Pada 30 Dis 2014, kereta Iswara kami dihantar ke Bengkel X yang terletak di Batu Caves bagi servis rutin iaitu menukar bearing dan altenator. Keseluruhan kos adalah sejumlah RM258.00.
Resit Servis pada 30 Disember 2014
Pada 31 Dis 2014 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Putrajaya selepas tol Sungai Besi, tiba-tiba suhu kereta naik mendadak dan wiper bergerak terlalu laju sehingga tercabut. Encik suami memberhentikan kereta di bahu jalan dan dengan segera mengeluarkan bateri kereta. Seterusnya, kereta kami ditunda oleh Syarikat Insurans, Takaful Ikhlas Bhd ke Bengkel X. Khidmat selepas jualan Takaful Ikhlas Bhd. sangat baik.
Pada 2 Januari 2015, kami memaklumkan kepada Bengkel X berkenaan situasi yang dihadapi. Memandangkan altenator yang baru diganti masih dalam tempoh warranty 3 bulan. Bengkel X mengakui altenator gagal berfungsi menyebabkan suhu naik mendadak dan turut menyebabkan komponen elektrik kereta kami rosak.
Memandangkan kerosakan kereta kami disebabkan altenator yang gagal berfungsi, saya menuntut agar kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Bengkel X. Namun, Bengkel X enggan dan menyatakan kegagalan altenator adalah kesalahan pembekal bukan mereka. Disebabkan itu kos kerosakan yang terpaksa kami tanggung adalah sejumlah RM825.00.
Resit Kerosakan pada 02 Januari 2015
Ekoran tindakan Bengkel X mengenakan caj ke atas kerosakan kereta yang disebabkan oleh kegagalan altenator berfungsi dengan baik, kes ini kami panjangkan keTribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan