Rabu, 1 September 2010

Iftar di Masjid Putrajaya @ 11 Ogos 2010



Entry ni lambat saya buat. Entah mengapa baru hari ni dapat saya kongsi bersama. Hari pertama puasa, saya diuji apabila dimaklumkan saya dikehendaki bertugas di Kelantan. Tanpa mengetahui jajahan mana kerana Kota Bharu tiada kekosongan. Berderai air mata saya. Sayu apabila terkenangkan anak-anak. Teringat lagi sesudah tamat kursus lebih kurang seminggu saya di Kluang, anak-anak macam tak keruan. Lebih-lebih lagi Husna yang masih menyusu badan walau tidak sepenuhnya. Itu baru sekejap, inikan pula terus bertugas di sana. Ya Allah! Tabahkan hati hambaMu. Saya bukan keberatan untuk ke sana. Cuma suami tidak dapat turut bertugas ke sana.

Agak lama saya berjumpa dengan Pengarah saya, Tuan Haji Nordin Buyau. Merayu dengan linangan air mata. Lebih kurang pukul enam lebih baru selesai. Sesudah sholat Asar dan emosi saya agak tenang, saya kerling jam di dinding surau, hampir pukul tujuh malam. Akal saya mencongak kalau saya bergerak pulang ke Kuala Lumpur dari Putrajaya, rasanya saya tidak berkesempatan berbuka bersama keluarga. Kemudian, saya maklumkan pada emak dan suami, saya ada sedikit kerja dan pulang lewat (tanpa bercerita makluman penempatan saya).

Hendak dijadikan cerita, dompet saya yang ditumpangkan pada kawan saya, terlupa untuk saya minta kembali. Sehelai sepinggang saya menuju ke rumah Allah yang berhampiran. Saat itu terasa kerdil dan lemah. Saat itu juga saya motivasikan diri saya. Saya cuma diuji sedikit cuma. Sabar wahai jiwa, sabar wahai roh, sabar...


Sementara ,menanti waktu berbuka dan cuba mengalih jiwa saya ke sesuatu yang lain, saya menghalakan lensa kamera saya ke sudut-sudut tertentu. Hasilnya;



Pemandangan Masjid Sultan Mizan dari kejauhan, serambi Masjid Putrajaya.



Ini juadah yang disediakan.. Juadah ini ringkas cuma sebelum dihidangkan nasi dan lauk-pauk secara buffet selepas sholat Maghrib.



Pemandangan kaki lima..






Kakitangan katering...




Antara tetamu cilik rumah Allah bersama ibunya..

6 ulasan:

  1. anum ko keje katne??? government servant eik? klu aku kena transfer jejauh dr mak ayah aku sure aku taknak....hehehehe x biasa dok jauh dr mak ayah.

    BalasPadam
  2. Anum la ni kat Jabatan Perdana Menteri... Anum kalau time bujang, insya Allah gagahlah lagi untuk bertugas luar daerah.

    BalasPadam
  3. Sabar Kak Hanum, so mana penempatan yg sbnrnye ni?

    BalasPadam
  4. Chup: Tu awal2 dulu... La ni ditempatkan sementara di Putrajaya sampai akhir Oktober sebab ada special project (star rating). November bertugas di Shah Alam.. Insya Allah...

    BalasPadam
  5. Salam..
    Thanks singgah umah saya tadi..so saya singgah balik umah awak.
    Ni bes nih..dpt ramai lagi kawan blogger yg keja kerajaan. hik hik.. :))

    BalasPadam
  6. puanstoberi: keje di mana ek?
    terima kasih sudi singgah :)

    BalasPadam