Memaparkan catatan dengan label ABC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ABC. Papar semua catatan

Khamis, 7 April 2011

FRADO ABC, Seksyen 2, Shah Alam...ABC Terbaik!!! (bagi saya ler)


Dalam entry terdahulu saya ada sebutkan pasal ABC yang paling sedap yang pernah saya nikmati. Kalau ke Seksyen 2, Shah Alam, singgahlah kedai makan kat belakang perhentian bas. Cari je KFC atau sekolah. Deretan kedai makan tu, ada sebuah gerai namanya FRADO ABC.. Ada banyak gerai jual ABC, tapi yang ni yang kaw!! hehehee

Cuba tengok ABC dia.. hehehee

Ada krim coklat, laici, anggur, nata de coco, aiskrim, kacang tanah, kacang merah... sedap!!




Jumaat, 17 Disember 2010

ABC Paling Sedap yang pernah masuk perut saya.. heheehehe

Nyum.. Nyum... Bismillah...

Hati ini saya kirim makanan tengahari saya pada Khinam dan Kak Uji yang keluar makan ke Seksyen 2, Shah Alam. Kak Uji teringin nak makan ABC; saya tumpang sekaki order..


Tak sempat nak ambil gambar sebelum... Sungguh! Sedap!...

Ada aiskrim, anggur, potongan buah-buahan, kacang, cincau dan sewaktu dengannya.. Walaupunperut lapar tetapi ABC yang habis dulu.. Ngeh.. Ngeh