Jumaat, 6 Februari 2015

Ke Yaohan Kita! Road to Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia - Part 2

Sambungan daripada post terdahulu...


Melalui semakan di laman web Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, permohonan tuntutan boleh dikemukakan di alamat berikut:-

                                               Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
                                               Tingkat 16, Putra Place
                                               100 Jalan Putra
                                               50622 Kuala Lumpur
                                               Tel  :  03-4042 4181/4042 4194
                                               Faks : 03-4042 4259

Senang cakap kat Yoahan @ The Mall.. Korang tahu ke Yoahan @ The Mall ni? kih kih kih..

Semasa saya ke sana pada 28 Januari 2015 (Rabu) @ 1.00 tengahari, The Mall masih dalam proses pengubahsuaian.. Hati2lah kome2 yang nak ke sana ye.. Sebab keadaan sangat berdebu (simen, kayu, pasir) dan hanya 2 unit lif yang berfungsi (jenuh beratur ngan mat2 construction nak naik lif).

Sudah nasib badan, saya tidak membawa bersama salinan pendua resit berkaitan. Jadi kerana terpaksa aku rela mendapatkan khidmat mesin penyalin yang disediakan di Tingkat 32.. (Errrk??? Jenuh lagi tunggu lif dari Tingkat 16 ke Tingkat 32 kemudian turun semula ke Tingkat 16.. Dah macam apa..dahlah dua unit lif je berfungsi).

Pada hari berkenaan pula, mesin penyalin rosak.. (Rosak????? Warghhhh..)

Saya dimaklumkan bahawa kalau perlu buat salinan pendua, kedai di seberang The Mall ada menyediakan perkhidmatan berkenaan.. (Oh tidak!!!. )..

Kerling pada jam tangan, waktu dah hampir pukul 2.00 petang.. Waduh.. waduh... Dah kena masuk pejabat semula ni..  

Saya kembali ke kaunter pemfailan dan mengisi borang aduan pelanggan berkenaan penambahan arahan membawa salinan dokumen berkaitan hendaklah dinayatakan di Borang 1 supaya tidak menyusahkan pelanggan. (ha ha ha...)

Jadi sebelum ke sana,pesanan khidmat masyarakat - sila pastikan semua resit/dokumen sokongan tuntutan telah dibuat salinan pendua yang perlu dikemukakan bersama Borang 1 (Penyata Tuntutan). Sebab dalam Borang 1 berkenaan tidak dinyatakan keperluan untuk mengemukakan salinan resit/dokumen yang berkaitan semasa mengemukakan tuntutan. Saya sendiri terkena sebab menyangkakan salinan hanya akan diminta semasa hari bicara dan memandangkan sekarang ini konsep paperless sudah mula digunapakai. 

Mujur petugas kaunter membantu membuat salinan pendua selepas dimaklumkan mesin penyalin di Tingkat 32 rosak.

Yang best lagi... yuran pemfailan adalah sejumlah RM5.00 yang perlu dibayar di Kaunter Pembayaran di Tingkat 20.. (DAH KENAPA TAK BUAT SAMA LEVEL??????) Jadi... sekali lagi kerana terpaksa aku rela berkongsi lif dengan mat2 construction... Tingkat 16 ke Tingkat 20 dan turun semula ke Tingkat 16 untuk mendapatkan urusan seterusnya.

Diringkaskan cerita, semua urusan selesai lebih kurang jam 2.30 petang.. Tarikh pendengaran kes adalah pada 5 Mac 2015 @ 9.30 pagi.. 

Tunggu update ye...

Road to Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia- Part 1

Pada 30 Dis 2014, kereta Iswara kami dihantar ke Bengkel X yang terletak di Batu Caves bagi servis rutin iaitu menukar bearing dan altenator. Keseluruhan kos adalah sejumlah RM258.00.



Resit Servis pada 30 Disember 2014

Pada 31 Dis 2014 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Putrajaya selepas tol Sungai Besi, tiba-tiba suhu kereta naik mendadak dan wiper bergerak terlalu laju sehingga tercabut. Encik suami memberhentikan kereta di bahu jalan dan dengan segera mengeluarkan bateri kereta. Seterusnya, kereta kami ditunda oleh Syarikat Insurans, Takaful Ikhlas Bhd ke Bengkel X. Khidmat selepas jualan Takaful Ikhlas Bhd. sangat baik.

Pada 2 Januari 2015, kami memaklumkan kepada Bengkel X berkenaan situasi yang dihadapi.  Memandangkan altenator yang baru diganti masih dalam tempoh warranty 3 bulan. Bengkel X mengakui altenator gagal berfungsi menyebabkan suhu naik mendadak dan turut menyebabkan komponen elektrik kereta kami rosak.

Memandangkan kerosakan kereta kami disebabkan altenator yang gagal berfungsi, saya menuntut agar kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Bengkel X. Namun, Bengkel X enggan dan menyatakan kegagalan altenator adalah kesalahan pembekal bukan mereka. Disebabkan itu kos kerosakan yang terpaksa kami tanggung adalah sejumlah RM825.00.






Resit Kerosakan pada 02 Januari 2015


Ekoran tindakan Bengkel X mengenakan caj ke atas kerosakan kereta yang disebabkan oleh kegagalan altenator berfungsi dengan baik, kes ini kami panjangkan keTribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).