Selasa, 22 Jun 2010

Kejadian di Stesen Minyak Esso, Sentul

Al-kisahnya semalam balik keje, tengok meter minyak motor kesayangan dah kurang dari separuh. Jadi on the way balik rumah, singgah jap kat stesen minyak Esso.



Macam biasa, hampir semuanya ada kenderaan... ada dua aje yang kosong, saya pun pergi ke pam nombor empat. Di hadapan pam nombor empat, ada sebuah lori satu tan tengah diisi minyak, nozzle disangkut pada tangki.

Selepas bayar kat kaunter, saya berjalan menuju ke motor. Sedang saya mengisi minyak, alih-alih En. Lori (merujuk kepada pemandu lori di hadapan pam saya) dengan senang hatinya membuat satu panggilan telefon menggunakan handphone beliau. Saya pulak dengan susah hatinya melihat gelagat beliau. Alangkah sadisnya beliau boleh buat muka dak ajer.. Saya pulak terasa tangan menggigil dan terasa RM3 minyak makin lambat memenuhi tangki motor.

Terasa macam inginku back hand tulang rusuk En. Lori berkenaan. Tahukah dia menggunakan telefon bimbit sambil mengisi minyak merupakan aksi yang membahayakan diri sendiri, orang sekeliling dan kawasan yang sewaktu dengannya?

Tahukah anda semasa mengisi minyak, anda tidak boleh:-

1. Merokok
2. Menggunakan telefon bimbit (sms/call)
3. Keluar-masuk kenderaan (buka/tutup pintu)
4. Mengetuk2 nozzle pada tangki
5. Membiarkan enjin anda aktif

Antara kes-kes kemalangan yang dilaporkan (sumber-http://encikbeliau.com/)

1 December 2007

Sikap degil seorang pemandu kereta yang tidak menghiraukan peraturan ditetapkan di stesen Gas Asli Kenderaan (NGV) untuk tidak menggunakan telefon bimbit dipercayai menjadi punca tangki NGV kenderaannya meletup sebaik dia selesai mengisi gas.

27 Mac 2009

Seorang pemilik syarikat kuari nyaris maut apabila pam minyak di sebuah stesen minyak di sini terbakar ketika beliau sedang mengisi petrol ke dalam gelen plastik di belakang kenderaan pacuan empat roda miliknya.Kebakaran yang memusnahkan tiga pam minyak di stesen itu menyebabkan Chung Kian Seng, 33, melecur di muka dan lengan kiri.

2 Oktober 2009

Stesen minyak Mobil di Jalan Kota Baharu-Pasir Mas berdekatan bulatan kampung Pasir Pekan di sini musnah sebahagiannya dalam kebakaran yangberpunca dari sebuah kereta sedang mengisi minyak di pam stesen itu.Tidak dapat dipastikan sama ada enjin kereta itu hidup atau dimatikan.

Yang peliknya; selain kes semalam, saya pernah menegur seorang lelaki dalam aksi yang lebih kurang sama. Jawapan selamba yang diberi; ala... kejap je.. (kalau yang kejap tu boleh menyebabkan kebakaran, cam ner?). Sanggup gadaikan nyawa???

4 ulasan:

  1. sy slalu ketuk2 nozzle pas abis isi minyak..
    sayang minyak tumpah..hi3
    xbole jugak ker???

    BalasPadam
  2. sebenarnya tak digalakkan sebab apabila kita ketuk2 nozzle tu kat tangki akan berlaku geseran dan berkemungkinan menghasilkan percikan api... percikan tersebut kalau terkena kat petrol..akhirnya kebakaran..

    macam orang zaman batu, laga2kan dua biji batu nak dapatkan api..

    saya dulu suka gak wat camtu.. tapi bila dah tahu tak berani... selalunya saya angkat keluar nozzle tu.. tubggu sampai titisan terakhir.. baru letak balik...

    BalasPadam
  3. Ini soal keselamatan... Hati-hati dengan semua perkara yang dilakukan...

    Tapi saya masih lagi teguh dengan PETRONAS, hinggakan tidak sekali-kali pergi ke selain PETRONAS untuk mengisi petrol.

    Boikot untuk PALESTIN.

    BalasPadam
  4. Esso ada kaitan ngan Israel & sekutunya?

    Masalahnya laluan dari opis ke rumah atau rumah ke opis melalui Sentul cuma Esso, BHP, Caltex dan Shell sahaja...

    Kalau bukan Esso, mana satu yang sepatutnya memandangkan Petronas tiada dalam kawasan laluan?

    BalasPadam