Jumaat, 2 Julai 2010

Bank Stem Darah Tali Pusat


Kita selalu dengar perkataan bank... Selalu yang kita bayangkan adalah $$$$ duit ringgit... Namun ada pelbagai bank sebenarnya yang merujuk kepada pusat penyimpanan sesuatu yang amat bernilai.

Kali ini saya hendak kongsi maklumat berkenaan Bank Sel Stem. Semalam saya ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak. Dalam pada menunggu giliran terpandangkan phamplet yang berfaedah ni.. Jadi saya masukkan dalam entry saya kali ini untuk dikongsi bersama. Saya cadangkan pada Mommy Pinky sebab beliau akan menimang cahayamata dalam tempoh terdekat ni. Kalau Whitey Mommy dan Mommy Aizara pun ok gak untuk anak-anak seterusnya. Saya belum sempat bertanyakan harga perkhidmatannya..

Ok, yang pertama, Apa dia sel stem darah?

Sel stem darah merupakan sel asas manusia yang boleh berkembang menjadi sel badan yang lain, boleh merangsang pembentukan sel darah merah, sel darah putih dan platelet.

Mana kita nak dapat sel stem ni?

1. Darah tali pusat bayi
2. Sum-sum tulang
3. Saluran darah orang dewasa

Kita selalu dengar pembedahan untuk mengambil sum-sum tulang untk mendapatkan sel stem... Jadi di sini kita ada alternatif, iaitu darah tali pusat bayi. Yang diambil terus dari tali pusat bayi yang baru lahir dan akan disimpan untuk memastikan ianya dapat digunakan apabila diperlukan kelak.

Ada beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang kawan-kawan boleh minta tolong En. Google carikan. Tapi saya berkenan kat StemLife. Sebabnya:-

1. Sekuriti StemLife dilulus berdasarkan kriteria syariah yang diterimapakai oleh Majlis Penasihat Syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti.
2. Mendapat pengiktirafan MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia).

Di bawah ni pamphlet StemLife termasuk name card sekali..














kredit untuk cik sally sebab tolong scan...

4 ulasan:

  1. ni lebih kurang cam back up plan
    macam persediaan kita untuk kemungkinan luar jangka..

    BalasPadam
  2. aku x dpt wat masa hazizi lahir.. x cukup budget.. x tau la lps ni leh dpt bb lagi ke x? isk isk isk

    BalasPadam
  3. akak: org pun belum dan nak wat lagi..

    insya Allah adalah rezeki tu.. amin

    BalasPadam