke atas, cuma ada satu lampu yang berfungsi, lif pula cuma berfungsi dari tingkat 1 bukan dari tingkat bawah. Bayangkan dengan pengunjung yang ramai, sesudah sholat nak cari selipar pun menggagau. Belum kira dua tandas yang disediakan, aliran air di lantai tandas tersumbat. Ambil wudhu'? Hanya satu sinki di luar tandas, basuh kaki? Kena guna paip di dalam tandas duduk. Selipar pula cuma sepasang. Cuba bayangkan....


Orang mula ramai... selepas matahari terbenam




Moooooooooo.......


Ni burung betul ni.. bukan cobaan

Berhampiran tempat letak kereta bertingkat, terdapat sebuah zoo.. kat dalam i-City juga. Kami tak masuk, cuma ambil gambar di depan pintu masuk zoo. RM10 caj ambil gambar dan cetak oleh pihak zoo. Bayaran masuk dewasa, RM10, kanak-kanak RM5.00...


Sabtu, 10 Disember 2011

Aku dan kenangan

Ni sambungan post yang lalu...


Bunga butang

Bunga ni banyak kenangan buat saya... Masa dulu saya sangat sayang kat kucing... sayang sangat.. sampai saya sediakan satu kawasan berhampiran kebun arwah ayah khas sebagai tempat perkuburan kucing-kucing saya yang mati. Bunga inilah yang saya jadikan penghias kawasan kubur kucing saya... huhuhu tragis konon...




Dulu juga, di bawah pohon mangga yang telah mati ini, merupakan tempat saya mengisi masa petang saya.. Cari kutu kucing... hahahaha



Bunga yang mudah disemai ini turut menghiasi perkuburan kucing-kucing tersayang.

Jambu Batu

Ni pokok jambu batu... tempat saya bermain... panjat-panjat pokok mangga sambil bungkus buah jambu.. seronoknya saat itu...



Daun sukun

Kesukaan saya, sapu daun-daun kering di bawah pokok sukun ni... kemudian bakar... bau asap dedaun kering beserta rumput amat menyenangkan.



Keembung


Tong minyak; jadi penyodok sampah


Unggun api


Puan Ulat Bulu tumpang lalu; saat ini mungkin sudah bebas terbang di angkasa

Khamis, 8 Disember 2011

Tanaman Herba

Kali ni saya nak kongsi gambar-gambar tumbuhan yang ditanam oleh emak saya di kawasan sekitar rumah.. Kebanyakan tanaman herba...


Bunga kantan sedang mekar



Yang ni baru nak mekar


Daun pokok kantan


Ni pokok sireh


Daun Gajus

Bunga Betik

Puding Semangkuk


Daun Kaduk


Lidah Buaya a.k.a Aloe Vera



Daun limau purut


Anak pokok kari