Khamis, 9 September 2010

Minyak Sapi QBB Pure Ghee - Tidak Halal!!!


PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Sekian, terima kasih.

Mari Menderma - Lakukan Kerana Allah!

Mari kawan-kawan!! Hulurkan walau sedikit. Ringankan beban mereka dan ringankan beban kita di akhirat kelak! Bantu untuk membina Kompleks Madrasah Tahfiz At-Taufiqiyyah (MTAT)di Machang, Kelantan.

Pagi ini saya membaca surat khabar Utusan Malaysia. Tertarik pada ruangan Agama yang membicarakan; Sertai Rakan MTAT.

Berikut adalah sebahagian petikan dari laman MTAT.



Assalamualaikum warahmatullahi w.b.t Dengan segala hormatnya, kami AJK Penubuhan Kompleks Madarsah Tahfiz At-Taufiqiyyah (MTAT) memohon dan mengharapkan sumbangan derma yang ikhlas dari setiap lapisan masyarakat untuk menjayakan Penubuhan Pembinaan Kompleks MADRASAH TAHFIZ AT-TAUFIQIYYAH (MTAT) 18500 MACHANG, KELANTAN

FIRMAN ALLAH SWT ” Sesungguhnya orang yang membacakan Kitab Allah, mendirikan sembahyang dan memanfaatkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya secara sembunyi dan terang-terangan, adalah mereka mengharapkan sesuatu perniagaan yang tidak akan merugikan. ” ( Al - Fathir : 29 ) .

SABDA RASULULLAH SAW "Apabila meninggal seseorang itu, maka putuslah segala amalannya melainkan:-

1. Ilmu yang memberi manfaat;
2. Sedekah jariah dan
3. Anak soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.”

( Riwayat Muslim )

Gambar di bawah adalah status kemajuan Masjid TERKINI (31 Ogos 2010).



Bayangkan kawan-kawan, apabila kita telah meninggal dunia, tiada apa yang kita mampu lakukan. Namun, insya Allah, pahala sedekah kita akan terus berjalan...

Salurkan sedekah anda melalui:-



Nama : MADRASAH TAHFIZ AT-TAUFIQIYYAH
No. Akaun: 03010002451719



Nama : MADRASAH TAHFIZ AT-TAUFIQIYYAH
No. Akaun: 03045010010991



Nama : MADRASAH TAHFIZ AT-TAUFIQIYYAH
No. Akaun: 03030009025059



Nama : MADRASAH TAHFIZ AT-TAUFIQIYYAH
No. Akaun: 553029501766

Maklumat Lanjut Sila Hubungi:-

Hj. Wan Mohd Taufit Abu Bakar
No. Telefon : 019-9126779 / 09-9752616

taufitzeha@yahoo.com

Pencapaian Ramadhan

Hari ini hari terakhir Ramadhan. Saya pula masih di pejabat. Rakan-rakan sepejabat majoritinya sudah bercuti. Dalam pada keseorangan, saya singgah laman Kak Yati. Saya rasa entry beliau menarik. Jadi saya dengan semangatnya memberi komen yang panjang lebar. Maka dengan itu saya jadikan sebahagian entry saya pula.

Di peringkat pentadbiran kerajaan pusat, sibuk diperkatakan mengenai Key Result Area (KRA) atau Bidang Keberhasilan Utama. Itu dalam skop kebangsaan, dalam kehidupan seharian pun kita perlu nilai matlamat kita dan keberhasilannya.

Contohnya ketika Ramadhan, bulan seribu rahmat. Banyak perkara yang kita cuma boleh lakukan waktu ini dan tidak pada waktu lain. Yang boleh kita nilai keberhasilannya. Petunjuk keberhasilan Ramadhan saya ambil contoh dari Kak Yati.

Saya cuba tengok pencapaian saya pula ikut senarai beliau:-



1. Tidak mahu ke pasar ramadhan
Saya dua kali ke pasar ramadhan. Itupun sebab saya teringatkan emak sukakan roti canai yang dijual di situ. Emak saya agak cerewet bab makan. Dia jarang beli makanan sebab katanya "lagi sedap aku masak!". Jadi apabila emak sudah berkenan pada roti canai yang bermusim tu, saya gagahkan juga ke pasar ramadhan walaupun kesuntukan masa.



2. Tidak mahu membuang makanan
Yang ini payah sikit. Sebab saya ada tiga orang anak kecil. Yang sulung empat tahun, kedua dua tahun sembilan bulan dan yang ketiga setahun lapan bulan. Budak-budak umur mereka, suka mencuba. Kalau tak suka dia tinggalkan. Selalunya saya cuba habiskan, selalu juga misi gagal. Kerap juga ingatkan mereka dan diri sendiri;"Kita dapat makan hari ini, ada orang lain yang sudah lama tidak makan. Jadi jangan membazir rezeki".



3. Bersolat terawikh
Alhamdulillah dapat juga bersholat tarawikh.



4. Bersahur sepenuhnya
Bersahur adakalanya saya tewas. Dek kerana kepenatan yang kadangkala berjaga disebabkan anak-anak demam dan situasi saya yang baru bertukar kerja.




5. Khatam Al-Quran dua kali
Bertuah Kak Yati dapat khatam, saya :(... Insya Allah azam itu ada.



6. Tidak mahu membuat kuih raya
Saya memang tidak pernah buat kuih raya. Cuma "buat kuih tunjuk" untuk rumah emak dan mertua.




7. Tidak membeli pakaian anak-anak terlalu banyak
Bab ini, saya rasa semua ibu(ye ke?) semacam sudah gian membeli untuk anak-anak. Termasuk saya. Mula-mula memang sudah bajet, tatkala kaki menjejak pasar raya, lain jadinya. Hahaha..



8. Bersedekah
Alhamdulillah.. Insya Allah sama-sama kita buat bekalan untuk esok hari.



9. Tidak menukar langsir.
Saya tinggal dengan emak. Dahulu kami rajin menabung di Nagoya. Emak saya cekap dalam bab menjahit. Bukan setakat langsir, sarung sofa, kusyen semua dibuat sendiri. Tetapi sudah lama kami tidak buat hobi ini bersama... hahaha



10. Tidak mahu menempah baju terlalu banyak.
Kita serupa. Asalnya tidak mahu menempah. Memandangkan ada pemberian orang buatlah juga. Pemberian kawan-kawan, adik ipar, emak juga pak cik (Saya beli pun ada juga, hehe). Adalah dalam 10 pasang juga.


Semoga kita bertemu semula Ramadhan akan datang. Agar kita dapat memperbaiki amalan kita. Amin.

* Semua gambar hasil carian dengan bantuan En. Google

Selasa, 7 September 2010

Duit Raya yea yea



Zaman budak-budak jer dapat duit raya ni..
zaman IT ni boleh gak dapat (insya Allah)
Jengah-jengah blog Mama Aizara, nampaklah banner kat atas tu...


GA anjuran OKB Ikram

Syarat-syaratnya:-

1) Follow blog OKB Ikram
2) Buat entry yang ringkas pasal GA ni
3) Letak banner GA kat atas entry
4) Tinggalkan link entry kat laman rumah GA OKB

TARIKH TUTUP:- 08 SEPTEMBER 2010 @ 6 PAGI

Selamat Menyambut Syawal 1431H



Assalammualaikum w.b.t.

Tinggal lagi dua hari kita bakal menyambut Syawal dan bermakna kita akan tinggalkan Ramadhan bulan seribu rahmat. Entah bersua, entah tidak Ramadhan yang akan datang. Dikesempatan ini saya menghulurkan salam kemaafan andaikata ada tersilap kata, terguris perasaan, terlupa acknowledge semasa ambil hasil kreatif kawan-kawan dan segala "ter.." yang sewaktu dengannya. Mohon halalkan segala ilmu, makan dan minum saya.

Saya akan mula bercuti pada hari Rabu (15 September 2010) sehingga Jumaat (17 September 2010). Bermakna saya kena jaga opis (wuaaaaaa..., semua kawan-kawan berhampiran tempat saya di pejabat dah balik kampung).



Bagi kawan-kawan yang memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu. Pastikan ada sesuatu yang boleh membantu anda ketika mengantuk sebelum berhenti di kawasan rehat & rawat (RNR). Antaranya :-

1. Bekalkan dalam kereta minuman dalam tin yang boleh menyegarkan mata (air kopi, minuman tenaga (100 Plus, Red Bull, Revive (haaha macam iklan pulak));
2. Makanan (gula-gula, asam, keropok, Mamee);
3. Tuala lembap buat sapu muka;
4. Kalau ada minyak wangi, semburkan kat tangan, boleh hidu;
5. Kalau ada minyak angin (minyak cap kapak, yuyi cap limau ke, minyak lang ke), gosok-gosok kat hidung. Nak aksi lagi ganas, sapu je kat mata, confim tak ngantuk. hahahaa.



Tips lain untuk mengelakkan mengantuk dan untuk keselamatan adalah dengan berkonvoi. Tidak kiralah bermotorsikal atau berkereta (atau pun nak lain dari yang lain; apa kata raya ni konvoi naik basikal?), keselamatan juga perlu diambil kira. Antaranya:-

1. Lantik ketua (marshall).

Individu yang dilantik perlulah bertanggungjawab terhadap ahli kumpulan. Misalannya, pastikan anak buah tidak hilang arah dengan memberikan isyarat untuk tukar laluan atau mahu berhenti. Marshall juga hendaklah mahir dengan selok-belok jalan. Contohnya, selekoh yang bahaya, jalan yang ada En. dan Puan Lembu berhari raya di jalan raya, jalan berlubang dan lain-lain. Jumlah Marshall tidak semestinya seorang. Ianya bergantung kepada jumlah ahli konvoi.

2. Ikut peraturan

Adakalanya segelintir pengguna jalan raya bersikap seperti manusia yang tidak bertamadun. Apabila mereka dalam kumpulan, mereka naik syeikh, cuba tunjuk lagak tak bertempat. Mula memandu/menunggang ikut sesedap rasa. Menjerit, membunyikan hon dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Sikap ini perlu dielakkan. Disiplin amat penting. Bagi yang dilantik sebagai marshall, tugas anda untuk menegur dan membetulkan keadaan.

3. Kekalkan Jarak yang Selamat

Jangan mengikut ahli konvoi terlau hampir dan pandu/tunggang di lorong anda.

4. Patuh Arahan

Bagi ahli konvoi, patuhi arahan Marshall. Jangan pula di pertengahn perjalanan, cuba-cuba untuk memotong atau mengetuai konvoi. Ini akan menyebabkan ahli konvoi hilang arah.

Sekiranya ada pasukan keselamatan bertugas (Polis, Plus Ronda, JKR, JKJR), patuh arahan yang diberi.

Lagi satu, kalau berhenti di RNR pastikan anda:-

1. Berhenti di tempat yang terbuka;
2. Elakkan berehat atau meletak kenderaan di tempat tersembunyi. Bahaya;
3. Pastikan kenderaan anda berkunci apabila hendak meninggalkannya walaupun sekejap. Contohnya, kalau berhenti untuk mengisi minyak. Pastikan kunci pintu dahulu. Baru ke kaunter bayaran. Jika ada penumpang di dalam kereta, kunci dari dalam;
4. Jika berseorangan, simpan beg, barang-barang berharga atau sorok dari pandangan orang lain.



Kalau kawan-kawan tidak memandu, jadi co-pilot, silalah jaga pemandu tu.. Jangan pula bantai tidur sepanjang perjalanan. Bawa-bawalah berbual. Segar sikit mata.

Saya ambil petua berikut dari skycrewz;

Antaranya disarankan kita membaca ayat berikut sebelum memulakan pemanduan.

” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)

haa lain daripada tuh ade lagi, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Kawan-kawan yang menggunakan pengangkutan awam, pastikan anda juga merancang perjalanan. Jangan sampai tertinggal bas. Ataupun yang lagi parah, tertidur samapi terlepas stesen bas yang sepatutnya (haahhaahaha, ini kisah benar yang terjadi pada abang saya).

Didoakan semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju. Semoga kalian semua dilindungi Allah dunia dan akhirat. Amin.

* gambar bayi menguap, konvoi berkereta dan kartun adalah ihsan En. Google.

Jumaat, 3 September 2010

Sesi Bergambar Seksyen Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan, ICU JPM, Syawal 1431H

Hari ini, 03 September 2010 bersamaan 24 Ramadhan 1431H, diadakan sesi bergambar Seksyen Pentadbiran, BKP, ICU. Lokasinya di Dataran Perdana. Cantik lagi indah tempatnya.

Pemandangan Masjid Putrajaya yang diambil dari dataran berkenaan.




Refleksi diri sendiri pada tagging barang pameran.



Semua kakitangan Seksyen Pentadbiran, BKP bersama Timbalan Pengarah (Pentadbiran), Encik Megat Azlani Megat Ramli yang sporting lagi memahami. Seorang yang bertolenrasi, pemurah senyuman dan lembut budi bicara. Insya Allah akan naik pangkat tidak lama lagi.




Ini pula, gaya bebas..



Di lobi Pejabat Perdana Menteri, saya tertarik dengan dua lukisan ini. Ianya seolah mengetuk pintu memori zaman kanak-kanak saya.










Seksyen Pentadbiran, BKP terletak di sebelah kiri gambar Bangunan Perdana Putra ini.

Rabu, 1 September 2010

Iftar di Masjid Putrajaya @ 11 Ogos 2010



Entry ni lambat saya buat. Entah mengapa baru hari ni dapat saya kongsi bersama. Hari pertama puasa, saya diuji apabila dimaklumkan saya dikehendaki bertugas di Kelantan. Tanpa mengetahui jajahan mana kerana Kota Bharu tiada kekosongan. Berderai air mata saya. Sayu apabila terkenangkan anak-anak. Teringat lagi sesudah tamat kursus lebih kurang seminggu saya di Kluang, anak-anak macam tak keruan. Lebih-lebih lagi Husna yang masih menyusu badan walau tidak sepenuhnya. Itu baru sekejap, inikan pula terus bertugas di sana. Ya Allah! Tabahkan hati hambaMu. Saya bukan keberatan untuk ke sana. Cuma suami tidak dapat turut bertugas ke sana.

Agak lama saya berjumpa dengan Pengarah saya, Tuan Haji Nordin Buyau. Merayu dengan linangan air mata. Lebih kurang pukul enam lebih baru selesai. Sesudah sholat Asar dan emosi saya agak tenang, saya kerling jam di dinding surau, hampir pukul tujuh malam. Akal saya mencongak kalau saya bergerak pulang ke Kuala Lumpur dari Putrajaya, rasanya saya tidak berkesempatan berbuka bersama keluarga. Kemudian, saya maklumkan pada emak dan suami, saya ada sedikit kerja dan pulang lewat (tanpa bercerita makluman penempatan saya).

Hendak dijadikan cerita, dompet saya yang ditumpangkan pada kawan saya, terlupa untuk saya minta kembali. Sehelai sepinggang saya menuju ke rumah Allah yang berhampiran. Saat itu terasa kerdil dan lemah. Saat itu juga saya motivasikan diri saya. Saya cuma diuji sedikit cuma. Sabar wahai jiwa, sabar wahai roh, sabar...


Sementara ,menanti waktu berbuka dan cuba mengalih jiwa saya ke sesuatu yang lain, saya menghalakan lensa kamera saya ke sudut-sudut tertentu. Hasilnya;



Pemandangan Masjid Sultan Mizan dari kejauhan, serambi Masjid Putrajaya.



Ini juadah yang disediakan.. Juadah ini ringkas cuma sebelum dihidangkan nasi dan lauk-pauk secara buffet selepas sholat Maghrib.



Pemandangan kaki lima..






Kakitangan katering...




Antara tetamu cilik rumah Allah bersama ibunya..

Pesta Belon Panas @ 29 Ogos 2010



Tajuk entry macam gah sangat tetapi sebenarnya kisah anak-anak dan sepupu mereka. Pagi-pagi Ahad dah kecoh dok main belon ni.. bukan belon panaslah tapi... tapi suku-sakat gak ..ngeee..



Tengok tu, asyik sungguh Hazizi dan Eimran. Kakaknya sedang leka buat latihan, menulis. Nour gemar sangat menulis nombor satu dan kosong. Kekadang tengok macam kod matriks.. Hahahaha



Lama jugaklah kakaknya tidak kisahkan orang lain, leka menulis. Bagus! Semoga kekal menyintai ilmu.. Amin.



Yang ni post daripada Hazizi dan Eimran. Eimran kenapa sengih macam tu sekali?



Husna pula kena "kurung", sian dia tapi tetap maintain cool...

Selasa, 24 Ogos 2010

Minggu Pengenalan ICU

Bismillah.... Dah lama rasanya tak kemaskini blog ni... Rasanya kalau tanah kosong dah tinggi semaknya.. hahahaha..

Kali ini saya nak muatkan memori semasa Minggu Pengenalan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri yang saya ikuti tempoh hari (05 Ogos 2010 - 11 Ogos 2010). Pada hari ketiga, kami berpeluang membuat lawatan ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Selangor dan membuat lawatan ke tapak projek.

Selepas taklimat di PPN Selangor, kami dibawa melawat tapak projek pembinaan tapak Kompleks Ikan Bakar di Pasir Penambang. Tiga keping gambar berikut hasil gatal tangan saya.


Affandy dan Abang Lokman... cam jurutera hahaha


Encik Azri


Yana & the geng


Selepas itu, kami ke Nandong Nata the Coco, Sabak Bernam...


Sedang mendengar penerangan tuan punya kilang..





Nata de coco dibuat dari air kelapa, campur yis dan vitamin. Biar seminggu, pastu bersihkan. Biar lagi sampai dua minggu... Pastu potong.. letak pewarna, perasa dan gula...


Ikut jadual kami dijangka melawat kilang donut, tetapi kesuntukan masa... Jadi tak dapat pergi.. (uhuks ingatkan dapatlah beli donut untuk kechik tomey)...