Ahad, 13 November 2011

Kembar Indonesia Bintang Porno

KERATAN AKHBAR HARIAN METRO
KHAMIS; 10 NOVEMBER 2011

Menjadi rutin saya dalam perjalanan ke tempat kerja, saya akan singgah di Kedai Pak Mat untuk membeli surat khabar. Muka hadapan surat khabar Harian Metro menarik perhatian saya dengan tajuk kecil; Kembar Indonesia Bintang Porno.

Bukan mahu membincangkan pengisahan berita berkenaan, cuma hati terkilan apabila perkataan bintang digandingkan dengan perkataan porno. Apa kejadahnya?

Bukankah bintang merujuk kepada sesuatu yang baik, mulia, yang boleh ditauladan, yang bersinar? Bukankah sepatutnya bintang sinonim dengan segala kebaikan?


4 ulasan:

  1. slm kak, lama dh x post entry...dah dapat baby kan?
    bahasa ni kengkadang susah dimengertikan...

    BalasPadam
  2. wslm.. alhamdulillah bulan jun 2011... sibuk tak dan nak update...
    tulah kadang2 bahasa itu mengiktiraf benda tak sepatutnya

    BalasPadam
  3. Memang saya memandang jijik dengan Harian Metro disebabkan cara tarikan halaman muka hadapannya, yang kebanyakan penuh dengan unsur separa lucah, putar belit tajuk dan sebagainya.

    Saya rasa, pasti mereka (penulis-penulis Harian Metro ni) akan mendapat tuaian hasil tulisan-tulisan sebegini.

    Masakan dapat tuaian yang baik jika benihnya tidak elok.

    BalasPadam
  4. irhafiz: bukan setakat harian metro.. kebanyakan surat khabar arus perdana... bahasanya... manipulasinya... kadang2 halus betul

    BalasPadam