Rabu, 3 November 2010
Semoga dianugerahkan kesihatan dan umur yang berkat
Pada 01 November 2010 (Isnin) yang lalu, emak saya minta dibawakan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Ekoran batuk-batuk yang dialami belum sembuh-sembuh sejak sekian lama. Ya Allah, kau kasihilah dia sebagaimana dia mengasihiku ketika kecil! Amin.
Disebabkan kami sampai lewat (lebih kurang 3 petang), doktor di bahagian pesakit luar dah penuh dengan pesakit. Jadi kami dinasihat ke Bahagian Kecemasan.
Menurut kata doktor, nafas emak berbunyi; saluran pernafasan dijangkiti kuman, alahan dan lendir (kahak) yang banyak. Ubat batuk biasa tidak memadai, jadi doktor beri ubat melalui topeng. Ubat tu macam wap yang disedut melalui topeng.
Mujur ada permainan di wad kecemasan, sekurang-kurangnya anak-anak saya dapat bermain.
Dan mujur ada televisyen... dapatlah anak-anak saya tonton kartun.. Ben 10..
Dalam pada menunggu di wad kecemasan, saya terpandang iklan Kad Permata Pusrawi. Ini kelebihan ahlinya yang saya salin dari laman web Hospital Pusrawi..
Kad PERMATA PUSRAWI adalah kad keistimewaan khas untuk pelanggan
berumur 55 tahun ke atas.
KELEBIHAN
Kemasukan wad:
15% diskaun harga bilik (2 katil & 1 katil)
10% diskaun ubatan dan suntikan
10% diskaun ujian di Makmal
10% diskaun ujian di Unit Pengimejan dan Diagnostik
10% diskaun caj Pakar
Rawatan pesakit luar:
10% diskaun ubatan dan suntikan
10% diskaun ujian di Makmal
10% diskaun ujian di Unit Pengimejan dan Diagnostik
10% diskaun rawatan Fisioterapi
Syarat – syarat:
* WARGANEGARA Malaysia sahaja
* pesakit/pelanggan yang membuat bayaran secara tunai
* untuk penama di atas kad sahaja
* pesakit/pelanggan yang berumur 55 tahun ke atas (mengikut tarikh lahir)
* tidak boleh dipindahmilik
* tiada yuran pendaftaran
* caj RM5 dikenakan bagi menggantikan kad hilang
* tidak boleh digunakan ke atas harga pakej
* ahli perlu mengemukakan kad ini di Kaunter Pendaftaran dan sebelum pembayaran dibuat
* segala kelebihan yang ditawarkan adalah tertakluk atas budibicara pihak pengurusan Hospital Pusrawi Sdn Bhd
* kad ini tidak berfungsi sebagai kad kredit atau kad caj-bayar
Saya terus mendaftar untuk emak... Dapat diskaun 10%.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Isteri dan anak-anak saya ada menghidapi Astma. Apa saya buat beli alat nebulizer untuk kegunaan dirumah. Bila serangan berlaku nebulizer tersebut boleh digunakan bila-bila masa. Saya cadangkan beli ubat astma bernama Combivent yang boleh didapati di farmasi berdekatan
BalasPadamterima kasih... doktor cakap emak saya bukan penghidap asma.. cuma alahan pada habuk..
BalasPadamkena elakkan habuk..