Isnin, 14 Jun 2010

Pilih Nama Anak



Diam tak diam anakku dah tiga orang... Alhamdulillah dimudahkan urusan dan dilimpahi rezeki berupa anak-anak..

Bagi setiap ibubapa pasti berkira-kira dalam memilih nama anak yang bakal lahir.. Link ini mungkin boleh dijadikan panduan sebelum memilih nama; ilmu dan ulamak Kalau nak try cari-cari nama cuba link ni pulak; nama-nama pilihan.



Bagi anak pertama, kami berikan nama Nour Almawaddah (sebutan, Nurulmawaddah; cahaya kasih-sayang). Semoga rumah tangga kami dilimpahi kasih dan sayang, amin...



Hamil kali kedua; kami cari nama perempuan sebab masa hamil sulung ada spare nama lelaki jadi tak yah cari lagi... Dr. Habibah pesan; banyakkan nama lelaki. Tapi kami stand by sepasang nama... Senang, scan memang nampak lelaki, tapi takdir kita mana boleh jangka.. Akhirnya lahirlah putera, Muhammad Eimran.. Asalnya hendak diberi nama Muhammad. Namun mengikut kebiasaan orang Melayu, akan dipanggil Mamat (maksud bahasa Arabnya, mati). Jadi maknya tambah Eimran bersempena surah dalam Al-Quran, semoga akhlaknya secantik Al-Quran. Amin.



Hamil kali ketiga, seperti biasa kami sediakan sepasang nama, walaupun Dr. Habibah kata lebihkan nama perempuan. Kali ni bersalin lewat seminggu dari tarikh jangkaan. Risau gak. Tapi alhamdulillah, selamat melahirkan anak perempuan yang kami namakan Nour Alhusna (sebutan Nurulhusna).. Cahaya kebaikan... memang baik budaknya... Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan