Khamis, 2 Ogos 2012
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (ICU Selangor, JPM) Dalam Kenangan
Jumaat, 27 Julai 2012
Suasana Kerja Baru
Jarak tempat bertugas kali ini lebih hampir dengan kediaman saya, cuma sepuluh kilometer; berbanding dengan jarak ke pejabat dahulu sejauh 33 kilometer. Saya masih bermotosikal le tempat kerja, dengan keadaan sekarang, hamil 22 minggu cahaya mata kelima. Hehehe, praktikal dan yang penting, saya lebih gemar menunggang daripada memandu. Lebih-lebih lagi dengan keadaan trafik yang padat.
Buat masa ini, saya masih meletakkan motosikal saya di luar pagar MINDEF, disebabkan saya masih belum memiliki pelekat kenderaan. Dari tempat letak motosikal ke pintu masuk Kaunter D, bangunan Wisma Pertahanan, jikalau saya berjalan ala kartun akan ambil masa lebih kurang tiga minit sahaja. Dengan gaya lenggok mak minah, lebih kurang lima sehingga sepuluh minit untuk sampai ke pintu masuk, Kaunter D.
Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di ruang legar lobi Wisma Pertahanan ini, antaranya, kafe, Affin Bank Berhad, ATM BSN dan ATM Affin Bank. Kafe di sini menyediakan pelbagai juadah, antaranya, nasi campur (lauk-pauk beserta sayur-sayuran yang pelbagai), yong tau foo, makanan barat, kuih-muih dan sebagainya.
Kemudahan Pejabat Pos terletak di luar MINDEF, tetapi tidak sampai satu kilometer. Masjid Khalid Al-Walid juga terletak berhampiran MINDEF. Masjid yang menjadi tumpuan terutamanya untuk sholat Jumaat.
Alhamdulillah, suasana kerja di sini baik dan unit saya bertugas sentiasa sibuk. Bos saya pun, alhamdulillah baik dan memahami; wanita warga kota. Rakan sejawat saya, lelaki, orang Kelantan. Anak buah di unit saya, Puan Safariah (CC), Kak Zu, Kak Liz, Kak Ani, Deena, Irma dan Cik Abu. Baru-baru ini (23 Julai 2012), seorang pegawai sambilan harian lapor diri, Asnita namanya. Pernah bertugas di sini. Dapatlah juga saya menuntut ilmu daripada beliau, banyak perkara yang saya perlu belajar. Almaklumlah, ini pertama kali saya bertugas direct bawah kementerian.
Insya Allah, ada umur, diizinkanNya, saya lakarkan kisah yang lain pula...
Jumaat, 25 Mei 2012
MENTAL SUNGGUH!!!!!!
Sabtu, 28 Januari 2012
Kayuhan Bermula (Kayuhan ke Seberang Perak)
Suami : Subhanallah... cantiknya... Nanti kita kayuh g sini nak?
Saya : Pastu yang empat beradik ni? (anak2 kami)
Suami : Minta tolong Ina (adik suami)...
Rancangan suami tergendala, disebabkan adik ipar saya kesibukan.. Pada cuti Tahun Baru Cina (21-25 Jan 2012), sekali lagi kami pulang ke kampung. Maka pada 22 Januari, hasrat suami tertunai, itupun anak-anak kami diamanahkan pada adik ipar suami yang kebetulan pulang... Anak-anak ada geng..
Awal pagi, suami suapkan saya sesudu madu asli dan seteguk air kosong; alas perut katanya. Tepat 7.34 pagi, kayuhan bermula... 6km pertama, kami berhenti di Esso, beli 2 botol kecil air mineral. Kemudian menyambung kayuhan...
Suami merasmikan cendol pulut yang lemak berkrim disukai ramai; cuma RM2.00 je yeop...
Khamis, 5 Januari 2012
Sabah terletak di Jakarta?
Populasi monyet proboscis di Sabah semakin terancam
JAKARTA: Perluasan ladang kelapa sawit di Sabah dan Sarawak menyebabkan habitat spesies monyet proboscis semakin terancam dan jumlah mereka semakin menurun.
Monyet berbulu perang kemerahan, yang mempunyai hidung besar, hanya ada di Borneo, pulau yang dikongsi oleh Malaysia, Indonesia dan Brunei.
Namun, habitat mereka iaitu hutan paya bakau, selain hutan biasa yang semakin berkurangan, ditambah lagi dengan pemburuan haram menyebabkan populasi monyet ini di Sabah semakin berkurang.
Menurut kenyataan daripada Jabatan Perhilitan Sabah, hanya ada 6,000 ekor monyet ini, masih tinggal dalam lima populasi besar.
Jumlah monyet ini dalam satu populasi semakin berkurangan sebanyak 10 peratus setiap tahun.
“Saya bimbang dengan jumlah monyet proboscis yang semakin berkurangan. Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhilitan amat mengejutkan,” kata Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah, Masidi Manjun.
“Monyet proboscis sudah mendapat status ikon dan popular dikalangan pelancong sama seperti orang utan,” katanya.
Menurut Jabatan Perhilitan, pemotongan hutan dan menjadikan ladang kelapa sawit di sepanjang sungai paya bakau adalah penyebab utama jumlah monyet itu semakin berkurangan.
Pakar alam sekitar berkata, ladang kelapa sawit adalah ancaman terbesar kepada negara hutan hujan tropika seperti Malaysia dan Indonesia - yang menjadi pengeluar 85 peratus minyak kelapa sawit dunia. - AFP