Khamis, 4 November 2010
Kemalangan Jalan Raya di NKVE, 04 November 2010
Pagi ini, Khamis pukul 7.50 pagi dalam perjalanan ke pejabat; terdapat satu kemalangan yang membabitkan empat buah kenderaan. Tidak silap saya kereta Atos (dalam gambar) yang tayar belakang kanan hampir tertanggal, Proton Iswara Aeroback Merah, MyVi dan sebuah Honda. Kereta Honda berkenaan tidak dapat saya pastikan model apa.
Kejadian berlaku sebelum papan tanda di atas. Lebih kurang selepas susur keluar ke Damansara/Petaling Jaya. Di tempat kejadian, dua anggota polis sedang bertugas. Seorang mengawal lalu lintas dan seorang lagi sedang menyiasat. Baru sangat terjadi ketika saya melalui kawasan berkenaan. Tiada kehilangan nyawa atau kecederaan parah mengikut pemerhatian saya. Bak kata pepatah; Malang tidak berbau. Sekian, saya; Karam Singh Walia melaporkan terus untuk Buletin Utama. Hahahaha...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
k.anum berhati-hati semasa memandu..jgn mengambil gambar sambil memandu:P
BalasPadammRs FaR_eAsT: Hahahaha good advice... tadi pun tengok encik polis tu.. kang tak pasal2
BalasPadamhati-hati selalu..
BalasPadamInsyaAllah.. ingat org tersayang
BalasPadamsalam hanum,
BalasPadamhati2 masa memandu..aritu saya pun hampir kena langgar di bulatan pahang..syukur xdak apapa
cheedah: bulatan pahang tak serupa mcm pahang kan? sibuk ajer..
BalasPadammujur tak apa2.. alhamdulillah