Khamis, 18 November 2010

Kenapa Perlu Berbohong?

Kehidupan ini dikelilingi 1,001 jenis manusia. Adakalanya saya kurang selesa dengan sikap segelintir yang suka berbohong. Berikut beberapa situasi yang pernah saya lalui dan terkilan dengan sikap mereka yang suka berbohong.

Situasi 1


Dua hari sebelum Hari Raya Aidil Adha 2010, rumah kami dikunuungi seorang lelaki yang mendakwa menjual barangan kayu buatan tangan dari Kashmir. Jam, Asmaul Husna, ayat-ayat Al-Quran terukir indah di kayu Zaitun. Kali pertama bertandang pada hari berkenaan, beliau disambut emak saya.

Lelaki A: Can speak English?
Ujarnya berkali-kali pada emak, saya berselindung di balik dinding kerana belum sempat mengenakan tudung.

Emak: Tak.. Tak .. Tak mahu
Balas emak sambil menggeleng-geleng kepala.

Lelaki itu pun berlalu pergi.

Kemudian, ketika saya ke bilik air, anak sulung saya menjerit-jerit dari luar memanggil saya. Dalam hati; Apa kena pulak ni?

Nour: Mak... Mak... Nenek panggil...
Saya menuju ke belakang rumah. Tiba-tiba emak saya menghulur RM10..

Emak: Sedekahkan kat dia..

Mata saya mencari "dia" yang emak maksudkan.. Rupa-rupanya lelaki tadi berkunjung semula. Dan pastinya emak saya rimas melayan karenahnya yang tidak habis-habis mengulang-ulang ayat; "Can you speak English?"

Ketika menghampiri lelaki tadi, skrip sama masih diujarkan kepada saya. Saya pun menggeleng-gelengkan kepala. Malas nak layan. Sengaja saya mulakan perbualan dengan Bahasa Melayu.

Saya: Tak pe.. tak pe.. Saya tak nak beli.

Lelaki A: Tolonglah, saya bawa barang-barang Kashmir. Mereka ada perang...
(Aik... boleh pulak cakap Melayu??? Hati saya geram... terus potong cakap)

Saya: Tahu.. tahu.. Ada barang harga RM10?

Lelaki A: Tiada.. Yang ini RM45, ini bekas buah-buahan RM....
(Ujar lelaki berkenaan sambil mengeluarkan barang jualannya)

Saya: Maaf saya tak ada duit nak beli...
(Itu kenyataan sebenarnya.. Saya baru sahaja membeli barangan keperluan harian dan lebaran.. Jadi duit di tangan tiada banyak bersisa)

Lelaki A: Tolonglah, ini 29 kg..
(Lelaki itu masih merayu... mengatakan barangan yang dibawa berat)

Saya: Maaf.. Ini sedekah sahaja yang boleh saya bagi..
(Saya hulurkan duit sedekah emak)

Keesokan paginya, lelaki tadi datang lagi... Saya ingatkan semula; dia pernah datang semalam.

Hai... kenapalah perlu berbohong.. Kalau boleh bertutur Bahasa Melayu kenapa perlu berpura-pura?

Situasi 2

Kala ini saya baru tamat belajar dan mencari-cari peluang pekerjaan. Helaian akhbar jadi sumber rujukan. Melihat kepada tawaran kerja yang berhampiran rumah; saya pun menghantar permohonan. Tidak lama selepas itu, saya dipanggil untuk temuduga. Tanpa disangka, saya dipanggil bertugas. Hati berbunga riang dan bersemangat melangkah.

Harapan yang tinggi menggunung hancur berkecai. Setiba di pejabat berkenaan, mata saya terpandangkan helaian kertas yang amat dikenali, helaian salinan sijil dan ijazah saya bertaburan di mesin pencetak. Apa hal ni? Susah-payah saya sediakan semua dokumen berkenaan, tidak pentingkah kelayakan itu semua? Hati yang panas bertambah panas. Saya dan seorang lagi calon yang melapor diri dimaklumkan akan dibawa ke site office di Klang.

Saya masih bersabar. Dengan menaiki kancil putih, kami berdua di bawa oleh dua orang kakitangan syarikat berkenaan ke Klang. Pelbagai soalan yang saya ajukan, namun gagal mendapat jawapan yang tepat dan jelas daripada mereka.

Setiba di Klang, kami disuruh mengikut senior. Kami berpecah dua kumpulan. Saya dibawa dari kedai ke kedai. Rupa-rupanya mereka menjual sistem keselamatan ADT.



Sakit betul hati. Jawatan yang diiklan dan yang saya pohon bukanlah jurujual langsung. Kenapa tipu kami?

Sekitar tengahari, dua orang lelaki Cina itu maklumkan untuk makan tengahari. Saya pula khabarkan pada mereka, ingin ke masjid berhampiran. Saat itu baru saya berpeluang berbual dengan seorang lagi yang senasib saya. Kami sakit hati dan tidak akan datang kerja esok hari.

Situasi 3

Tatkala saya menyewa di Seksyen 6, Shah Alam semasa melanjutkan pelajaran, kami didatangi seorang lelaki. Beliau mendakwa pelajar jurusan pemasaran dan sedang membuat praktikal. Beliau merayu-rayu membeli barangan elektrik yang dijual. Kononnya ia merupakan markah praktikalnya. Saya yang lurus bendul, mengeluarkan duit pinjaman PTPTN berjumlah hampir RM2 ribu. Saya beli penapis air dan penyedut hampagas serbaguna. Emak saya cukup marah.

Selepas dinilai semula, memang tak padan harga dan barang. Tapi cukup untuk dijadikan pengajaran buat saya.

Mungkin kawan-kawan ada pengalaman seperti saya.

15 ulasan:

  1. emmm, bahaya juga nih,.
    hoho,harap entry ni tak kena kat saya,hihi.
    beselah raya2 ni
    (alasan)

    BalasPadam
  2. izmer: yang penting dalam kehidupan adlah kejujuran, bukan sahaja dalam perniagaan tetapi dalam kehidupan seharian.. Insya Allah berkat hidup

    BalasPadam
  3. kadang sbb ada org nipu nipu ni la kita jadi tak percaya pada org yg betul2 dlm kesusahan kan??

    BalasPadam
  4. PuanStoberi: betul! Susah nak beza.. nk tolong rasa salah; tak tolong lagilah...

    BalasPadam
  5. emmm, di KB ni ada je orang minta derma. Takat rm5 tu boleh la lagi,..
    bagi takat mampu, w/pon kita ditipu InsyaAllah Allah kira niat baik kita.

    BalasPadam
  6. Ibnu Mutalib: Selalu memang mereka tidak dihampakan, bagi takat mampu.

    Namun yang ini bukan kes minta derma; tapi kes berniaga tapi bohong...

    BalasPadam
  7. Salam. Ramai manusia jenis ni. Merata2..ada je mereka

    BalasPadam
  8. erkkk... btl la tu. nape nk kn bbohong yerk... x baik n dh sah2 bdosa.

    BalasPadam
  9. salam pn safinaz,
    tahniah krn pn telah memenangi teka-teki siri 5/2010 yg tlh BR anjurkan. sila berikan no hp pn utk ditopup mengikut nilai hadiah yg telah dijanjikan (RM10). email BR: shabramli@gmail.com
    t kasih.

    BalasPadam
  10. Kena banyak bersabar ini sebahagian asam garam kehidupan yang mematangkan kita :-)

    BalasPadam