BUT PUNCA MENTAL HAHAHAHA
Rutin seharian saya ke tempat kerja sejak dua bulan kebelakangan ini adalah dengan menunggang kapcai Honda Wave 125X dari kediaman saya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ke Hicom Glenmarie, Shah Alam...
Semalam, 24 Mei 2012 (Khamis) saya cha, alif, BUT awal dari kebiasaan, pukul 5.45 petang dah punch out... Opis pun dah gelap, ingatkan saya sorang je cabut awal...
Setiba di bulatan Jalan Kuching, lampu isyarat merah... Tetiba saya berasa macam ada orang berdiri di sebelah saya.. Saya menoleh, kelihatan seorang lelaki, berkulit gelap, memegang sebiji topi keledar Apollo berwarna merah, berusia dalam lingkungan 20-an; tersengih-sengih memandang saya...
"Mamat ni nak lintas jalan ni kot...", getus hati kecil saya..
Saya pun bergerak ke hadapan sedikit... Yang anehnya saya rasa macam mamat ni masih di sebelah saya... Yang paling tak terduga, mamat ni bukan berdiri tapi mencangkung!!! betul-betul disebelah kiri saya sambil menyentuh kasut but saya..
"ADESSSSSSSSSSSSSSSSS!!!! Ko apahal Mat?" Hati saya tertanya-tanya sambil memandang ke arah mamat itu..... Tanpa ditanya dia menjawab...
"Kasut akak cantiklah", ujarnya tanpa rasa malu, bersalah, segan dan kalau boleh seluruh kosa kata dalam kamus yang seerti dengannya tidak tergambar di wajah beliau...
"HAISHHHHH!!!!", jerkah saya...
Setelah dijerkah, mamat itu berlalu... sesekali menoleh ke arah saya.. Yang peliknya, mamat tu tak pulak melintas ke arah Jalan Ipoh tetapi melintas ke arah Jalan Kepong...
MENTAL SUNGGUH!!!
As salam,
BalasPadamFibox takleh guna ke?? Kelakar baca kisah ni Mental & Metal sungguh! hehehe :))
fibox ada masalah teknikal
Padamsuami kata budak tu mungkin penagih yg tengah high
psiko budak tu..hehe
BalasPadamtulahkan... nasib baik tak kena penyepak hahaha
BalasPadam