Selasa, 26 Oktober 2010

Sekiranya ku tahu....

NOUR ALHUSNA AHMAD AZLAN
Alhusna, anak ketiga saya, akan mencecah 2 tahun, Januari 2011 akan datang. Kecil-kecil pandai berdikari dan boleh diharap. Cuma bila datang angin manjanya.. kuss semangat... Hahaha..

Semalam semasa saya tiba di rumah, Alhusna dan Eimran telahpun tidur. Dalam pukul sebelas malam, tetiba Alhusna terjaga sehingga pukul 2.30 pagi. Merengek-rengek dan menangis. Puas segala benda saya ikhthiar... Pujuk, dukung, dodoikan, riba, buatkan susu... semuanya gagal.

Usaha akhir saya...

Saya: Husna jangalah nangis-nangis... Cuba cakap elok-elok Husna nak apa..

Tangis si kecik berhenti sebentar... Sepasang mata yang kemerah-merahan dek kerana menangis itu memandang saya tetapi masih membisu.

Saya: Husna nak makan? Jom pergi dapur ye..

Bingkas Husna bangun.. Dalam hati saya, lapar ke anakku ini. Saya pimpin tangan kecil ke dapur. Si kecil saya lapar rupanya, pukul 2.30 pagi tadi, Husna makan nasi dan mihun goreng. Hahaha kalau saya tahu Husna lapar mesti awal-awal lagi ke dapur..

Memang kebiasaan saya balik kerja akan menyuapi anak-anak makan. Mereka walaupun sudah makan bersama nenek atau bapanya, kalau saya makan mesti mengendeng sama.

Kasihan Husna... Ini keadaan dia selepas makan..


Jam 3.00 pagi, tidur sambil peluk teddy bear... Mimpi indah anakku...

4 ulasan:

  1. MamaAizara: Anak2 memang cukup comel bila tido.. bila buat perangai... maknya yang hilang comel hahaha

    BalasPadam
  2. alololo...syian dia nak makan memalam. dan makan elok kenyang tido eh

    BalasPadam
  3. PnStoberi: Itulah pasalnya... maknya tak terfikir plak Husna nak makan nasik pagi2 buta cenggitu..Ingatkan lapar susu ke, sakit perut ke..

    BalasPadam