Selasa, 13 Julai 2010

Mari Derma Darah....



Pada tanggal 14 September 1996 merupakan kali pertama saya menderma darah. Itupun saya masih bawah umur yang sepatutnya perlu mendapat kebenaran ibubapa. Memandangkan emak saya tidak benarkan atas sebab-sebab berikut:-

1. ko tu kechik lagi... tak yah derma... kalau nak dah besar dermalah..
2. kang darah ko kurang (hahahaha... klaka..)
3. nanti ko yang sakit

Jadi saya pergi derma dulu pastu baru khabarkan pada emak ...(maaf mak, anak mak memang degil). Kisah tu dah lama berlalu... Dah 14 tahun, setakat 2010 dah 16 kali saya menderma..

Mengapakah kita perlu menderma darah.
Satu unit darah yang anda dermakan dapat menyelamatkan nyawa:

1. Mangsa Demam Denggi
2. Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah
3. Ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin
4. Bayi yang memerlukan pertukaran darah
5. Pesakit Talasemia
6. Pesakit Anemia
7. Mangsa kebakaran
8. Pesakit leukemia
9. Pesakit Haemifilia

Anda layak untuk menderma darah sekiranya:

1. Mempunyai berat badan yang melebihi 45 kilogram
2. Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun (Sekiranya anda berumur 17 tahun, anda perlu dapat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga)
3. Tidur yang melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan
4. Tahap hemoglobin (kandungan protin dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5g%
5. Tidak mengambil sebarang ubat antibiotik kecuali diberi kebenaran oleh pegawai perubatan.
6. Tidak mengambil minuman beralkohol 24 jam sebelum menderma darah
7. Tidak mengidap penyakit Tekanan Darah Tinggi, Diabetis dan Sakit Jantung
8. Tidak mengidap Penyakit Talasemia, Haemofilia, Hepatitis B atau C, Penyakit Kelamin, AIDS dan sebagainya.

Sumber :- Pusat Darah Negara

Mitos derma darah dan yang sebenarnya:-

1. Nanti kurang darah. Sebenarnya darah yang kita derma akan diganti secara automatik oleh sistem badan kita dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam. Kebaikannya badan kita dapat darah baru, badan kita rasa lebih segar.

2. Nanti gemuk. Tipu. Mana tak gemuk kalau asyik makan tapi tak senam. Kalau asyik ikut sedap tekak, tak derma darah pun gemuk gak. Hahahaha.

3. Nanti kena jangkitan penyakit. Tidak perlu risau, semua peralatan dinyah kuman.

Saya berkira-kira untuk menderma buat kali ke-17 esok. Bertempat di Dewan Labuan, Dayabumi. Jom, derma darah...

13 ulasan:

  1. Kak sy tak penah derma darah...
    Mitos2 kat atas tu mmg biasa sy dengar, rupanya tak betul ek..
    Sy teringat masa blaja sains sek. men kena amik darah sendiri tuk tahu jenis darah siap nak nangis2 lg...takut!!!

    BalasPadam
  2. lebih baik kita derma darah...
    sebab dapat bantu orang yang dalam kesusahan..
    kalau time nak raya selalunya stok darah kritikal.. sebab bulan posa kurang penderma

    sebenarnya akak takut jarum. walaupun dah biasa derma, time cucuk jarum, pandang tempat lain. Sampai satu ketika, jururawat tu tanya; adik, ni kali pertama derma ke? hahaha penakut sungguh!!

    tak sakit sangat masa cucuk jarum tu sebenarnya..

    BalasPadam
  3. Alhamdlillah dah selamat derma darah tadi..

    Jururawat Kementerian Kementerian Kesihatan, Farah Ayu namanya, cekap! Masa cucuk jarum tak terasa, tahu2 dah siap!

    Meh le kawan2 kita derma darah..

    BalasPadam
  4. aiz teringin nak derma.. tapi takut gak.. aritu hampir hampir nak dermakan darah.. tapi tak cukup syarat pula.. ^__^



    Aiz latest entry
    Blogger sekarang masak tak sedap tapi paksa orang makan?
    Blogger jenis apakah kamu? PENIPU?
    Original waka waka bukan shakira la



    ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

    BalasPadam
  5. aiz: bagus! sekurang2nya aiz dah ada niat dan mencuba.. cuba lagi..

    nape x cukup syarat ek?

    takut tu normal... tak de sape yang suka-suki nak relakan dicucuk jarum cengitu.. hahaha.. akak ni pun penakut boleh tahan... tapi tadi nurse tu memang cekap! tak terasa dicucuk...

    BalasPadam
  6. aiz tak cukup syarat sebab waktu tu bufday tak sampai lagi.. umur tak cukup.. parent lak dok jauh.. so nak mintak kebenaran parent pun jauh.. sekarang ni kalau aiz berpeluang, aiz nak gak gi derma darah..






    Aiz latest entry
    Aiz suka anonymous macam ni
    Blogger sekarang masak tak sedap tapi paksa orang makan?
    Blogger jenis apakah kamu? PENIPU?



    ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

    BalasPadam
  7. ooo.. baguslah cam tu...

    aiz duk Langkawi bukan ngan parent ke?

    BalasPadam
  8. derma darah..
    nk derm tapi tak leh tgk darah..
    cam ner nak derma tgk darah kat paper pon dah pening n loya2 kak anum..
    tu baru sikit kalau byk dah pitam dah..
    setitik darah sendiri pon dah boleh nak pitam nikan 1 litter keluar..

    selamat derma darah kak anum..

    BalasPadam
  9. qhie: tak sampai 1/2 liter dek ooi.. 450 ml jer.. takpe kuatkan semangat!!

    BalasPadam
  10. terlepas suda~
    bru brni nak try derma darah

    BalasPadam
  11. tak pe chup... lain kali boleh try lagi..
    kalau demam, makan ubat, takleh derma.. tgu sihat dulu...

    BalasPadam
  12. aku sempat derma 5x jerk.. pastu bye bye ler.. huhuhu..

    BalasPadam
  13. Akak: Last derma, 15.07.2010.. kali ke-17... Insya Allah, ada keizinanNya.. lain kali derma lagi

    BalasPadam