Khamis, 2 Disember 2010

Seorang Lelaki Tua di Perhentian Bas

Setiap hari ke tempat kerja saya akan melalui Jalan Kuching menghala ke Pusat Bandar sebelum masuk ke susur NKVE. Setiap pagi jua akan kelihatan seorang lelaki tua berbangsa Cina setia di perhentian bas ini.

Anehnya lelaki tua ini saban hari memakai pakaian yang sama, berkemeja coklat dan berseluar katok. Di tepi perhentian bas itu juga terdapat sebuah motorsikal yang kelihatan uzur. Yang anehnya juga, terdapat beberapa tayar dan tiub tayar sentiasa bersangkutan di handle, bakul dan tempat duduk belakang. Mungkinkah lelaki tua itu pemilik motorsikal berkenaan?

Terlintas di hati, bagaimanakah zaman tua saya nanti?

Di manakah waris lelaki ini? Anak, isteri mahupun adik-beradik yang lain? Mengapakah saban hari dia setia berada di sana? Siapakah yang dinanti?

Di tengah kepesatan jalan raya dan kesibukan kita mengejar dunia, adakalanya kita terlepas saat untuk menikmati kehidupan dan menghargai orang di sekeliling kita.

4 ulasan:

  1. tu agaknya org yg amik upah tukar tayar kut. kalo ada memana org yg bwk motor pancit ke apa ke kut kan.
    Kan salu kat tetepi jalan tu ada no tipon nak call kalo tayar pancit..pagi kan ramai org nak pi keja..so dia stenby la situ.
    Tu andaian saya la..tatau la apa yg sebenarnya :))

    BalasPadam
  2. a'ah kot.. tapi sian tgk dia.. hari2 baju cam tu.. senyum memanjang..

    BalasPadam
  3. HAAHLA KAK, SY RASA PN ORG YG KEJE DIA TUKA TAYAR MOTO PANCIT. KAYA TAU ORG MACAM NI, SBB DEPA CHARGE MAHAI...

    BalasPadam
  4. mama aizara: tulah mula2 tengok sian sangat.. tua dah apek tu..baju sama je dia pakai..
    tapi.. poket berisi taknya?

    BalasPadam