Selasa, 26 Oktober 2010

Jumaat @ 22 Oktober 2010 = 18 Zulkaedah 1431H; Saya Bahagia

Jumaat yang lalu saya bercuti. Niatnya nak tunaikan permintaan emak saya untuk membeli Amanah Saham Bumiputera. Takdirnya pada hari sebelumnya, emak saya demam yang agak teruk. Jadi bolehlah saya bawa emak saya ke klinik.

Apabila sudah bersedia, saya maklumkan pada emak.

Emak: Anak-anak dah siap?

Saya terpinga mendengar soalan berkenaan kerana kebiasaannya apabila ke mana-mana dengan emak, saya akan menunggang motor. Manakala, anak-anak akan dijaga oleh jiran yang akan bertandang di rumah tatkala kami keluar.

Saya: Nak bawa ke? Naik kereta?

Emak : Yelah.. siapa pula nak menjaganya?

Hati saya berbunga riang. Kenapa?

Saya sudah memiliki lesen kereta sejak tahun 2005. Itulah kali pertama emak saya sudi naik kereta yang saya pandu. Hahaha. Sebelum ini kalau saya pelawa, emak pasti cakap;

'Tak nak aku, naik motor lagi bagus.. cepat sampai, cepat balik'

Hari itu juga mencatat sejarah apabila saya terlanggar tiang rumah semasa mengundur keluar dari perkarangan rumah. Sebab pandangan saya tidak lepas dari melihat sesusuk tubuh emak saya di hadapan rumah yang sepatutnya saya perhatikan cermin sisi.

Emak saya kata;

"Ai... hari-hari bawa kereta, hari ni pulak nak langgar tiang?"

Apa-apa jelah mak... Asalkan emak suka naik kereta ngan orang...Kata hati saya.

Yang pasti RM$$$$ melayang untuk baiki kereta. Suami saya siap bagi "tazkirah" berkenaan kemalangan itu.

Jadual perjalanan kami empat beranak;

1. Bank Simpanan Nasional - Emak keluarkan pencen
2. Pejabat Pos - Buka Akaun ASB
Layanan kakitangan kaunter masih mengecewakan selaku pelanggan; kurang budi bahasa dan kurang senyuman.

Sementara saya berurusan di Pejabat Pos, emak saya ke klinik bersebelahan.

Berikut gambar dua beradik di kaunter Pejabat Pos, Batu 4 1/2, 51100 Kuala Lumpur.






Yang sulung tidak ikut sama kerana berada di TASKI Kampung Batu Muda. Soalan dia kepada saya setelah mengetahui kami berempat keluar tanpa dia bersama;

"Mak kenapa tak tunggu kakak balik sekolah?" dengan ekspresi wajah berkerut. Hahaha... Sian dia kena tinggal...

2 ulasan: