Rabu, 10 Ogos 2011

Petua elak Jaundis


Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak keempat pada 30 Jun 2011 (Khamis). Pada entry yang lepas saya ada siarkan keratan Utusan Malaysia berkenaan Jaundis @ Kuning.


Ahmad Husaini Ahmad Azlan

Alhamdulillah anak keempat saya tidak mengalami jaundis yang teruk. Normal, kata doktor. Anak ketiga saya langsung tidak menghidapinya.

Petua yang saya dapat melalui internet adalah semasa mengandung amalkan makan buah delima.


Buah Delima (ehsan En. Google)

Saya suka makan delima yang macam dalam gambar tu... sebab isinya tebal dan bijinya kecil, senang nak kunyah. Kalau tak dapat buahnya, saya beli air delima. Saya minum air delima jenama Pokka dan Marigold Yogurt.



Air Delima Jenama Pokka (Ehsan En. Google gak)


Semasa mengandung anak keempat, agak susah saya mendapatkan buah mahupun air delima. Mungkin sebab itu terkena sikit kuning. Berbanding semasa mengandung anak ketiga, boleh dikatakan bekalan tak pernah putus. Wallahu'alam


Isnin, 23 Mei 2011

ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dlm Bhn Kek & Roti Secret Recipe???

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’


Syarikat tersebut adalah:


Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )


8.

TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

30/11/2011


9.

TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

30/11/2011



link: http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe



Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.

Seminar Kecemerlangan Modal Insan @ INTAN Wilayah Utara - 09 - 12 Mei 2012

Norhaida Masri @ Id

Pada 09 - 12 Mei 2011, saya mengikuti Seminar Kecemerlangan Modal Insan (SKMI) di INTAN Wilayah Utara. Saya ke sana bersama kawan, Id; kasihan dia. Drive sesorang sampai sana sebab saya tengah sarat mengandung. Terima kasih Id.. Tuhan sahaja memblas budi baik awak.




Dalam perjalanan ke sana kami singgah makan di RNR Gunung Semanggol, Perak. Perut lapar. Pastu tetiba (tetiba?) terliur tengok mee wantan... Tuan gerainya Cina Mualaf; Norasma Yap Binti Abdullah.. Hati berkata tentu mee wantan yang dijual boleh tahan, sebab makanan Cina disediakan Cina Mualaf. Namun, tekak yang tak berapa stabil gagal menghabiskan mee wantan berkenaan...

MEE WANTAN




Akhirnya yang menjadi santapan saya tengahari berkenaan, waffle dan kebab.. hahaha...



Kami selamat tiba di INTURA lebih kurang pukul 4.30 petang. C13, nombor bilik penginapan saya terletak di tingkat tiga (3). Hahaha... sabar lagi Cik Id; tolong saya angkatkan bagasi ke Tingkat 3.. Terima kasih sekali lagi kawan...

Jadual kami di sana sangat padat. Bermula dengan senaman pagi pada pukul 6.00 pagi (bagi yang mengelat sesi sholat subuh berjemaah, uiks.. kantoi di situ!) sehinggalah jam 1-2 pagi...


Ni namanya berenang di daratan.. hahaha (sukanya; mentang2 saya jadi pemerhati je)

Antara ujian kecergasan yang perlu para peserta jalani;

Korang lepas ke? Saya? hehehe

Lari pecut ulang-alik

Selain aktiviti luar, program dipenuhi dengan aktiviti kuliah...



Malam terakhir, malam persembahan...

PERSIAPAN DEWAN


Hari terakhir, hari peperiksaan bertulis.. Berserah jer..

SESI PERSIAPAN DEWAN UNTUK PEPERIKSAAN

Khamis, 7 April 2011

Saya di Malaysiakah? @ Klinik Kesihatan Batu, Jalan Ipoh; 04 April 2011

Pada 04 April 2011, lebih kurang pukul 10 pagi, saya ada temujanji di Klinik Kesihatan Batu untuk pemeriksaan kehamilan. Pemandangan ini yang menyakitkan mata saya...


Orang punyalah ramai macam biasalah... Tapi mamat dua orang ni dengan senang hati duduk... Ini adalah Klinik Ibu dan Kanak-Kanak... Cuba-cubalah kasi tempat duduk kepada ibu hamil ke, ibu/bapa yang ngendong anak ke. Ini tidak sedap je berbual-bual..


Saya cuba pasang telinga, cuba mendengar apa topik yang asyik sangat dibualkan. Hasilnya, sepatah habuk saya tak faham.. Rupanya warga Myanmar.



Ini pula kerusi di depan saya selepas saya beralih tempat duduk. Kesemuanya juga warga asing.


Kanak-kanak dan lelaki yang berdiri di sebelah kiri saya dan isterinya yang duduk di sebelah saya juga warga asing.

Saya di Malaysiakah? Hampir separuh klinik dikuasai warga Indonesia, Myanmar, Nepal mahu puin Bangladesh. Bengkak di hati saya suarakan pada doktor yang bertugas ketika saya diperiksa. Doktor tu maklumkan dia tidak boleh buat apa. Beliau cuba bagi rawatan kepada tiga (3) orang pesakit tempatan. Kemudian baru digilirkan dengan seorang warga asing. Tindakan beliau telah mengundang kemarahan warga asing dengan alasan mereka bayar mahal.. Adus!!!

FRADO ABC, Seksyen 2, Shah Alam...ABC Terbaik!!! (bagi saya ler)


Dalam entry terdahulu saya ada sebutkan pasal ABC yang paling sedap yang pernah saya nikmati. Kalau ke Seksyen 2, Shah Alam, singgahlah kedai makan kat belakang perhentian bas. Cari je KFC atau sekolah. Deretan kedai makan tu, ada sebuah gerai namanya FRADO ABC.. Ada banyak gerai jual ABC, tapi yang ni yang kaw!! hehehee

Cuba tengok ABC dia.. hehehee

Ada krim coklat, laici, anggur, nata de coco, aiskrim, kacang tanah, kacang merah... sedap!!




Selasa, 22 Februari 2011

Motivasi Diri - Kita perlukan penggerak untuk bergerak


Saya terima e-mel yang menarik daripada sahabat untuk kita kongsikan bersama.

Orang-orang di Jepun sememangnya amat gemarkan ikan yang segar. Namun begitu, kawasan penangkapan yang berhampiran pantai agak kekurangan ikan. Perkara ini telah memaksa, nelayan-nelayan di jepun untuk pergi lebih jauh lagi ke kawasan perairan pantai dalam untuk menangkap ikan. Semakin jauh mereka pergi, semakin lamalah masa yang perlu diambil untuk mereka pulang membawa hasil tangkapan mereka.

Disebabkan tempoh pulang yang lama itu, ia telah menyebabkan ikan-ikan yang ditangkap, menjadi kurang segar apabila sampai di pelabuhan. Dan rakyat jepun, tidak sukakan rasa ikan-ikan tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini, nelayan-nelayan jepun telah mengambil langkah drastik dengan memasang peti sejuk beku di dalam bot mereka. Dengan itu, semua hasil tangkapan yang diperolehi akan terus disejukbekukan sewaktu di tengah laut lagi. Kaedah ini, telah membolehkan nelayan-nelayan jepun untuk pergi lebih jauh, dan tinggal lebih lama lagi di laut. Namun begitu, citarasa rakyat jepun sememangnya agak cerewet, mereka dapat merasakan perbezaan antara rasa ikan segar dengan ikan yang telah disejuk-bekukan, dan mereka, tidak sukakan rasa tersebut.

Bagi memenuhi permintaan ramai rakyat jepun yang inginkan ikan segar, maka, nelayan-nelayan di jepun pun menukarkan peti beku yang terdapat di dalam bot mereka dengan tangki yang berisi air pula. Dengan itu, semua ikan yang ditangkap tidak lagi akan disejuk bekukan, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam tangki air tersebut agar ikan tersebut dapat terus berenang dan hidup apabila sampai ke pelabuhan.

Namun begitu, disebabkan tangki simpanan yang kecil maka, ikan-ikan tersebut tidak dapat bergerak bebas dan sering berlanggar dengan ikan-ikan yang lain, ini menyebabkan ikan-ikan tersebut penat dan akhirnya, mereka berhenti bergerak. Apabila sampai di pelabuhan, ikan-ikan tersebut masih hidup, tetapi ia sudah tidak bergerak selama beberapa hari. Dan rasa ikan ini, tetap kurang enak dan rakyat jepun tidak gemarkannya. (Fuh.. cerewet betul rakyat jepun nie)

Jadi? Apa lagi yang perlu dilakukan oleh syarikat-syarikat nelayan di jepun ini untuk memastikan ikan-ikan yang ditangkap sentiasa segar apabila sampai di pelabuhan? Jika anda dilantik sebagai "consultant" kepada industri perikanan di jepun ini, apakah yang akan anda cadangkan?

Tuan nak tahu apa yang mereka lakukan seterusnya?
Mereka masih lagi mengekalkan tangki air tersebut di dalam bot mereka, cuma pada kali ini, mereka letakkan seekor ikan jerung kecil di dalam setiap tangki tersebut.

Dan Tuan nak tahu apa berlaku?

Ikan jerung kecil tersebut telah membaham ikan-ikan yang lemah, tetapi, ia tidak banyak, hanya sedikit sahaja, manakala ikan-ikan yang selebihnya selamat kerana mereka akan terus bergerak dan cuba melarikan diri dari ikan jerung tersebut. Ini adalah antara soal hidup dan mati beb!. Hasilnya, apabila sampai di pelabuhan, semua ikan-ikan tersebut masih lagi hidup, masih bergerak dan ini membuatkan ikan-ikan tersebut terus segar.

==================
Pengajarannya
==================

Kita perlukan "jerung" di dalam hidup kita untuk menjadikan hidup kita lebih "hidup" , "segar" dan "enak". Jerung di dalam kehidupan bolehlah di umpamakan seperti cabaran2 serta tekanan2 yang wujud dalam kehidupan. Tanpa sebarang cabaran atau tekanan, hidup kita akan menjadi "bosan" dan "biasa-biasa" sahaja.
Jadi, usah gentar dengan segala cabaran & tekanan yang dihadapi dalam kehidupan ini, ia sebenarnya akan membuatkan tuan lebih bertenaga dan lebih berjaya.

Rabu, 16 Februari 2011

Status Kini : Terlalu sibuk

Maaf ye.. saya akan membiarkan blog ini bersawang buat sementara waktu sehingga keadaan saya kembali tenang daripada kesibukan kerja hehehe

Isnin, 3 Januari 2011

Surat Cinta Buat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Geram!! Berikut adalah petikan surat cinta yang saya e-mel ke KKM...

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan temujanji saya yang dijadualkan pada hari ini (03 Januari 2011) telah ditunda dan hanya dimaklumkan kepada saya ketika saya hadir untuk pemeriksaan. Buat makluman tuan, saya telah mengambil cuti rehat memandangkan jarak tempat bertugas dan tempat pemeriksaan yang agak jauh.

3. Alasan yang diberi, doktor bertugas untuk imbasan kehamilan bercuti dan jawapan yang diberikan oleh jururawat bertugas amat mengecewakan. Beliau memaklumkan sepatutnya saya mendapatkan tarikh temujanji doktor pakar untuk pemeriksaan seterusnya. Di mana saya dimaklumkan pada 20 Disember 2010 oleh jururawat yang bertugas pada hari berkenaan bahawa saya perlu datang dua minggu selepas tarikh berkenaan iaitu pada 03 Januari 2011 untuk pemeriksaan lanjut. Malahan, saya tidak diarahkan untuk mendapatkan tarikh temujanji di kaunter hadapan klinik.

4. Berikut adalah nota yang diketipkan di dalam Buku Rekod Kesihatan Ibu milik saya:-

KEPUTUSAN PEMERIKSAAN ULTRASOUND

Tarikh Scan: 20/12/2010
Jangkamasa Kandungan: 20/52 + 5/7
Presentasi: Breech
Uri: CRL 13W 3D
B.P.D: -Pt Sure of dates
F.L: -
Denyutan Jantung Janin: To rpt scan in 2/52
Dr Soma Bavani(41165)
Pegawai Perubatan (UD48)
Klinik Kesihatan Batu

5. Buat makluman tuan juga di ruangan komen, pada hari ini ditambah catatan pada ruangan komen nota berkenaan dan pada buku; "by FMS".

6. Diharapkan situasi ini dipantau di mana terdapat memo peringatan yang di tampal di dinding klinik yang menyatakan;

SETIAP KLIEN PERLU MEMATUHI TARIKH LAWATAN KE KLINIK MENGIKUT TARIKH DAN WAKTU YANG DIBERIKAN BAGI MENGELAK MASALAH. JIKA TIDAK DAPAT HADIR KE KLINIK, SEGERA TELEFON KE KLINIK UNTUK TARIKH TEMUJANJI YANG BARU.

7. Merujuk kepada Memo di atas; apakah pula tanggungjawab klinik sekiranya tidak dapat "mematuhi" tarikh lawatan ke klinik bagi mengelak masalah?

Sekian, terima kasih.