Isnin, 3 Januari 2011

Surat Cinta Buat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Geram!! Berikut adalah petikan surat cinta yang saya e-mel ke KKM...

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan temujanji saya yang dijadualkan pada hari ini (03 Januari 2011) telah ditunda dan hanya dimaklumkan kepada saya ketika saya hadir untuk pemeriksaan. Buat makluman tuan, saya telah mengambil cuti rehat memandangkan jarak tempat bertugas dan tempat pemeriksaan yang agak jauh.

3. Alasan yang diberi, doktor bertugas untuk imbasan kehamilan bercuti dan jawapan yang diberikan oleh jururawat bertugas amat mengecewakan. Beliau memaklumkan sepatutnya saya mendapatkan tarikh temujanji doktor pakar untuk pemeriksaan seterusnya. Di mana saya dimaklumkan pada 20 Disember 2010 oleh jururawat yang bertugas pada hari berkenaan bahawa saya perlu datang dua minggu selepas tarikh berkenaan iaitu pada 03 Januari 2011 untuk pemeriksaan lanjut. Malahan, saya tidak diarahkan untuk mendapatkan tarikh temujanji di kaunter hadapan klinik.

4. Berikut adalah nota yang diketipkan di dalam Buku Rekod Kesihatan Ibu milik saya:-

KEPUTUSAN PEMERIKSAAN ULTRASOUND

Tarikh Scan: 20/12/2010
Jangkamasa Kandungan: 20/52 + 5/7
Presentasi: Breech
Uri: CRL 13W 3D
B.P.D: -Pt Sure of dates
F.L: -
Denyutan Jantung Janin: To rpt scan in 2/52
Dr Soma Bavani(41165)
Pegawai Perubatan (UD48)
Klinik Kesihatan Batu

5. Buat makluman tuan juga di ruangan komen, pada hari ini ditambah catatan pada ruangan komen nota berkenaan dan pada buku; "by FMS".

6. Diharapkan situasi ini dipantau di mana terdapat memo peringatan yang di tampal di dinding klinik yang menyatakan;

SETIAP KLIEN PERLU MEMATUHI TARIKH LAWATAN KE KLINIK MENGIKUT TARIKH DAN WAKTU YANG DIBERIKAN BAGI MENGELAK MASALAH. JIKA TIDAK DAPAT HADIR KE KLINIK, SEGERA TELEFON KE KLINIK UNTUK TARIKH TEMUJANJI YANG BARU.

7. Merujuk kepada Memo di atas; apakah pula tanggungjawab klinik sekiranya tidak dapat "mematuhi" tarikh lawatan ke klinik bagi mengelak masalah?

Sekian, terima kasih.

6 ulasan:

  1. sbr2 kak..biasala tu klu kita xdtg mcm2 diorg kta...sy pn mcm mls je nk g checkup esok...

    BalasPadam
  2. tulah sabar je.. e-mel di derang dah terima dan tengah siasat

    BalasPadam
  3. hu yoo..kalau org len mesti senyap jer..

    BalasPadam
  4. qhie: dah panas hati sangat... selalu terkena... macam2 hal..

    dah amik cuti pulak tu.. ingat senang2 orang nak cuti? hehehe

    BalasPadam
  5. nora: haha.. KKM dah respon, doktor ngan sister pun dah call.. cepat gak.. dalam seminggu dah ada respon..

    BalasPadam