Alhamdulillah, akhirnya kursus pada 25-29 Julai di Intan Wilayah Selatan (IKWAS)tempoh hari telah tamat dengan jayanya. Seronok! Walaupun hati home sick tahap gaban!!
Berikut sebahagian memori yang sempat dirakam...
Ni bilik penginapan saya dan rakan sebilik, Fara...
Yang dua orang ni, Azirul, Ketua Kumpulan 2 bersama Rahman yang cool sentiasa...
Yang ni pulak hasil assignment berkumpulan... tajuknya refleksi selama tiga hari di IKWAS..
Ni ahli kumpulan dua yang happening.. hahahaha
Persamaan saya dengan Khairul, berkongsi tarikh lahir dan anak bongsu
Ni batch lantikan pinjaman/pertukaran sementara
Sebelum balik sempat petik rambutan kat IKWAS.. HAHAHA wat kerja ngan Exco Agama, Lily.. hahahaha
Akhir sekali aksi tak boleh blah Kumpulan Dua..
Sabtu, 31 Julai 2010
Ahad, 25 Julai 2010
Kluang - Home Sick Part 1
Hari ini 24 Julai 2010 bersamaan hari Sabtu, aku memulakan perjalanan pada pukul 10.00 pagi ke Kluang, Johor... Memulakan perjalanan dengan abangku, Saifullah yang kebetulan out station ke Alor Star. Jadinya dalam perjalanan pulang ke Kluang, singgah rumah emak ambil aku.. Naiklah Pajero abang aku ni..
Mula-mula singgah kedai kat Batu Caves, isi gas penyaman udara. Dalam pukul 10.15 gerak. Baru je mula perjalanan belum pun melepasi sempadan negeri Kuala Lumpur... aku dah rindu kat anak-anak aku. Apa nak buat.. Aku akan "bertapa" di Kluang sampai Khamis ni.
Mula-mula sampai di Kluang, terlintas di benak... oooo.. daerah pertanian Kluang ni.. Sebab keluar tol Ayer Hitam, masuk kanan terus nampak papan tanda Kementerian Asas Tani, Tanaman Organik. Pastu ada ladang pokok naga, projek ternakan kambing dan sepanjang perjalanan ladang kelapa sawit. Sampai kat rumah abang di Taman Sri Kluang lebih kurang sepuluh minit lagi pukul dua petang, mengisi tembolok dulu... Hahahaha makan ler apa lagi... Kepala pula rasa pusing-pusing sebab sudah lama tidak berjalan jauh.. Makan ubat, pastu lelap jap.
Makan malam aku makan kat Hani Bistro.. makan nasi goreng ayam crispy, telur dadar ngan minum cikong (ala2 lai ci kang). Sempat mengkidnap sate kakak iparku dan siap tambah lagi order sate... (Ntah apa punya perut ntah; hahahaahaha).
Camtulah aku bila tension, musti kuat makan .. tak faham.. Melepak kat sana sampai pukul dua belas tengah malam. Mujur kekawan kakak ipar aku sporting, dapat gak mengurangkan tension aku ni.
First time dapat rasa karipap ikan... Huda (kawan kakak iparku) kata karipap ni karipap Terengganu.. Suami Huda orang sana, dia orang Mersing. Isi ikan selayang, santan dan halba.
Ni dah pukul satu pagi, tak boleh tidur lagi... Rindu kat budak kechik tomey yang tiga beradik tu... Arrggggggggggghhhhhhhh tolong!!!!!!!!!!!
Mula-mula singgah kedai kat Batu Caves, isi gas penyaman udara. Dalam pukul 10.15 gerak. Baru je mula perjalanan belum pun melepasi sempadan negeri Kuala Lumpur... aku dah rindu kat anak-anak aku. Apa nak buat.. Aku akan "bertapa" di Kluang sampai Khamis ni.
Mula-mula sampai di Kluang, terlintas di benak... oooo.. daerah pertanian Kluang ni.. Sebab keluar tol Ayer Hitam, masuk kanan terus nampak papan tanda Kementerian Asas Tani, Tanaman Organik. Pastu ada ladang pokok naga, projek ternakan kambing dan sepanjang perjalanan ladang kelapa sawit. Sampai kat rumah abang di Taman Sri Kluang lebih kurang sepuluh minit lagi pukul dua petang, mengisi tembolok dulu... Hahahaha makan ler apa lagi... Kepala pula rasa pusing-pusing sebab sudah lama tidak berjalan jauh.. Makan ubat, pastu lelap jap.
Makan malam aku makan kat Hani Bistro.. makan nasi goreng ayam crispy, telur dadar ngan minum cikong (ala2 lai ci kang). Sempat mengkidnap sate kakak iparku dan siap tambah lagi order sate... (Ntah apa punya perut ntah; hahahaahaha).
Camtulah aku bila tension, musti kuat makan .. tak faham.. Melepak kat sana sampai pukul dua belas tengah malam. Mujur kekawan kakak ipar aku sporting, dapat gak mengurangkan tension aku ni.
First time dapat rasa karipap ikan... Huda (kawan kakak iparku) kata karipap ni karipap Terengganu.. Suami Huda orang sana, dia orang Mersing. Isi ikan selayang, santan dan halba.
Ni dah pukul satu pagi, tak boleh tidur lagi... Rindu kat budak kechik tomey yang tiga beradik tu... Arrggggggggggghhhhhhhh tolong!!!!!!!!!!!
Isnin, 19 Julai 2010
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) - 2005-2010
Diam tak diam sudah lima tahun saya berkhidmat di MyIPO. Hari ini saya cuti sakit, demam semenjak Jumaat lalu. Menurut doktor sekiranya saya masih belum sembuh pada hari esok, ujian darah akan dibuat. Esok juga hari terakhir saya berkhidmat di MyIPO. Jadi saya catatkan sedikit-sebanyak yang terdaya memori saya di sini.
14 Februari 2005
Saya melangkah kaki ke Unit Audit Dalam sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS). Berkongsi segalanya dengan Kak Ainun, Wan Rozline, Farah Raina, Faizal dan Ramzi. Kami berenam PKS. Seronok. Bab kerja tiada masalah. Kami buat sama-sama. Yang seronok bab makan! Kenapa? Suami Kak Ainun rajin memasak (kedua-duanya orang Kelantan). Seringkali kami menjamah bekalan Kak Ainun, suaminya siap masak lebih. Hahahaha... Menunya bertukar-ganti, nasi goreng, mee goreng, mihun goreng dan banyak lagi (tak teringat saya dibuatnya). Wan pula orang Pantai Timur juga cuma dia dari Terengganu. Hobi Wan masak pencuci mulut. Jadi menu kami berenam pasti tak lepas daripada sentuhan air tangan Wan. Serbaneka puding, kuih-muih, kek, tart, ntah apa-apa lagi yang dibawa semua berjaya kami "selamatkan". Ramzi pula orang Negeri Sembilan, emaknya rajin buatkan bekalan, yang kenyang pastinya kami.. Faizal dan Farah kami panggil tukang order.. hahaha... sebab suka order, terutamanya order untuk saya masak. Nak burger, nak makaronilah, nak nasi lemak ayam kampunglah... sayalah yang kena masak.. Tapi seronok... Rindu pada mereka semua! Cuma Faizal masih kekal berkhidmat di MyIPO. Yang lain, sudah berubah haluan.
14 Disember 2005
Bertugas pula di Unit Submission, Bahagian Cap Dagangan. Namun, masih berurusan dengan Bilik Fail. Dahulu bab audit fail paten dan cap dagangan. Kali ini, masukkan surat terima ke dalam fail-fail cap dagangan. Masa ini, saya sudah bergelar isteri orang dan sedang hamil anak sulung. Di unit ini, saya kenal Ally, Niza, Siti, Rozita, As, Norul, Wiz, Ein, Haiza dan ramai lagi. Waktu itu saya sering berehat di surau MISC, di aras 15 sekiranya tekanan darah saya rendah. Di surau, saya mengenali Kak Zalina, Kak Pah, Shamsul Azila dari Unit Paten.
16 Ogos 2006
Di kala ini, saya sedang sarat mengandung, rezeki ketentuan Ilahi, bermula dengan PKS, saat itu saya mendapat tawaran jawatan Penolong Pegawai Hal-Ehwal Ekonomi. Bertugas di Bahagian Reka Bentuk Perindustrian (ID)sehingga kini. Hati saya menangis tika ini. Tiada lagi gurau kawan-kawan ID, Nana, Sally, Nassir, Donut, Syuk, Zul, Zam, Nasrul, Kakak Phelo, Che Lah, Saf, Afiza, Abang Rashid, Liza dan Kak Maya. Tidak lupa buat bos ID, En. Faiiz dan Cik Teh.
Terima kasih semua. Buat nama yang tidak saya nyatakan bukan bermaksud saya lupa. Cuma tak terdaya dan tak beridea saya yang masih lagi demam ini. Mana mungkin saya lupakan kalian.
Pinta saya, doakan urusan saya dipermudahkan olehNya... Maafkan segala kesilapan saya...
Saya sayang semuanya... Jumpa lagi :(
Jumaat, 16 Julai 2010
Contest Mata Menawan
Kali ini saya terima pelawaan Mama Aizara untuk menyertai peraduan Mata Menawan anjuran Fatencumyl... Tetapi saya ni jenis yang tidak berapa suka bergambar. Akhirnya saya ambil gambar perkhawinan saya (hehehe).
Seterusnya saya nak tag dua adik-beradik ni:-
1. Cik Chup
2. Cik Yatie SB
Hadiah yang ditawarkan:-
Pemenang mata menawan: * akan dapat 1 pasang contactlens made in korea yang tahan 1 tahun dan pemenang akan decide sendiri nak contactlens warna apa..(fatin akan contact dgn pemenang kalau dia ada rabun fatin akan bagi dia contactlens yg ada power)
*akan dapat hadiah misteri yang boleh mencantikkan mata.
Referral terbanyak: akan dapat hadiah misteri dari fatin.(hadiah yang boleh mencantikkan mata)
Dah siap....oopsss.. kredit untuk Cik Sally yang tolong scan..
Selasa, 13 Julai 2010
Mari Derma Darah....
Pada tanggal 14 September 1996 merupakan kali pertama saya menderma darah. Itupun saya masih bawah umur yang sepatutnya perlu mendapat kebenaran ibubapa. Memandangkan emak saya tidak benarkan atas sebab-sebab berikut:-
1. ko tu kechik lagi... tak yah derma... kalau nak dah besar dermalah..
2. kang darah ko kurang (hahahaha... klaka..)
3. nanti ko yang sakit
Jadi saya pergi derma dulu pastu baru khabarkan pada emak ...(maaf mak, anak mak memang degil). Kisah tu dah lama berlalu... Dah 14 tahun, setakat 2010 dah 16 kali saya menderma..
Mengapakah kita perlu menderma darah.
Satu unit darah yang anda dermakan dapat menyelamatkan nyawa:
1. Mangsa Demam Denggi
2. Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah
3. Ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin
4. Bayi yang memerlukan pertukaran darah
5. Pesakit Talasemia
6. Pesakit Anemia
7. Mangsa kebakaran
8. Pesakit leukemia
9. Pesakit Haemifilia
Anda layak untuk menderma darah sekiranya:
1. Mempunyai berat badan yang melebihi 45 kilogram
2. Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun (Sekiranya anda berumur 17 tahun, anda perlu dapat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga)
3. Tidur yang melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan
4. Tahap hemoglobin (kandungan protin dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5g%
5. Tidak mengambil sebarang ubat antibiotik kecuali diberi kebenaran oleh pegawai perubatan.
6. Tidak mengambil minuman beralkohol 24 jam sebelum menderma darah
7. Tidak mengidap penyakit Tekanan Darah Tinggi, Diabetis dan Sakit Jantung
8. Tidak mengidap Penyakit Talasemia, Haemofilia, Hepatitis B atau C, Penyakit Kelamin, AIDS dan sebagainya.
Sumber :- Pusat Darah Negara
Mitos derma darah dan yang sebenarnya:-
1. Nanti kurang darah. Sebenarnya darah yang kita derma akan diganti secara automatik oleh sistem badan kita dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam. Kebaikannya badan kita dapat darah baru, badan kita rasa lebih segar.
2. Nanti gemuk. Tipu. Mana tak gemuk kalau asyik makan tapi tak senam. Kalau asyik ikut sedap tekak, tak derma darah pun gemuk gak. Hahahaha.
3. Nanti kena jangkitan penyakit. Tidak perlu risau, semua peralatan dinyah kuman.
Saya berkira-kira untuk menderma buat kali ke-17 esok. Bertempat di Dewan Labuan, Dayabumi. Jom, derma darah...
Selasa, 6 Julai 2010
Keyboard Shortcuts for Microsoft Words 2000
Kali ini saya tertarik dengan post Mama Aizara. Info ni saya ambil sebahagian sahaja sebab bagi saya ini item yang paling saya suka hendak tahu...
Keyboard Shortcuts
List Shorcut ini dapat diprint untuk dipelajari. cara untuk mengeprintnya ::
1. Pilih Tools|Macro|Macros dari menu bar.
2. Dari Macros In ada menu panah kebawah, pilih Word Commands.
3. Pilih ListCommands dari macro listing.
4. Klik Tombol Run.
5. Pilih Current Menu and Keyboard Settings dari popup window dan klik OK.
6. Word akan otomatis membuka dokumen baru dengan table shorcut . Print dokumen untuk mengeprint..
Semoga bermanfaat..dan tidak lupa terima kasih pada Mama Aizara.
Keyboard Shortcuts
List Shorcut ini dapat diprint untuk dipelajari. cara untuk mengeprintnya ::
1. Pilih Tools|Macro|Macros dari menu bar.
2. Dari Macros In ada menu panah kebawah, pilih Word Commands.
3. Pilih ListCommands dari macro listing.
4. Klik Tombol Run.
5. Pilih Current Menu and Keyboard Settings dari popup window dan klik OK.
6. Word akan otomatis membuka dokumen baru dengan table shorcut . Print dokumen untuk mengeprint..
Semoga bermanfaat..dan tidak lupa terima kasih pada Mama Aizara.
Jumaat, 2 Julai 2010
Bank Stem Darah Tali Pusat
Kita selalu dengar perkataan bank... Selalu yang kita bayangkan adalah $$$$ duit ringgit... Namun ada pelbagai bank sebenarnya yang merujuk kepada pusat penyimpanan sesuatu yang amat bernilai.
Kali ini saya hendak kongsi maklumat berkenaan Bank Sel Stem. Semalam saya ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak. Dalam pada menunggu giliran terpandangkan phamplet yang berfaedah ni.. Jadi saya masukkan dalam entry saya kali ini untuk dikongsi bersama. Saya cadangkan pada Mommy Pinky sebab beliau akan menimang cahayamata dalam tempoh terdekat ni. Kalau Whitey Mommy dan Mommy Aizara pun ok gak untuk anak-anak seterusnya. Saya belum sempat bertanyakan harga perkhidmatannya..
Ok, yang pertama, Apa dia sel stem darah?
Sel stem darah merupakan sel asas manusia yang boleh berkembang menjadi sel badan yang lain, boleh merangsang pembentukan sel darah merah, sel darah putih dan platelet.
Mana kita nak dapat sel stem ni?
1. Darah tali pusat bayi
2. Sum-sum tulang
3. Saluran darah orang dewasa
Kita selalu dengar pembedahan untuk mengambil sum-sum tulang untk mendapatkan sel stem... Jadi di sini kita ada alternatif, iaitu darah tali pusat bayi. Yang diambil terus dari tali pusat bayi yang baru lahir dan akan disimpan untuk memastikan ianya dapat digunakan apabila diperlukan kelak.
Ada beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang kawan-kawan boleh minta tolong En. Google carikan. Tapi saya berkenan kat StemLife. Sebabnya:-
1. Sekuriti StemLife dilulus berdasarkan kriteria syariah yang diterimapakai oleh Majlis Penasihat Syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti.
2. Mendapat pengiktirafan MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia).
Di bawah ni pamphlet StemLife termasuk name card sekali..
kredit untuk cik sally sebab tolong scan...
Langgan:
Catatan (Atom)