Ahad, 13 November 2011

Kembar Indonesia Bintang Porno

KERATAN AKHBAR HARIAN METRO
KHAMIS; 10 NOVEMBER 2011

Menjadi rutin saya dalam perjalanan ke tempat kerja, saya akan singgah di Kedai Pak Mat untuk membeli surat khabar. Muka hadapan surat khabar Harian Metro menarik perhatian saya dengan tajuk kecil; Kembar Indonesia Bintang Porno.

Bukan mahu membincangkan pengisahan berita berkenaan, cuma hati terkilan apabila perkataan bintang digandingkan dengan perkataan porno. Apa kejadahnya?

Bukankah bintang merujuk kepada sesuatu yang baik, mulia, yang boleh ditauladan, yang bersinar? Bukankah sepatutnya bintang sinonim dengan segala kebaikan?


Khamis, 13 Oktober 2011

PERKHIDMATAN NOTIS PERINGATAN TARIKH TAMAT LESEN MEMANDU DAN LESEN KENDERAAN MOTOR (CUKAI JALAN) MELALUI MYSMS

Mudah je zaman sekarang ni...

Siap ada sistem untuk ingatkan tarikh tamat lesen memandu dan cukai jalan...

Hanya perlu menyertai komuniti rakan MySMS dengan mendaftar sebagai ahli melalui cara berikut:-

Taipkan MYSMS [Nama Penuh] [No KP]
SMS ke 15888

Rabu, 10 Ogos 2011

Petua elak Jaundis


Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak keempat pada 30 Jun 2011 (Khamis). Pada entry yang lepas saya ada siarkan keratan Utusan Malaysia berkenaan Jaundis @ Kuning.


Ahmad Husaini Ahmad Azlan

Alhamdulillah anak keempat saya tidak mengalami jaundis yang teruk. Normal, kata doktor. Anak ketiga saya langsung tidak menghidapinya.

Petua yang saya dapat melalui internet adalah semasa mengandung amalkan makan buah delima.


Buah Delima (ehsan En. Google)

Saya suka makan delima yang macam dalam gambar tu... sebab isinya tebal dan bijinya kecil, senang nak kunyah. Kalau tak dapat buahnya, saya beli air delima. Saya minum air delima jenama Pokka dan Marigold Yogurt.



Air Delima Jenama Pokka (Ehsan En. Google gak)


Semasa mengandung anak keempat, agak susah saya mendapatkan buah mahupun air delima. Mungkin sebab itu terkena sikit kuning. Berbanding semasa mengandung anak ketiga, boleh dikatakan bekalan tak pernah putus. Wallahu'alam