Rabu, 13 Oktober 2010

Panduan Menunggang Motorsikal - Bahagian II

Sambungan daripada tulisan terdahulu; Panduan Menunggang Motorsikal - Bahagian II. Ini lebih menjurus kepada motor kapcai kerana motorsikal ber-cc tinggi jarang empunya motor mengabaikan penjagaan/disiplin asas ini.

1. Lampu signal
Pastikan lampu signal berfungsi dan sila gunakan ianya apabila hendak menukar laluan. Lampu signal bukanlah sekadar hiasan di motorsikal; ianya perlulah dimanfaatkan.

2. Lampu hadapan
Pastikan ianya bernyala kerana sinaran lampu pada cermin kenderaan lain membantu sebagai tanda ada motorsikal berhampiran. Hatta di siang hari, pastikan ianya dinyalakan.

3. Lampu Brek
Sebagai keselamatan tambahan bagi pengguna lain untuk melihat kita dari belakang lebih-lebih lagi dalam suasana awal pagi, hujan mahupun malam.

4. Brek
Cengkaman brek hendaklah diperiksa selalu untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.

5. Tayar
Tayar motorsikal juga penting untuk tunggangan yang selamat. Periksa bunga tayar dan tentukan ianya ditukar apabila telah botak. Kadar angin bagi tayar juga perlu kerap diperiksa.

Sekiranya kita sering bergerak dalam jarak yang jauh, adalah lebih baik tayar ditukar kepada tayar mati (tubeless). Tayar mati kurang risiko untuk pancit dan ianya lebih selamat.

6. Cermin sisi
Cermin sisi bagi sesebuah motorsikal merupakan keperluan dalam komponen keselamatan. Cermin sisi memberikan pandangan kepada penunggang berkenaan keadaan di belakang bagi sisi kiri dan kanan. Kerapkali saya perhatikan motorsikal hanya mempunyai sebelah sahaja cermin dan selalunya tiada langsung. Cermin sisi membantu kita membuat tindakan sewajarnya. Terutamanya untuk menukar haluan atau melihat kenderaan yang datang menghampiri kita.


7. Nombor plat
Pastikan nombor plat pada motorsikal dalam keadaan sempurna dan mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Kegagalan untuk memastikan kesempurnaan nombor plat bisa membahayakan kesihatan poket anda.

Sekiranya anda menggunakan motor dua lejang yang memungkin nombor plat anda berjelaga, sila bersihkannya secara kerap.


8. Minyak Motor
Walau setara mana pun kejelitaan motor anda, sila pastikan tangkinya mempunyai minyak. Kehabisan minyak di laluan yang tidak sepatutnya (selekoh, jalan sunyi, lebuh raya, laluan motorsikal) boleh meletakkan nyawa kita dalam bahaya. Situasi kita menolak motorsikal tatkala kenderaan lain memecut memungkinkan kita tidak sempat dielak daripada dilanggar. Oleh yang demikian, sekiranya kehabisan minyak dan kita terpaksa menolak ke stesen minyak berhampiran; adalah lebih sesuai kita melawan arus trafik. Dengan melawan arus trafik kita dapat melihat kereta yang datang ke arah kita. Sekiranya stesen minyak jauh dari lokasi, minta bantuan daripada penunggang motorsikal yang lain.

6 ulasan:

  1. Bagus entry ni..tapi eda takkan bawak motor kot...
    lesen pon nak lesen kereta jer...
    takot la ...hehe..kurang keberanian..

    BalasPadam
  2. eda: bawa motor kena ada keyakinan di samping keberanian.. Nak2 kalau bawa di tengah2 KL

    BalasPadam
  3. thanks for sharing~

    Tunggang dengan cermat, Ingatlah orang yang tersayang. hehe.

    BalasPadam
  4. sayangnya kebanyakkan penunggang tidak mementingkan keselamatan sendiri malah pemandu kereta yg lebih sayangkan kereta mereka.

    kita dah dua kali tersinggul penunggang motor yg tidak sabar-sabar.

    BalasPadam
  5. cha: Payah nak cakap... pada pandangan saya punca kemalangan adalah sikap pengguna jalan raya sendiri, baik motor, kereta, lori mahu pun bas..

    minda kelas ketiga..

    BalasPadam