Memaparkan catatan dengan label Info Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Kesihatan. Papar semua catatan

Selasa, 13 Julai 2010

Mari Derma Darah....



Pada tanggal 14 September 1996 merupakan kali pertama saya menderma darah. Itupun saya masih bawah umur yang sepatutnya perlu mendapat kebenaran ibubapa. Memandangkan emak saya tidak benarkan atas sebab-sebab berikut:-

1. ko tu kechik lagi... tak yah derma... kalau nak dah besar dermalah..
2. kang darah ko kurang (hahahaha... klaka..)
3. nanti ko yang sakit

Jadi saya pergi derma dulu pastu baru khabarkan pada emak ...(maaf mak, anak mak memang degil). Kisah tu dah lama berlalu... Dah 14 tahun, setakat 2010 dah 16 kali saya menderma..

Mengapakah kita perlu menderma darah.
Satu unit darah yang anda dermakan dapat menyelamatkan nyawa:

1. Mangsa Demam Denggi
2. Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah
3. Ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin
4. Bayi yang memerlukan pertukaran darah
5. Pesakit Talasemia
6. Pesakit Anemia
7. Mangsa kebakaran
8. Pesakit leukemia
9. Pesakit Haemifilia

Anda layak untuk menderma darah sekiranya:

1. Mempunyai berat badan yang melebihi 45 kilogram
2. Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun (Sekiranya anda berumur 17 tahun, anda perlu dapat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga)
3. Tidur yang melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan
4. Tahap hemoglobin (kandungan protin dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5g%
5. Tidak mengambil sebarang ubat antibiotik kecuali diberi kebenaran oleh pegawai perubatan.
6. Tidak mengambil minuman beralkohol 24 jam sebelum menderma darah
7. Tidak mengidap penyakit Tekanan Darah Tinggi, Diabetis dan Sakit Jantung
8. Tidak mengidap Penyakit Talasemia, Haemofilia, Hepatitis B atau C, Penyakit Kelamin, AIDS dan sebagainya.

Sumber :- Pusat Darah Negara

Mitos derma darah dan yang sebenarnya:-

1. Nanti kurang darah. Sebenarnya darah yang kita derma akan diganti secara automatik oleh sistem badan kita dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam. Kebaikannya badan kita dapat darah baru, badan kita rasa lebih segar.

2. Nanti gemuk. Tipu. Mana tak gemuk kalau asyik makan tapi tak senam. Kalau asyik ikut sedap tekak, tak derma darah pun gemuk gak. Hahahaha.

3. Nanti kena jangkitan penyakit. Tidak perlu risau, semua peralatan dinyah kuman.

Saya berkira-kira untuk menderma buat kali ke-17 esok. Bertempat di Dewan Labuan, Dayabumi. Jom, derma darah...

Jumaat, 2 Julai 2010

Bank Stem Darah Tali Pusat


Kita selalu dengar perkataan bank... Selalu yang kita bayangkan adalah $$$$ duit ringgit... Namun ada pelbagai bank sebenarnya yang merujuk kepada pusat penyimpanan sesuatu yang amat bernilai.

Kali ini saya hendak kongsi maklumat berkenaan Bank Sel Stem. Semalam saya ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak. Dalam pada menunggu giliran terpandangkan phamplet yang berfaedah ni.. Jadi saya masukkan dalam entry saya kali ini untuk dikongsi bersama. Saya cadangkan pada Mommy Pinky sebab beliau akan menimang cahayamata dalam tempoh terdekat ni. Kalau Whitey Mommy dan Mommy Aizara pun ok gak untuk anak-anak seterusnya. Saya belum sempat bertanyakan harga perkhidmatannya..

Ok, yang pertama, Apa dia sel stem darah?

Sel stem darah merupakan sel asas manusia yang boleh berkembang menjadi sel badan yang lain, boleh merangsang pembentukan sel darah merah, sel darah putih dan platelet.

Mana kita nak dapat sel stem ni?

1. Darah tali pusat bayi
2. Sum-sum tulang
3. Saluran darah orang dewasa

Kita selalu dengar pembedahan untuk mengambil sum-sum tulang untk mendapatkan sel stem... Jadi di sini kita ada alternatif, iaitu darah tali pusat bayi. Yang diambil terus dari tali pusat bayi yang baru lahir dan akan disimpan untuk memastikan ianya dapat digunakan apabila diperlukan kelak.

Ada beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang kawan-kawan boleh minta tolong En. Google carikan. Tapi saya berkenan kat StemLife. Sebabnya:-

1. Sekuriti StemLife dilulus berdasarkan kriteria syariah yang diterimapakai oleh Majlis Penasihat Syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti.
2. Mendapat pengiktirafan MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia).

Di bawah ni pamphlet StemLife termasuk name card sekali..














kredit untuk cik sally sebab tolong scan...