Isnin, 19 Julai 2010

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) - 2005-2010




Diam tak diam sudah lima tahun saya berkhidmat di MyIPO. Hari ini saya cuti sakit, demam semenjak Jumaat lalu. Menurut doktor sekiranya saya masih belum sembuh pada hari esok, ujian darah akan dibuat. Esok juga hari terakhir saya berkhidmat di MyIPO. Jadi saya catatkan sedikit-sebanyak yang terdaya memori saya di sini.

14 Februari 2005

Saya melangkah kaki ke Unit Audit Dalam sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS). Berkongsi segalanya dengan Kak Ainun, Wan Rozline, Farah Raina, Faizal dan Ramzi. Kami berenam PKS. Seronok. Bab kerja tiada masalah. Kami buat sama-sama. Yang seronok bab makan! Kenapa? Suami Kak Ainun rajin memasak (kedua-duanya orang Kelantan). Seringkali kami menjamah bekalan Kak Ainun, suaminya siap masak lebih. Hahahaha... Menunya bertukar-ganti, nasi goreng, mee goreng, mihun goreng dan banyak lagi (tak teringat saya dibuatnya). Wan pula orang Pantai Timur juga cuma dia dari Terengganu. Hobi Wan masak pencuci mulut. Jadi menu kami berenam pasti tak lepas daripada sentuhan air tangan Wan. Serbaneka puding, kuih-muih, kek, tart, ntah apa-apa lagi yang dibawa semua berjaya kami "selamatkan". Ramzi pula orang Negeri Sembilan, emaknya rajin buatkan bekalan, yang kenyang pastinya kami.. Faizal dan Farah kami panggil tukang order.. hahaha... sebab suka order, terutamanya order untuk saya masak. Nak burger, nak makaronilah, nak nasi lemak ayam kampunglah... sayalah yang kena masak.. Tapi seronok... Rindu pada mereka semua! Cuma Faizal masih kekal berkhidmat di MyIPO. Yang lain, sudah berubah haluan.

14 Disember 2005

Bertugas pula di Unit Submission, Bahagian Cap Dagangan. Namun, masih berurusan dengan Bilik Fail. Dahulu bab audit fail paten dan cap dagangan. Kali ini, masukkan surat terima ke dalam fail-fail cap dagangan. Masa ini, saya sudah bergelar isteri orang dan sedang hamil anak sulung. Di unit ini, saya kenal Ally, Niza, Siti, Rozita, As, Norul, Wiz, Ein, Haiza dan ramai lagi. Waktu itu saya sering berehat di surau MISC, di aras 15 sekiranya tekanan darah saya rendah. Di surau, saya mengenali Kak Zalina, Kak Pah, Shamsul Azila dari Unit Paten.

16 Ogos 2006

Di kala ini, saya sedang sarat mengandung, rezeki ketentuan Ilahi, bermula dengan PKS, saat itu saya mendapat tawaran jawatan Penolong Pegawai Hal-Ehwal Ekonomi. Bertugas di Bahagian Reka Bentuk Perindustrian (ID)sehingga kini. Hati saya menangis tika ini. Tiada lagi gurau kawan-kawan ID, Nana, Sally, Nassir, Donut, Syuk, Zul, Zam, Nasrul, Kakak Phelo, Che Lah, Saf, Afiza, Abang Rashid, Liza dan Kak Maya. Tidak lupa buat bos ID, En. Faiiz dan Cik Teh.

Terima kasih semua. Buat nama yang tidak saya nyatakan bukan bermaksud saya lupa. Cuma tak terdaya dan tak beridea saya yang masih lagi demam ini. Mana mungkin saya lupakan kalian.

Pinta saya, doakan urusan saya dipermudahkan olehNya... Maafkan segala kesilapan saya...

Saya sayang semuanya... Jumpa lagi :(

5 ulasan:

  1. huhu~ asal org plak yg sedey ni haa..
    adehh sensitif la plak..
    stp yg b'mula pasti akn b'akhir..
    cume xtau bile akn b'laku..dlm sdar or xsdar..
    stp p'temuan akn ade p'pisahan~

    pape pn h0pe k.anum tbh n terus maju oke..
    All the best to u..
    h0pe segala urusan dipermudahkan olehNya (^_^)

    *org pn mtk maaf jgk ye if ade t'slh tutur kata :D PEACE v

    BalasPadam
  2. hurm~
    ni yg sedih sme ni. Pasni sape nk sakat org? sape nk trik2 kusi? sape nk wakaf2 brg? sape nk bling? ouh sad sad n sad.
    btw, org hope ktne pn pnempatan k.anum pasni akn more btter thn now la...
    nnt ade post 0 jgn lpe helo2 org k.
    huhu

    BalasPadam
  3. Dulu pun sya duk Unit Audit Dalam tapi di AG..
    Bila kena tukar rase sedih sgt, tapi semua tu pasti ada rahmat & hikmah di sebaliknya...

    BalasPadam
  4. Yatie: Terima kasih...
    samalah... akak pun minta maaf ek...

    Chups: takpe yang penting "azam" thn baru akak utk nyakat ko terhenti stakat Jul 2010. Hahahaa... Aman sikitkan? Jaga diri.. blajar2 makan buah2an, sayur2an... kang demam jer memanjang hahaaha (kan dah start berleter :P)

    post 0? ada ... ada... ada... tu kat tempat akak hahaahaha


    mama Aizara : BETUL, BETUL, BETUL... Tengah blaja sesuai ngan suasana baru

    BalasPadam
  5. agak-agaklah kt tempat akak, dip xdok ni

    BalasPadam