Pagi tadi (18 Oktober 2010/Isnin); dalam perjalanan saya ke pejabat, mata saya terarah ke sebuah motor kapcai cabuk. Kelihatan seorang ayah (pada hemat saya) sedang menggunakan segala kudrat menendang starter motor dalam usaha menghidupkan kembali enjin motornya.
Dalam rintik-rintik hujan yang sekejap menggila sekejap reda. Di atas motor, dua kanak-kanak berseragam biru tua dan berkemeja putih; duduk di dalam bakul dan di belakang ayahnya. Cuma berlindung dengan baju hujan. Kudrat ayah mereka sedaya-upaya menahan motor dan cuba menghidupkan enjin berkali-kali; di cerun bukit.
Tak semena-mena air mata saya bergenang. Tak putus-putus saya melihat cermin sisi sementara trafik agak perlahan kerana menghampiri lampu isyarat. Saya doakan semoga Tuhan mempermudahkan urusan mereka. Saya tertinjau-tinjau jikalau ada penunggang motorsikal lain menumpangkan dua beradik berkenaan. Ikutkan hati mahu sahaja saya turun mempelawa mereka.
Tika itu jua, saya terbayang anak-anak di rumah. Syukur alhamdulillah. Kami diberi kemampuan olehNya untuk mengupah orang menghantar anak sulung ke TASKI, emak saya yang menyiapkan anak ke TASKI dan anak-anak yang lain berada di bawah pengawasan orang yang paling saya kasihi...
Dan syukur, sebelum saya melepasi barisan panjang persimpangan tersebut, kelibat motor cabuk itu mendahului saya... Amin...
Kekadang kita lupa kita sebenarnya bertuah... Ya Allah...
awat panggil motor cabuk....panggil motor yang agak tua...hehhehe
BalasPadamlain ye motor cabuk ngan motor agak tua? hahahahaha apa2 jelah labu
BalasPadam