Isnin, 27 September 2010

Tugas Baru, Pejabat Baru & oh...............

Hari ini, 27 September 2010; saya memulakan minggu saya dengan bertugas di Shah Alam, Selangor.

Awal-awal pagi, lena saya dikejutkan oleh rengekan si comel, Alhusna. Tidur bukan main lasak. Rupanya dia terselit di tepi bakul baju. Hahaha. Macam manalah si kecik tomey tu boleh ke sana. Asalnya baring di sebelah saya. Selepas memujuk Alhusna, fikiran saya mencongak-congak hari dan waktu. Oh, Isnin rupanya!. Kepala terasa sedikit ringan. Semalam tekanan darah saya rendah. Akibatnya, pening-pening macam mahu pitam. Suami nasihatkan ambil m.c, tetapi memandangkan ini hari pertama bertugas di pejabat baru, saya gagahkan jua. Mujur juga Alhusna terbangun, rupa-rupanya sudah melewati 6.20 pagi.

Pukul 7.00 pagi, saya sudah siap untuk ke pejabat. Anak sulung saya sudah bangun. Terpisat-pisat mencari emaknya. Dan............

Dia meragam pula....... menangis-menangis, merengek-rengek.. Saya layanlah jua sebab tak sampai hati tak tinggalkan dia. Oh.......terima kasih ibuku yang menyambung menguruskan persediaan budak kecik tomey yang meragam untuk ke sekolah.

Mujur saya sempat sampai awal ke pejabat, pukul 7.59.

Kepala saya pusing lagi.... Oh... Tiada ubat untuk tekanan darah rendah... Sabar.. sabar..

7 ulasan:

  1. mesti ada ubat..amalkanla petua2 cuba carik dalam internet

    salah satunya tak boleh buat keja cepat2/laju2 nanti lagi cepat pening

    BalasPadam
  2. huhu..sabar yer..besar dugaan seorang ibu..yang pasti balasannya pon besar dari Allah...

    BalasPadam
  3. Ila: Terima kasih.. kalau pergi klinik derang kasik PCM jer.. pastu Dr. suruh tidur.. suruh makan kerang, hati, limpa.. masalahnya tekak tak lalu nak jamah sangat..

    eda: amin... terima kasih

    BalasPadam
  4. ishh mmg lasak ngan ganas gak ank k.anum tuh..smpai t'selit kat bakul baju..huhu..
    k.anum pn sme..smpai x sedar ank da xde sblh.
    ish..ish...

    rest byk2 ye..

    sowy, kami x pat dtg umah k.anum. kami di Melaka.

    BalasPadam
  5. tidur kat tilam atas lantai.. tilam lak dekat ngan bakul baju... hahaaha tu namanya tidur gaya bebas.. maknya dah out...tido

    mekaseh

    takpe lain kali datang lah kalau free

    BalasPadam
  6. haha~ kelakar la. Kalau atas lantai x pela lg. boleh tidur gaya bebas, kalau jth dari katil, maknanya acara tidur terjun papan anjal ke? hahaha..
    hurmm... Insyaallah. Kalo ade yang nak pi, leh la follow :P hihi

    BalasPadam
  7. terjun papan anjal ye? Hahaha...

    ajaklah cik chup, cik sally, cik fiza, en. saf ngan cphelo ke kak maya ke..

    paling syahdu, akak bagi kuih raya je hahaahahha

    BalasPadam